Baby kalau kentut cam comel je.
Orang dewasa kalau kentut..
Mengundang caci maki aku rasa.
Showing posts with label bicara minda bawah sedar. Show all posts

Thursday, February 12, 2015
Thursday, July 17, 2014
Klik Klik dan Klik
Hari ini
dengan hanya klik klik dan klik kita boleh buat pahala
klik klik dan klik kita hantar duit kat mak ayah
klik klik dan klik kita bayar hutang
klik klik dan klik kita bersedekah
klik klik dan klik kita bayar zakat
Tapi
dengan klik klik dan klik juga kita boleh buat dosa.
Klik klik dan klik kita sebarkan aib orang.
Klik klik dan klik orang lain pula panjangkan.
Beratus-ratus orang klik klik dan klik keaiban itu ditonton oleh ribuan orang.
Oh ye, 'orang itu' dah minta maaf, 'orang yang itu' juga sudah memaafkan.
Jadi
kau, kau, dan kau yang menyebarkan bila pula nak minta maaf daripada 'orang itu'?
Juga kau, kau dan kau yang menghakimi, yang mencela (lalu perasan bagus dan riak dan takbur macam tak pernah buat dosa).
Tau tak dosa dengan manusia kena minta maaf dengan manusia lepas tu baru taubat dengan Allah? Tau? Tau takpe..
Belajar bersabar, belajar minta maaf, belajar memaafkan.
Semua ni aku pun tak habis belajar lagi.
Oh...
***
'cerita itu' aku tahu daripada tabloid.
Nasib baik aku tak ada akaun FB.

Genre:
bicara minda bawah sedar
Tuesday, July 8, 2014
Ikut Kata Hati Tak Mati*
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Bila hati kata lain dan akal kata lain.
Aku akan ikut kata hati tapi akal akan menilai semula.
Setakat ini hasilnya tidak mengecewakan.
Contoh terbaru:
Satu hari sebelum puasa aku perasan tapak tangan, tapak kaki si leng chai itu ada bintik-bintik.
Hari pertama puasa, Aku perasan lagi, dia kurang minum walaupun nampak haus. Tiap kali nak minum dia merengek kata gigi rosak sebenarnya dia sakit mulut. Makan pun tak banyak walaupun nampak macam ada selera tapi tak dapat telan. Lagi 15 minit ke pukul tujuh malam, si leng chai tiba-tiba demam.
Akal kata lepas berbuka bolehlah bawa ke klinik.
Hati kata pergi segera.
Aku ikut kata hati.
Akal recalculate - pergi sekarang dan kalau masuk waktu maghrib masih lagi di klinik boleh berbuka dengan air kosong dulu.
Sampai klinik doktor kata penyakit kaki dan mulut dan kena rujuk ke hospital sebab doktor nasihatkan admit malam tu juga.
Balik rumah ngam-nganm masuk waktu dan sempat berbuka.
Lepas Isyak pergi hospital. Alhamdulillah dapat parking betul depan entrance bahagian kecemasan.
Incek papa register. Orang ramai katanya. Aku tengok tempat menunggu penuh.
Akal kata tunggu kat dalam sebab takut terlepas turn nurse panggil tak dengar.
Hati kata tunggu je dalam kereta sebab budak-budak dah tidur.
Aku ikut kata hati.
Akal recalculate - tunggu dalam kereta dan incek papa standby kat luar.
Sampai turn aku sorongkan si leng chai dalam stroller masuk jumpa doktor.
Nampak macam emergencylah sangat dengan budak lentok dalam stroller.
Incek papa tunggu si leng lui dalam kereta.
Doktor check dan tanya itu ini dan aku jawab dengan jayanya.
Doktor tanya nak admit ke tak?
Wah, ini petanda baik. Doktor bagi option. Maksudnya boleh treat kat rumah. Hehehe.. Bunga-bunga berputik dalam hati.
Tapi akal kata admit.
Hati kata balik rumah dan treat sendiri sebab aku tak boleh bayangkan budaktakretidiamnakbuatatomenfire ni kena drip.
Aku ikut kata hati.
Akal recalculate - Balik rumah dan ikut semua nasihat doktor untuk treatment.
Jadi nurse untuk anak sendiri macamlah tak biasa. Kan? Kan? Kan?
Sudahnya aku kena la ambil cuti sebab bukan aku yang sakit dan dah tentu-tentulah doktor tak bagi aku mc.
Akal kata ambillah satu hari cuti sebab cuti tinggal sikit dan nanti nak pakai banyak lagi, Terlebih ambil cuti nanti gaji kena potong dan effect masa appraisal.
Hati kata ambillah dua hari, monitor sampai betul-betul sihat, jangan penting diri sebab kalau hantar taska nanti berjangkit kat budak-budak lain.
Aku ikut kata hati lagi.
Akal recalculate - anak dengan kerja, anak lebih penting. Dan lagi, jangan penting diri.
Gitulah kira-kiranya...

