Friday, September 30, 2016

Viral : Aib Orang

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ


(Al-Hujurat ayat 11)
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.


Thursday, September 29, 2016

Viral : Tabayyun


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Al-Hujurat ayat 6:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Tidur Berdiri


Kebolehan tidur berdiri budak ini diwarisi dari mamanya. Harap maklum.

Wednesday, September 28, 2016

Perempuan Mesti Bijak

Ada orang kata perempuan tak perlu belajar tinggi-tinggi. Belajar tinggi-tinggi akhirnya ke dapur juga.

Ada orang kata perempuan tak perlu pandai. Yang penting kahwin orang kaya. Duk rumah menghabiskan duit laki sudah.

Ada orang mencemuh bila perempuan yang belajar tinggi-tinggi akhirnya jadi suri rumahtangga. Kata mereka perempuan-perempuan ni menghabiskan duit mak bapak bayar yuran dan menghabiskan duit suami bayar pinjaman pengajian.

Pandai bukan setakat untuk dapat sijil dan cari kerja. Kalau ada yang fikir macam tu takziah aku ucapkan. Sempit sungguh pemikiran.

Hari ni sekali lagi sains membuktikan bahawa perempuan mesti jadi pandai untuk melahirkan generasi yang bijaksana.

Tak percaya? Baca ni:

Children's intelligence is inherited from their mothers, study finds

***

New research has challenged past idea that intelligence comes from both the mother and father.

Sep 15, 2016

New research published in Psychology Spot has found that genes behave differently depending on whether they're passed from your mum or dad - and when it comes to smarts, that can only come from mum.

That's because the genes that determine intelligence are found on the X chromosomes, and women have two of those while men only have one. Even if smarts are passed on from the father's side, it simply stays "deactivated" because of the gender of the origin.

Another study from Scotland in 1994 surveyed subjects aged 14 to 22 and found that the best indicator of their IQ's was the IQ's of their mothers.

But it's not just genetics that factor into a child's intelligence. Previous studies have also found that mothers' physical and emotional contact with their children can impact how well they learn.

The University of Minnesota found that children who've formed strong bonds with their mothers have the ability to play complex symbolic games by the age of two.

Sumber klik sini




Monday, September 26, 2016

Jangek

Tinggal tulang. Isi habis dikikis.

Leftover. Simpan dulu. Nanti panaskan balik.

Jangek masak lemak cili padi - lauk Minang yang bagi aku eksotik. Sama eksotik dengan gulai kulit lembu masakan Jawa.

Masak dengan bacang. Lopeh makan ni kompom ekau buleh speaking nogori. Hehe.

Itu hari tengok macamana mak mertua dan pak mertua proses jangek ni. Tapi tak sempat nak snap gambar. Biasa lah, berkejar dengan budak-budak bertuah mana sempat nak buat dokumentari.

Itu hari pun tengok cara proses kepala kambing untuk buat kari kepala kambing pun tak sempat nak snap satu gambar pun. Tau-tau kari dah masak.

Jangek ni diproses daripada kaki lembu. Bakar dia, pakai torch, pastu belah sekitar sendi dan potong tendon dan ligamen, lepas tu rebus dulu kasi empuk, lepas tu baru lah boleh gulaikan dia. Selalunya gulai dengan bacang.

Lain kali singgah kedai minang bolehlah cuba lauk ni kalau ada. Kalau ada la. Rare ni.

Saturday, September 24, 2016

Mereka Lelaki yang Lemah

Seumur hidup korang pernah jumpa tak lelaki yang jenis lepas makan tinggal pinggan kat meja makan?

Aku pernah.

Aku selalu perhati ada sorang dua ni dah jadi tabiat.

Lepas makan tinggal pinggan kat meja makan lepas tu melenggang basuh tangan kat sinki.

Aku rasa seumur hidup aku angkut pinggan mangkuk dari meja makan ke sinki tak pernah pulak tangan aku patah ke terkehel ke.

