Thursday, September 26, 2013

Rindu-Rinduan

Awal tahun itu hari kena outstation tengah laut selama 1 minggu.
Tanpa telefon, tanpa internet. Stranded.
Cuaca buruk sampai ada beberapa platform tak dapat naik.
Bila tak ada apa nak dibuat otak tak sibuk dan rindu makin menjadi-jadi.
Terngiang-ngiang suara anak-anak.
Paling pelik bila rindu nak cuci bontot anak.
Terbau-bau poo poo diorang. Rindu punya pasal. Yang busuk-busuk pun rindu.
Lepas tu jadi macam rutin pula kena campak kat sana.
Walaupun macam dah biasa tetap juga rindu. Yang busuk-busuk juga.
Dan minggu depan aku akan rindu-rinduan lagi. Tadi bos dah sound.
Tiba-tiba macam mengong je terlintas di kepala nak bawak diaper diorang. Pang!! Aku tampar pipi aku, err, imagine je, tampar betul sakit kang.

Ohh..

5 comments:

  1. betul, bau pun boleh menyebabkan kita rindu pada seseorang.


    meh aku pang kan nak tak? aku pang kan penuh kelembutan dan kasih sayang. meh la.

    ReplyDelete
  2. kalau ada masa, mancinglah kat tengah laut tu.. untuk divert rasa rindu tu..

    ReplyDelete
  3. @t.a.t.a
    takpe, tima kasih, kau simpan pang tu utk org tersayang. hee..

    ReplyDelete
  4. @Nizam.Ariff
    aku tak sampai hati tgk ikan tersangkut kat mata pancing.

    ReplyDelete
  5. oo. kalau kita sayang orang tu kita kena pang dia eh?


    hahaha ok.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen dengan bahasa yang murni. Mencaci dan mencela adalah dilarang sama sekali.