Wednesday, May 28, 2014
Sibuk? Jom Jadi Multifunction (Jangan Sampai Malfunction Sudah..)
Iyargh.. iyargh.. (geliat dulu, lama tak blogging).
Sibuk gila (konon...). Kesian sibuk. Gila.
Adui, itulah, lama tak menulis baru mula dah merapu.
Sempena konon-konon sibuk ni nak la kongsi sikit cara-cara menyiapkan makan malam dalam masa setengah jam sahaja.
Sebab balik kerja sampai rumah pukul 6.30 ptg dan mesti keluar balik untuk jemput incek papa ngam-ngam lepas maghrib.
Katakan maghrib pukul 7.20, antara 6.30 ptg sampai 7.20 semua di bawah ini mesti dibuat:
1- angkat kain.
2-sidai kain (pagi-pagi sebelum pegi kerja bagi anak dara jepun tu cuci baju)
3- Layan anak-anak nak ribena, nak susu, nak itu, nak ini, nak buang air, nak gaduh.
4- Mandikan dan servis dua orang budak yang high voltage.
5-Masak (nasi dengan sekurang-kurangnya dua lauk. Cukuplah..)
6-Masak air.
7-Solat maghrib.
No. 1 dan 2 tu kalau tak sempat sangat boleh skip. No. 3 sampai 7 adalah wajib.
Jadi, gunakan masa sebaik mungkin. Oh ye, jangan lupa, expect the unexpected contoh macam tengah masak anak berak, nak buang air, muntah, etc. Jangkakan juga keadaan yang lebih tough seperti anak dah berak tapi tak nak cuci bontot. Mmph, biasa tu.
Ok, salah satu cara masak makan malam yang boleh ditinggalkan kat dapur tanpa perlu pemantauan adalah cara kukus atau kalau tak faham kukus tu apa, steam.
Salah satu lauk yang biasanya perlu dipantau tapi boleh convert kepada cara steam adalah ayam masak kicap. Walaupun ayam tu beku.
Sampai rumah je apa-apa hal pun masak air dulu - satu dalam cerek, satu dalam periuk kukus. Ops, jangan lupa keluarkan ayam dari freezer dan rendam.
Sambil tunggu air masak boleh angkat kain, dah sidai baru, switch on ubat nyamuk, spray kat mana patut, cuci tangan, dah buat susu, ribena, dah buka Upin dan Ipin ke, Mickey Mouse ke, Atomen ke, ok, dah 6.45, jom terjun ke dapur.
Mula-mula siapkan periuk kukus (isikan air yang dah didih tadi, tenggek atas dapur) cuci ayam, rendam dalam air suam, sambil-sambil hiris halia, ketuk bawang putih, masak nasi. Ini semua biasanya boleh siap dalam masa tujuh minit tertakluk kepada terma dan syarat (syaratnya tiada iklan dari anak-anak. Hee..)
Dah? Ok, bilas ayam, isikan dalam loyang, tabur halia, bawang putih, patahkan sikit kulit kayu manis, renjis kicap manis dan kicap cair masin, kukus. Tambah apa-apa menu ringkas - telur dadar atau goreng sayur atau potong je ulam-ulaman atau celur kailan untuk buat kailan sos tiram (kailan ni pun tertakluk terma dan syarat - bawang putih goreng dah ada yang siap dalam balang). Resepi kailan boleh rujuk sini.
Ok, dah pukul tujuh malam, boleh say bye-bye see you kat dapur dan mandikan dua budak high voltage, siapkan, sapu apa-apa patut, bedakkan bagai, siapkan diri sendiri pulak, pakai baju, minyak wangi, bedak, pakai telekung tunggu azan. Dah azan terus solat. Selesai solat jenguk dapur tutup api, tutup lauk semua, cabut kepala gas, keluar jemput incek papa.
Macam marathon. Kalau lif pulak lambat terpaksa panjat tangga sebab keta parking atas. Itu dah tak marathon, dah jadi iron man lah pulak. Naik tangga dengan dua budak yang perasan terer taknak mama pegang. Ingat senang? Kau cuba. Heee...
Tapi kalau agak-agak tak sempat, balik petang dengan jalan jam, hujan, etc, jangan masak. Balik jemput incek papa singgah kedai mamak makan roti canai. Ehehe... Kelebihannya? Boleh mnegelakkan stress. Ahaks.
Tips tambahan:
1- Kalau ada masa boleh buat sambal belacan lepas tu isikan dalam bekas-bekas kecil, bekukan dalam freezer. Jadi lauk makan malam boleh siapkan ulam-ulam dengan sambal belacan. Timun pun jadi je..
2- Kalau ada masa lagi lebih boleh buat gulai atau asam pedas, pack dalam bekas, simpan beku dalam freezer. Jadi balik kerja kukuskan lauk beku sambil goreng ayam atau ikan. Kena cara makan malam empat lauk boleh siap setengah jam.
3- Kalau ada lagi masa tambahan boleh buat sambal tumis ikan bilis simpan dalam fridge. Yang ni tahan lama. Silap-silap boleh buat nasi lemak je. Sambil tunggu telur rebus dan nasi masak boleh sidai kain sambil menyanyi riang.
Dulu-dulu masa sekolah aku jumpa ayat ni:
'To do two things at once is to do nothing'.
Boooo....

