Friday, May 30, 2014

Kupu-kupu Terbang Tinggi

Tengah hari tadi.

Di tingkat 21. Rasa mengantuk. Aku pandang luar tingkap. Menara Tabung Haji cuma nampak bahagian atas. Ibarat sedang mengintai dari belakang G Tower dan Menara Binjai yang tegak berdiri di situ. Pemandangan tidak seperti beberapa tahun lepas.

Tiba-tiba seekor kupu-kupu melintas terbang berlatar belakang Menara Citibank.

Warna coklat corak batik dan kepaknya bila dikembangkan selebar dua tapak tangan budak. Besar juga.

Sehari dua ni selalu terserempak dengan kupu-kupu jenis itu di parking pejabat, di parking apartment, depan pintu rumah.

Tertanya-tanya berap tinggi sebenarnya kupu-kupu boleh terbang?

Tiba-tiba tadi dapat video kupu-kupu yang sama berterbangan di Istana Iskandariah sejak kemangkatan Sultan Perak dan pertabalan Sultan Nazrin Shah. Kata orang tua-tua itu tanda daulat.

Wallahualam.

10 comments:

  1. Kupu2 dibawa angin...berapa tinggi dia boleh terbang? Bergantung kpd angin.

    ReplyDelete
  2. rumah saya pon banyak kupu2 .. yang kaler hitam putih tu .... semalam dah tak de...

    ReplyDelete
  3. Jujie...kupu kupu asalnya ulat beluncas.....yg gemuk2...yg lembik2 ...yg gebu2..hehe

    ReplyDelete
  4. jumaat mlm lepas balik kg...singgah petronas di rompin...dh mcm taman rama-rama pulak bila tgk byk gila rama-rama terbang hinggap kat dinding kedai petronas, rasa mcm pelik tp menarik juga pemandangan tuh

    ReplyDelete
  5. @julie shahril
    ye lah, tiba-tiba je kat paper pn ade report psl rama2 ni.

    ReplyDelete
  6. ada baca.. sebab sekarang musim panas.. tu yang banyak terbang2 dan mati..

    nampak tak ofis saya dari tingkat 21 tu..?:)

    ReplyDelete
  7. @Dr Singa

    eh, boleh nampak ke? jap nak skodeng..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen dengan bahasa yang murni. Mencaci dan mencela adalah dilarang sama sekali.