Friday, July 31, 2015

Doa


Dalam kita (termasuk aku) asyik mengutuk dan mengumpat beberapa mangkuk yang tidak dapat difahami kemangkukkannya, aku rasa kita terlupa ada perkara yang lebih baik yang kita boleh lakukan dan menyumbang kepada keadaan yang lebih baik.

Er, kita sendiri pun tanpa disedari kadang bertindak macam mangkuk. Itu realiti.

Jadi sempena hari Jumaat yang indah ini apakata kita sama-sama berdoa supaya Allah mentakdirkan sesuatu yang baik untuk negara kita yang tercinta ini.

Jangan lupa juga berdoa semoga Allah bukakan hati kita untuk melihat kebenaran itu sebagai satu kebenaran dan kebatilan itu sebagai satu kebatilan.

Awas, jangan mintak bala. Walaupun untuk orang yang kita rasa patut dapat bala. Allah maha mengetahui apa yang terbaik.

Semoga  Allah bukakan hati kita seluruh rakyat Malaysia tanpa terkecuali seorang pun untuk menerima hidayah-Nya.

6 comments:

  1. Ameen... InShaaAllah... Moga Allah permudahkan.

    ReplyDelete
  2. tak best ah citer psl politik je, pinggan mangkuk kat umah pon tak tersusun jugak., huhu2

    ReplyDelete
  3. dalam hati sentiasa mendoakan yang baik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp ramai yg doa mintak bala. Marahkan nyamuk kelambu dibakar.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen dengan bahasa yang murni. Mencaci dan mencela adalah dilarang sama sekali.