Sebab tu bila aku bangun pagi dan tengok ada pinggan bersih di rak pinggan, yang aku tau aku tak cuci pun malam tu, aku rasa bersyukur sangat sebab itu maksudnya laki aku seorang lelaki yang perkasa (err.. melampau ke ayat perkasa tu?).

Friday, September 23, 2016

Pizza Ekonomi

Cepat disediakan. Senang dimakan.

Kadang-kadang tekak tak nak makan nasi. Atau mungkin nak jimatkan masa untuk urusan lain, atau mungkin saja-saja nak rasa macam orang Itali.

Jadi bolehlah sekali-sekala buat piza untuk makan malam. Untuk sarapan pun ok apa.

Dalam entri dulu dah pernah cerita tapi memandangkan yang kali ni lebih menyerlah kepizzaannya nak publish lah lagi sekali. Saja ngengada..

Nak jenguk entri dulu boleh klik sini

Tak reti nak buat base pizza? Takpe, guna aje apa bahan yang ada.

Guna tortilla nanti jadilah ala new york crust (konon). Guna roti nan jadilah piza mamak kot. Hehe. Paling koman guna roti sandwich. Yang ni kalau takde juga tak tau lah nak kata apa.

Bahan2:
-2 keping tortilla (sebagai base)
-puri tomato
-keju parut
-daging kisar (masak sekejap dalam kuali tanpa minyak)
-bawang besar (hiris)
-timun jeruk (hiris)
-cendawan butang (hiris)

Cara2:
1- Tabur keju atas tortilla.
2- Lapis satu lagi tortilla atas tortilla yang dah tabur keju.
3- Sapu puri tomato tortilla lapisan atas.
4- Tabur keju parut.
5- Tabur daging dan semua bahan-bahan yang dah hiris.
6- Masukkan dalam oven yang dah preheat 200 darjah celcius.
7- Bakar pada suhu 180 / 200 darjah celcius selama 5 minit.

Segala bahan-bahan tabur topping tu kalau suka boleh dikecualikan atau boleh tambah apa-apa je bahan lain atau boleh ganti dengan apa-apa je.

Macam daging tu nak ganti dengan ayam ke, timun jeruk nak ganti dengan zaitun ke, tak nak cendawan ke, nak tambah capsicum ke, sukati lah.

Kalau takde keju parut boleh je guna keju slice yang selalu kita letak dalam sandwich tu. Tapi kalau pakai yang ni kurangkan waktu bakar kepada 4 atau 3 minit.

Pendek kata sukatilah nak buat camana pun janji boleh telan. Eheh.

Oh ya, maaflah ye tak snap gambar. Sebab takde niat pulak nak share. Dah kenyang baru rasa nak show off.

Selamat mencuba!

Thursday, September 22, 2016

Rindukan Mereka yang di Depan Mata

Macam biasa dan macam kebanyakan ibu-ibu lain balik kerja berkejar ke dapur, berkejar ke ampaian, berkejar ke toilet kalau anak tiba-tiba report "mama, nak shi shi".

Kaki, tangan (er.. mulut juga) bukan kata dah macam lipas kudung tapi dah macam lipas mutan.

Anak gi jenguk kat mesin basuh dan cakap "aik, mama mana? Tadi ada kat sini." Sekali mamanya dah ada kat luar tengah ampai kain.

Bila dia keluar cari mamanya lagi sekali dia cakap, "aik, mama mana? Tadi kan kat sini." Rupanya mamanya tengah sibuk berkungfu kat dapur.

Bila masuk dapur sekali lagi anak naik hairan, "aik, mana mama? Tadi ada sini." Mama kat bilik air tengah cebok adik rupanya.. mmph.. busuk.

Rupa-rupanya anak yang cari mama tu nak bercerita kat mama kat sekolah tadi cikgu ada buat eksperimen sains, cikgu tanya cita-cita, dia nak cerita cita-cita dia.

Bila mamanya berlari sana-sini buat kerja rumah dia pun sama mengekor kat belakang bercerita sambil joging.

Kesian. Mama kejar masa la sayang. Semua nak siap sebelum maghrib.

