Wednesday, July 12, 2017

Butang Baju Melayu

Ada satu perkara yang misteri bagi aku.

Sejak berumahtangga, incek papa tak pernah nak butangkan sendiri baju melayu dia. Tiap kali pun kena aku yang butangkan. Pernah juga buat-buat sibuk tapi mata jeling-jeling pandang. Memang terkial-kial dia nak butangkan. Dah tu salah arah pulak. Dia butang dari dalam ke luar.

Akhirnya aku jugak yang butangkan. Masalahnya nak butangkan leher dia memang aku kena panjat kerusi. Sila bayangkan Jaya Bachchan butangkan baju Amitabh Bachchan dalam Kabhi Khushi Kabhi Gham. Lebih kurang gitu lah.

Yang menjadi misterinya dah lapan tahun kot takkan takleh butang sendiri? Aku syak dia saja nak manja-manja sebab aku asyik belek anak je. Sesekali nak gak merasa dibelek-belek. Agaknya lah.

8 comments:

AimNub Haris said... [Balasan]

alololooo.. memang sweet.. :)

aku pula memang nanti-nantikan saat nak tolong pasangkan butang baju melayu dia sebab jarang sangat dia mahu pakai baju melayu. 4 - 5 tahun sekali je pakai baju melayu. Rindu weeehhh..!

hehehehehe..

...

cinta said... [Balasan]

Butangkan la baju kemeja. Lagi byk butangnya. Ha3.

mamapp said... [Balasan]

Haha nak manja tu

cinta said... [Balasan]

Kan.. hehe.

aRzMoHa said... [Balasan]

Pah butang baju melayu abang mana pah...teringat cerita p ramlee

cinta said... [Balasan]

Ha2. Teringat pulak iklan raya baju melayu tu.

Fendi Rocka said... [Balasan]

pagi-pagi raya dah bagi pahala

cinta said... [Balasan]

Tu la, asyik buat dosa je. Ha2.