Tuesday, January 12, 2016

Bercanda Di Tepian Pantai

Air cetek. Jalan-jalan nampak pokok rumpai ni dalam air.

Bila air surut inilah rupanya. Cantik.

Budak kecit yang pertama kali pijak pasir pantai.

Laguna Biru pantainya cetek
Surut airnya menjelang siang
Budak kecik terkedek-kedek
Lari-lari ketawa riang

Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Nak komen? Nanti dulu
Dongar syarat den nak koba an

Beli tepung di kedai Kak Ton
Kok nak komen mesti berpantun

Minum air bergelen-gelen
Air sejuk ais beku
Orang tak komen orang komplen
Baru padan muka aku.

4 comments:

  1. amboi2 syarat puan cinta
    kalau tak komen orang komplen
    sukanya si kecit riang gembira
    papa n mama pon ceria juga kan...


    boleh lah janji bunyik pantun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak itik berenang-renang
      Berenang-renang di kolam Pak Tam
      Ceria hati tapi tak lenang
      Pujuk anak yang takut ketam

      Tin tun tan tin tun
      pandai kak su pantun

      Delete
  2. Terbit bulan diawan jingga
    Terbenam mentari menutup masa
    Camar mana yg tak dahaga
    Melihat ketam bermain mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelam langit tiada berbintang
      Sarat sang awan menanti masa
      Kalaulah ketam tiada berhutang
      Tidaklah camar menyimpan rasa

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen dengan bahasa yang murni. Mencaci dan mencela adalah dilarang sama sekali.