Tapi lagi kesian bila mama tengah masak ada yang buat muka comel datang mintak dukung mintak peluk mintak cium. Alahai..

Tau tak betapa seksanya hati bila anak mintak dukung tapi kita terpaksa kata tak boleh, mama tengah masak.

Aih.. rindu lah nak main dengan anak-anak tanpa gangguan.

Wednesday, September 21, 2016

Celaka

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

 وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji
(Al-Humazah: ayat 1)

****

Trend sekarang, mana-mana ada je kaki caci maki umpat etc.

Komen fb, komen blog, komen berita, nak mencacimaki je kerjanya.

Bawak keta bawak moto bawak lori pun nak maki je kerjanya.

Tapi bila tengok tukang caci tu, the words yang diorang pakai untuk caci orang nampaknya macam kena pulak dengan yang tukang caci tu. Maki diri sendiri ke? Hehe.

Jadi kepada semua haters dan juga aku sendiri (eh aku bukan hater tapi), kalau nak mencacimaki tu ingatlah ye, sebelum ayat caci tu kita ekspresikan (cakap ke tulis ke) awal-awal lagi Allah dah celakakan tukang caci (sila rujuk petikan ayat quran di atas).

Nota:
sesetengah tafsir menterjemahkan ayat ini "celakalah ke atas pengumpat dan pencela". Maksudnya sama. Beza cuma penggunaan istilah dan gaya bahasa. Back to the arabic words ok.

Btw maaf sebab tajuk perkataan caci maki.


Monday, September 19, 2016

Who Is The Boss?


Boss kecik yang suka panjat meja.

Dah diangkat turun dia naik balik.

Lama-lama pasrah aje lah.

Tapi kot dia buat gitu kat rumah orang, cepat-cepatlah mintak diri kat tuan rumah.

Thursday, September 15, 2016

Kualiti

Ada satu amalan di tempat kerja (mana-mana tempat kerja lah, bukan tempat kerja aku je) yang aku tak gemar - buat sekian-sekian sebab benda tu dah lama dipraktikkan.

Bagi aku statement tu perlu ada terma dan syarat.

Sebab tak semua benda yang dah lama dipraktikkan tu betul. Ya, aku tahu ada yang tak salah tapi bila ia kurang tepat dan ada ruang untuk penambahbaikan kenapa tak nak improve? For the sake of that thing has been there for a long time ago? ******** (maki).

Lebih karut lagi kalau dah ada dalam spec dan standard tapi tak ikut. Lagi pelik bila mereka yang suka amalan ni tak tahu pun benda tu ada dalam standard.

Bila dibagitau siap tunjuk proof ada dalam standard tajuk sekian-sekian page sekian-sekian clause sekian-sekian, boleh pulak cakap "tapi kita dah lama buat macam ni".

Tak best betul excuse macam ni.

Mentang-mentang lah benda-benda tu tak diaudit. Tapi amalan ni betul-betul menyusahkan orang (baca:aku) esp bila nak update drawing. Buat asal siap je. Bencilah.

Tuesday, September 13, 2016

Mertua vs Menantu di Malam Hari Raya Haji

Di satu malam raya haji, tiga orang menantu perempuan sibuk tolong mak mertua di dapur.

Mak mertua: Kok ibu ado sepuluh monantu macam ni, sonang ibu.

Menantu no. 1: Tak susah, kok tetigo anak ibu sumo kawen ompek, jangan kato sepuluh, duo boleh (12) pun boleh dapek.

Menantu no. 2 & 3: Oi masalah tu! Hahaha.

Mak mentuo golak bosar.

Sunday, September 11, 2016

World#QuranHour


Seingat aku bila aku solat dan anak-anak datang kacau - duduk atas riba, lalu lalang depan sambil nyanyi, tunggang belakang, gelongsor atas belakang masa aku sujud, peluk aku masa qiam, etc. tak pernah pulak bacaan dalam solat aku terganggu.

Tapi bila aku solat dan dengar orang mengaji dengan kuat fokus aku akan terganggu.

