Wednesday, January 18, 2017

Get Well Soon..


Budak yang baju belang tu hari ni dah hari ke lima demam. Hari ni juga dah tiga hari tak pergi sekolah. Demam panas dan batuk teruk. Pagi tadi menangis sebab tak nak duk rumah. Nak sekolah katanya.

Walaupun demam tiap-tiap hari bangun pagi tak payah kejut. Tak disuruh mandi pun baru masuk azan subuh dia dah siap mandi.

Lepas tu beria-ia galas beg sekolah. Bila kata dia kena duk rumah muka dah moyok semacam.

Kesian pulak tengok budak yang suka sekolah tak dapat pergi sekolah.

Almasalahnya telan antibiotik je dia muntah. Rugi je makanan dan ubat lain semua keluar balik.

Baru tadi papanya lagi sekali bawa pergi klinik yang sama tapi doktor lain. Doktor tu tengok prescription doktor sebelum ni. Tinggi dos antibiotik yang doktor sebelum ni bagi katanya. Ler.. agaknya itu punca budak tu asyik muntah nak telan.

Harap-harap lepas ni cepatlah baik.




4 comments:

  1. Doktor pun manusia biasa buat silap juga
    Tapi yg kesian anak kecik jadi mangsa

    Get well soon dear!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah kan. Doktor pn manusia biasa. Apa lagi yg boleh dikata.

      Tq utk doa akak.

      Delete
  2. leh saman doktor tu leh dpt rm2.6juta ni mkcik., hahar2

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen dengan bahasa yang murni. Mencaci dan mencela adalah dilarang sama sekali.