Friday, June 28, 2013

Ironinya..

Kata mereka


"jangan biarkan hal-hal peribadi menjejaskan kerjaya".

Realitinya

hal-hal kerja pun banyak menjejaskan kehidupan peribadi.

Selamat berhujung minggu.

Luangkan masa bersama keluarga.

Macam biasa hujung minggu BBC tiada entri baru.

Thursday, June 27, 2013

Mengeksploitasi Sudut Pandangan

Waktu: Di suatu pagi yang berjerebu.

Lokasi: Apartment parking lot.
Info tambahan: KLCC yang jaraknya cuma kurang lebih 6km yang selalunya terlihat jelas hari itu seolah-olah tidak wujud.

Aisya: Mama, tenok, tay el tci tci dah ilan. Jewebu tantap tay el tci tci.*
Mama: Ha ah, tu la mama tak bagi Aisya main gelongsor, main buai kat bawah, nanti jerebu tangkap Aisya.

Nampak tak? Perspektif jerebu budak tiga tahun dieksploitasi dalam memberi penerangan bahaya jerebu yang mudah untuk dia fahami. Hee..

*terjemahan:
Mama, tengok, KLCC dah hilang. Jerebu tangkap KLCC.

Kat luar jerebu, main dalam rumah. Harus pakai helmet takut langgar bucu meja. Hee..

Wednesday, June 26, 2013

Asam Pedas Paling Basic

Ini versi asam pedas paling basic. Takde bunga kantan, takde daun kesum, takde halia, pendek kata, banyak yang takde. Nama lain juga adalah asam pedas bajet. Ahaha.. Sesuai dimasak di hujung bulan.

Bahan-bahan: bawang putih, bawang merah, belacan, serai, cili, asam jawa, kepala ikan (Hujung bulan pakai kepala salmon. Amboih..). Perasan tak bawang putih dengan serai tu dah layu? Ini stok terakhir di hujung bulan.
Blend: cili, bawang putih, bawang merah, belacan. Serai titik..
1-panaskan minyak (Ini pun nak cakap..)
2-tumiskan bahan-bahan yang dah dikisar. Jgn lupa, serai yang dah dihempuk tadi pun dicampak sama ke dalam minyak panas. Kejam betul. Hee..
3-Tumis sampai cili betul-betul masak. Kalau tak, bersedialah untuk berulang ke toilet. Hee..
4-Kepala ikan terjun dalam periuk.
5-Bergaul mesra dengan cili.
6-Agak-agak dah mesra tuang air asam jawa.
7-Agak-agak dah masak, hidang lerr.. Nampak tak rupa ala-ala nak hangus tu? Haa, itulah hasilnya kalau masak tak sepenuh hati. Sambil masak boleh pulak layan kanak-kanak riang nak itu nak ini, ampai kain etc etc.. Tapi takpe, boleh makan lagi ni.. Heheh..
Ok, baca doa makan..

Tuesday, June 25, 2013

Sarapan Hujung Minggu


Aisya: Mama, oti bata tcatu!

Muhd: Oo! Tu!

Mama: Orait, siap!

Friday, June 21, 2013

Obsesi Sesuatu; Suatu Obsesi

Entri ini adalah tribute kepada obsesi aku waktu lampau (baca: zaman muda) supaya aku tidak lupa yang aku juga pernah tenggelam dalam keasyikan dan kecintaan terhadap sesuatu terutama sesuatu yang bukan benda hidup. Sesuatu yang sekadar sesuatu. Sebab aku sememangnya hampir lupa. Sehinggalah di suatu pagi radio mengumumkan kemenangan Chelsea dan Encik Papa tak habis-habis yes, yes, yes dengan gembira. Betul, dia memang obses dengan bola.


