Thursday, November 10, 2016

Bukan Rusuhan

Ini bukan rusuhan baju kelabu. Ini proses pemasangan semula.

"Mama, abang yang buat, ai dono"

Di satu petang Ahad, kala angin bertiup sepoi-sepoi bahasa Arab, seorang mama ajak anak-anak tidur siang secara berjamaah.

Niat di hati nak merehatkan badan dan minda di hari minggu. Taktiknya kalau anak-anak tidur siang mama pun boleh tidur dengan aman damai.

Mula-mula semua baring. Tapi saat mama hampir terlena tiba-tiba kedengaran bunyi kletung kletang kletung kletang.

Mama buat-buat tak tahu. Masih baring dan pejam mata tapi dahi berkerut juga.

Setelah sekian lama kletung kletang dan mama cuma mampu tidur-tidur ayam mama buka mata dan kelihatan lah sejenis seprais yang baru dicipta anak-anak mama.

Rupa-rupanya dua orang ni tak tidur siang pun.

Rupanya kletung kletang itu bunyi cubaan mencerai-beraikan anggota-anggota kerusi. Ya semua anggotanya berjaya diceraikan.

Mama pandang dengan pandangan memberi amaran, "pasang balik". Pendek je titah mama.

Tersengih-sengih si leng chai itu pasang balik. Macam seronok main puzzle agaknya.

Sekarang adiknya tahu yang kerusi-kerusi tu boleh diceraikan. Nanti tak mustahil dia akan cuba kat benda lain pula. Bolehlah siap sedia untuk melihat seprais yang lain nanti.

2 comments:

  1. hahaha...projek mencerai-beraikan anggota-anggota kerusi ya.. nasib mama perasan cepat... biar pi lah depa nak main.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Biar pi lah depa nk main. Apa lagi nk dikata.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen dengan bahasa yang murni. Mencaci dan mencela adalah dilarang sama sekali.