Wednesday, June 7, 2017

You Tube


Baru tadi aku uninstall applikasi you tube. Sebab budak hero yg no. 3 itu belum reti pilih video klip yang bermakna. Suka sangat tap kat kartun parodi.

Aku bab parodi kartun ni memang meluat. Aku rasa meracun budak-budak. Aku dah set restricted mode pun ada je yang bocor.

Tapi tiba-tiba rasa bersalah pulak. Sebab dak leng lui dan leng chai itu setakat ni mematuhi syarat dan peraturan menonton you tube.

Yang dua orang tu kalau nak mesti minta izin, elak tap video yang disyaki tak sesuai, kalau diragui tanya mama dulu. Lepas tu kalau tersalah tap perodi ada je yang cepat bagi laporan.

Teringat pulak yang malam tadi.

Malam tadi dak leng chai itu minta tolong aku eja solar system. Lepas tu dia taip di ruang search kat you tube.

Lepas tu dia bersandar sambil layan beberapa klip. Aku tengah layan adik dia yang mengantuk. Dak leng lui dah tidur. Penat puasa agaknya. Si hero ikut papanya ke klinik.

Tiba-tiba dia datang tunjuk satu video klip. Dia replay suruh aku terangkan. Aku tengok. Rupanya pasal global warming.

Jadinya malam tadi aku buat kelas pengajaran global warming. Penyebab global warming, ozon, pencemaran, apa nak buat etc.

Pagi ni tengah sahur (pukul 6.30 pagi. Hehe), dia cerita pasal global warming kat adik dia yang buat muka 'ada aku kesah'.

Sekarang aku nak kena buat pertimbangan sewajar-wajarnya nak reinstall ke tak.

9 comments:

  1. bukan 6.30 pagi tu waktu berbuka utk puasa "yang yang yok" ke mkcik., hahar2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ank2 mkcik mmg sahur 6.30. Mkn lah selagi blm melangkah kluar rumah. Hee. Tp dorg buka puasa sama2 dgn yg puasa sahur 5 pg.

      Delete
  2. Reinstall je...jgn dibunuh minat nak tahu. Klu dah terbunuh minat, nk pupuk balik mmg payah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah kan. Lgpun dia jarang dpt tengok. Td nk reinstall rupanya app tu ada lg cuma dia disable je. Eheh.

      Delete
  3. teknologi byk kebaikkannya kalau digunakan dengan cara yang betul, kalau disalahguna sah sah melalaikan... sebab tu perlu ada pemantauan dari parent.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp kadang hp parent sniri pn dh mcm2 bnda yg xpatut dpandang kanak2 ada dlm tu.

      Delete
  4. cubalah pemantauan tahap tinggi,lagi tinggi dari Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF), kalau tak dpt nak dibendung sangat sangat baru uninstall.

    ReplyDelete
    Replies
    1. LPF pn takde lah strict sgt pn skrg. Scene n dialog dlm Pekak pn ok je kluar panggung. Dgn Disney pn boleh mengalah.

      Delete
  5. sebab LPF tak strict lah aku berani suggest untuk kau lagi strict.

    mungkin kau kena kerja dgn LPF

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen dengan bahasa yang murni. Mencaci dan mencela adalah dilarang sama sekali.