Suatu waktu dulu aku pernah obses dengan novel. Itu 18 tahun yang lalu. Zaman aku masih kanak-kanak. Aku masih ingat Jibam, Donia, Titian Usang, Legasi, Tangisan Bulan Madu, dan entah apa lagi ye, lupa dah. Kemudian perlahan-lahan aku tinggalkan dunia novel dan mula teggelam dalam dunia komik. Rak buku penuh dengan komik. Full series kecuali Dragon Ball isu terakhir yang sold out dan aku cuma sempat baca dengan cara meminjam daripada kawan. Conan, Penyiasat Remaja, Dr Slump, Sin Chan - duit belanja aku habiskan untuk ini. Juga untuk membeli peralatan-peralatan lukisan walaupun langsung tiada kaitan dengan subjek yang aku ambil di sekolah.

Komik dan anime ibarat irama dengan lagu. Tiba-tiba Naruto meletup dan masa tu Naruto belum lagi ditayangkan di TV Malaysia. Kakashi jadi pujaan. Shikamaru seolah-olah mencerminkan aku waktu itu (aku rasa la, mungkin perasan), Sakura yang kadang kala annoying bagi aku, Sasuke yang tak habis-habis dengan dendam memang aku tak suka, Orochimaru yang menyeramkan aku, Gai sensei yang buat aku kadang macam naik loya, Jiraiya yang kalau aku jumpa aku rasa nak sepak sebab aku memang tak suka orang tua gatal, Ton Ton yang buat aku terseksa sebab dia comel tapi binatang haram. Gaara yang aku sangat simpati, sharingan, kage bunshin no jutsu, hokage, konoha, akatsuki dan ntah apa lagi lah.

Download dan kumpul dalam hard drive sampai aku lupa episod yang ke berapa ratus hard disk itu menghembuskan nafas yang terakhir dan membawa pergi bersamanya Naruto dan Hikaru no Go. Aku berkabung. Gila. Tapi sampai sekarang aku tak boleh tengok Naruto yang dialihbahasa. Aku rasa kalau aku bawak watak Naruto mungkin lebih berkesan. Huh, tak guna (tipikal bahasa kasar anime alihbahasa. Hek.).

Masuk alam pekerjaan jadual aku mula padat, ditambah tiada akses internet, perlahan-lahan aku mula berpisah dengan dunia anime.

Sekarang aku semacam lupa macamana rasanya obses dengan sesuatu.

Minat ada tapi bukan lagi tahap obses - masak dan makan. Hee...

Mungkin lebih baik macam ni. Eh, bukan mungkin. Pasti.

Bayangkan kalau aku masih lagi gila dengan obsesi macam aku yang dulu. Aku anggap ini sebagai petanda yang aku menghampiri kematangan (cewah) sebab sudah dapat membezakan mana yang penting, tau beza mana yang lebih penting antara yang penting, tau beza yang paling penting antara yang lebih penting itu.


Imej sekadar penyeri entri


Thursday, June 13, 2013

Rahsia Utama Kejayaan Kedai Mamak

Halal?
Kedai Mak Jah kat hujung tu pun halal.
Tapi pelanggan tak banyak macam kedai mamak tu.

Sedap?
Kari, kari, dan kari.
Lagi lagi kari.
Kedai Cik Pah kat seberang tu lagi banyak menu.
Tapi mamak tu jugak yang lebih maju.

Pelayan cun?
Hmm, hemsem?
Tepuk dada tanya selera.
Pelayan kedai tomyam kat sebelah tu cun ape..
Kedai mamak tu jugak yang orang pergi.

Murah?
Sekali makan nasi amik kau tujuh hengget.
Maju juga.

Servis?
Ya.
Tepat sekali.
Servis paling cepat.

Teh tarik satu!
Siap!!
Belum sempat order dah siap.
Sambil tunggu teh tarik yang 'dah siap' layan bola dulu.

Moral?
Berniaga kedai makan jangan lembab.
Hee..

Friday, June 7, 2013

Ulangtahun Perkahwinan Aku Yang Ke-4, Aku...

Gaji baru masuk. Ingat nak bayar utang sana sini tapi kat rumah takde tenet. Tiba Isnin terpaksa amik cuti, budak-budak tak sihat. Hari Selasa, pagi-pagi sampai terus klik klik bayar utang. Selesai, mengadap designer pulak. Tup tap tup tap, gi washroom. Baru nak duduk member sound bos panggil. Super urgent. Adoi, tatot lak. Tak pernah bos ada hal urgent dengan aku.