Subuh pagi tadi bacaan tahiyat akhir aku kena ulang sebab terganggu dengar suara mak cik yang mengaji dengan suara yang kuat.

Tapi tak boleh nak salahkan dia sebab dah umur macam tu pendengaran dia pun dah bermasalah dan memang normallah orang yang ada masalah pendengaran suaranya agak kuat.

Tapi untuk kita-kita yang masih sihat, silalah mengaji dengan volume suara yang berpatutan. Mana tau ada orang yang tengah solat ke, baby tengah tidur ke. Melainkan tengah mengaji kat pentas tilawah itu lain lah cerita.

Lagipun volume suara yang kuat tu takde lah menjadikan pahala tu bertambah ye dak.


Alamak



Bulan lepas, balik sekolah si leng lui ternampak supplemen-supplemen di atas. Atas dasar kepochi maka dia muka menyoal dengan air muka yang sungguh prihatin.

Leng lui: Mama, ni ubat sapa?

Mama: Mama punya..

Leng lui: Kenapa? Mama sakit ke?

Mama: Tak.. ada baby..

Leng lui: Dah kembang?! (Mata bulat bersinar-sinar, tangan pegang perut)

Tapi tiba-tiba buat muka cuak.

Leng lui: Alamak... macam mana ni...

Mama: Macamana apa?

Leng lui: Macamana ni ... Nanti ada empat.. (muka cuak).

***

Entah apa yang dia risau sebenarnya pun aku tak tau.

Friday, September 9, 2016

Persamaan Tren dan Astro

Bila lambat masuk kerja, sebab yang popular sejak zaman berzaman ialah

traffic jam.

Sekarang ada penyebab baru -

tren tergendala.

Dah macam siaran Astro pulak dah. Asal hujan je tergendala.

Mungkin Rapid KL patut bangunkan projek LRT Beyond.

Thursday, September 8, 2016

Mesin Jahit Singer

kredit : google image


Hampir dua puluh tahun dulu aku hantar projek jahitan aku untuk dinilai dan cikgu kemahiran hidup dengan pandangan sinis kata aku upah tukang jahit. Mungkin sebab jahitan yang sebegitu kemas yang aku sendiri pun sangat puas hati walaupun jahit pakai mesin jahit yang macam dalam gambar tu.

Walaupun sedikit bengang (er banyak juga bengang sebenarnya) dengan prasangka cikgu tapi sebagai murid yang hormat cikgu aku cuba pujuk hati dan anggap itu sebagai satu pujian.

Ye la, baru 14 tahun tapi jahitan nampak macam pro (ehem, sesekali puji diri sniri). Lagipun cikgu pun manusia. Aku budak hingusan. Mana cikgu nak percaya aku boleh buat tahap macam tu.

Tapi kan tetiba teringat cerita lama ni apekehel?

Sebabnya makin lama aku makin rindu nak pegang mesin jahit lebih-lebih lagi bila tengok banyak baju-baju lama yang masih elok tersimpan dalam kotak dan aku rasa kalau aku alter jadi baju si leng lui itu mesti cun. Lagipun aku memang jenis jarang pakai baju kurung. Tahap boleh kira dengan jari berapa kali pakai baju kurung dalam setahun.

Lagipun tahun depan dah nak tambah ahli baru lagi. Kalau nak raya nanti bolehlah jahit sendiri baju anak-anak kan kan kan. Wah wah wah tinggi betul cita-cita kau mak cik.

Dan aku dah ushar model mesin jahit idaman hati. Yang simple je dan mampu milik. Walaupun yang mampu milik pun bagi aku mahal juga :p. Tapi takpe, alah membeli menang memakai. Kan kan kan.

Sekarang tengah plan nak menabung. 50 hengget sebulan. Target aku hujung tahun depan kalau ada rezeki dan panjang umur bolehlah aku kembali kepada kegeraman di zaman muda. Bolehlah rasa muda balik kot. Ahaks.

Monday, September 5, 2016

Hang Bertuah


Yang buka kekuda tu

Hang nak pi mana?