Monday, May 22, 2017

Macam Mana Mahu Terjaga Dari Mimpi?

Tidur tengah hari tadi aku mimpi berdepan dengan syaitonirrojim.

Berdepan dengan makhluk yang dilaknat mana ada cerita best kan. Jadi aku tak nak lah cerita bab yang tu.

Aku cuma nak highlight bahawa masa tengah mimpi minda sedar aku masih boleh berfungsi sebab aku boleh tahu aku sedang bermimpi.

Boleh pulak rasa teruja bila aku sedar yang aku tengah mimpi. Siap plan nak explore apa ada dalam mimpi.

Pulak tu siap boleh baca al-fatihah dan ayat kursi dalam mimpi dan aku pe-rasa-n tajwidnya macam ok. Nasib takde tarannum je.

Ada satu bab tu aku baru nak baca *ta'awudz sekali dia yang bagi salam dulu. Aku tak tau la itu betul watak manusia ke atau watak setan yang cuba bikin punchline.

Tapi, walaupun aku tahu yang aku tengah mimpi tapi aku tak tahu macam mana nak terjaga dari tidur.

Siapa tahu minta share di ruangan komen.

***
*Ta'awudz ( تعوذ ) atau Isti’adzah:
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
"Aku memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk"

6 comments:

  1. agaknya dkt2 nak puasa syaiton mmg suka nak usik2 kita kot....haritu kat rumah zhareef kata dia nampak hantu....adoiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau budak kata nampak antu itu mcm scary. Tp anak2 sy rasanya mcm antu pulak yg takut dorg esp yg no.3. Haha.

      Delete
  2. bangun dari mimpi aku pun tak tahu, tapi kalau time mimpi sedap aku struggle gak untuk !enahan diri dari terjaga, kemain susah, sampai aku rasa seakan-akn berada di antara mimpi dan jaga, dimensi apa ntah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Struggle utk terus bermimpi. Pernah juga buat. Tapi akhirnya ada tangan kecik dtg tepuk kaki dengan suara comel "mama adik berak".

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen dengan bahasa yang murni. Mencaci dan mencela adalah dilarang sama sekali.