Knock knock bilik bos (gaya mat saleh kot..). Bos senyum. Sebab aku senyum agaknya. Tapi aku perasan ada yang tak kena. Aku tarik kerusi dan duduk (Lupa pulak bos ada suruh duduk ke tak). Tengok jam, pukul 10.30 pagi.

"I nak you pergi site hari ni jugak. Flight pukul empat... Bla bla bla..."

Gila (cakap dalam ati je, mana berani cakap depan bos kan..). Aku tak maksudkan bos gila tapi bagi aku ni macam kerja gila. Pukul 10.30 tau, tak tau apa-apa pasal projek tu, nak kena buat travel request, amik PPE dan segala macam preparation, ada lebih kurang satu jam kena briefing pasal scope yang nak di'cover', lunch time kena terus balik, amik anak-anak kat taska, balik packing barang-barang sendiri dan anak-anak..

Lastly aku dapat tau kat mana salah dan silap sampai aku yang kena pergi, replacement. Yang pasti bukan salah bos aku. Bukan juga salah designer yang patut pergi. Tapi salah dia / mereka yang buat kerja slow dan cuai. Betul, kadang-kadang orang buat kotor dan kita yang kena bersihkan. Damn (carut mat saleh la pulak..)

Aku call ibu. Nasib baik ibu faham. Dia yang tengah jaga makcik yang kurang sihat lagi nak kena jaga anak-anak aku sepanjang pemergian aku. Adui. Pukul satu dia sampai ofis, bersama makcik yang lupa bawak lampin. Terpaksa singgah dulu kedai cari lampin. Lunch time, biasalah, jalan jammed. Singgah taska amik anak-anak. Sampai rumah, berlari masuk rumah, tak mandi, solat nantilah kat airport, pack brg2. Nak kejar flight pukul 4.

Betul, kelam kabut. Ibu hantar ke KLIA. Lepas tu bawak anak-anak balik Seremban. Bertuah aku dapat mak mertua macam ni. Hee..

Aku tak check-in bag. Terus pergi departure. Dengan beg aku yang hanya 8.5kg - berat total termasuk safety shoe, helmet dansumebendenyertuh. Berat limit 30kg. Macam dah membazir 21.5kg.

Flight transit pulak tu. Adui.. Turun kapal besar, tunggu kapal kecik. Ada la dalam dua jam kot. Sampai hotel pukul 10 lebih. Dalam flight tadi sempat study sikit hapekebendenyer nak di'check' nanti. Esok pagi kena gerak pukul 5.30 pagi. Accomodation atas kapal. Lagi sekali aku , adui... Dan betul sangkaan aku, dalam ratusan personel atas barge aku sorang pompuan.

Dan hari terakhir aku kat atas barge tu adalah hari ulangtahun perkahwinan aku dan incek papa yang ke-4. Adui lagi..

Bila balik ke darat, dapat call Kepo Chan, dia tak nak cakap. Merajuk. Lagi-lagi adui.. Nak pujuk anak-anak la pulak balik nanti, belum lagi nak pujuk bapaknya. Ibu bagitau hari pertama aku pergi si Muhd 6 kali bangun tengah malam cari aku. Huhu..

Jadi kepada mereka yang buat kerja yang ada sangkut-paut dengan hidup orang lain, tolonglah jangan slow dan cuai. Kesannya bukan aku je yang rasa, anak-anak, incek papa, dan paling susah, mak mertua aku yang tiba-tiba kena jadi babysitter yang dalam masa yang sama jaga orang tua, dan segala projeknya tergendala.

Dahlah slow, cuai, boleh pulak perasan bagus, pastu buat pulak undang-undang tak masuk akal - hapuskan travel advance.. Nasib baik awal bulan. Kot hujung bulan aku akan shoot emel "Sorry, I've run out of cash" dan aku wondering apa bos-bos akan buat kat diorang yang slow itu.

Sorry ye kawan-kawan, emo pulak entri kali ni. Adoyai...

Di hari ulangtahun perkahwinan yang ke-4 aku sendirian pandang api di tengah lautan.