Friday, April 18, 2014
Nak Minta Tolong Sikit Boleh?
Kadang-kadang kita segan nak minta tolong takut-takut akan menyusahkan orang.
Tapi kita tak sedar bila kita tak minta orang tolong kadang-kadang boleh membawa kesusahan yang lebih bukan saja kepada orang yang kita tak nak susahkan itu tapi juga kepada diri sendiri.
Lebih parah lagi bila akan ada lebih ramai lagi akan terjerat dan 'TERsusah' sama di atas keseganan kita yang pada awalnya rasa boleh buat sendiri tanpa minta tolong.
Moralnya, jangan segan nak minta tolong dan silalah berterima kasih dan ingat jasa. Semoga suatu hari nanti kita mampu untuk membalas budi. Segan dan malu biar bertempat.
Bereh boh?

Monday, February 24, 2014
Macam Bodoh Je..
Kayu pengukur yang bengkok tidak mampu menghasilkan garisan yang lurus.
Bangangnya bila ada yang cuba buat garisan lurus menggunakan kayu pengukur yang bengkok lepas tu yang melihat kata itu garisan lurus.
**
Maaf bahasa agak kasar. Tidak mampu ganti dengan perkataan lain. Maaf lagi sekali.
Bangangnya bila ada yang cuba buat garisan lurus menggunakan kayu pengukur yang bengkok lepas tu yang melihat kata itu garisan lurus.
**
Maaf bahasa agak kasar. Tidak mampu ganti dengan perkataan lain. Maaf lagi sekali.
Genre:
bicara minda bawah sedar
Thursday, January 30, 2014
Potong!
Semalam dapat memo - potong gaji sebab terlebih ambil cuti untuk tahun lepas. Gaji potong, cuti tahun ni pun potong juga. Mula-mula dulu ingatkan bila dah kena potong gaji maka tertebuslah cuti yang terlebih ambil itu. Rupa-rupanya penilaian penggubal peraturan itu tak berfikiran seperti aku. Makanya yang terjadi adalah seperti berat sebelah, seolah-olah orang-orang yang mengambil cuti terlebih itu diberi isyarat - padan muka kau.. Ahaha..
Tengok memo tu tanpa perasaan. Senyum je lah. Tiap-tiap tahun (sejak dapat anak) pun dapat memo yang sama. Pernah kena potong sampai 600 lebih kalau tak silap. Entah, lupa lak jumlah tertinggi. Eheh.. Takde ambil cuti untuk pergi holiday pun tak cukup juga. Puncanya kalau anak tak sihat dan tak sihat itu dah tentulah tak dirancang terpaksalah ambil cuti. Gitulah kisahnya. Takkan nak biarkan je anak tak sihat, kang kalau apa-apa jadi aku jugak yang menyesal. Kan..
Jadi antara menjadi ibu yang baik atau pekerja yang baik aku (dan aku rasa semua ibu-ibu pun) akan lepaskan pilihan untuk jadi pekerja yang baik yang tak pernah ambil emergency leave, yang tak pernah ambil cuti melebihi kuota dan oleh itu mungkin terlepas peluang kenaikan dan bonus tahunan (ehem..). Walaupun pilihan untuk jadi ibu itu bayarannya percuma, tiada gaji, tiada cuti, tiada bonus, hari-hari buat ot free. Tapi itu fitrah dan bila ikut fitrah hati bahagia. Ibu-ibu sila setuju (paksa pulak.. ehehe..)
Tiba-tiba terfikir kan bagus kalau anak sakit ibunya pun dapat mc macam yang sedang dibuat di Singapura sekarang. Itu hari (cam baru je padahal tahun lepas dah..) dapat tahu Singapura dah mulakan ni masa pergi rumah saudara kat sana. Katanya kerajaan Singapura sekarang sedang menggalakkan rakyatnya ber-anak untuk meramaikan warga tempatan dan salah satu caranya bagi mc kepada ibu yang anaknya sakit. Dan dia yang berkata itu pun baru je dapat baby hujung tahun lepas. Menyahut saranan kerajaannya..
Tapi kebanyakan pihak syarikat selalu berprasangka yang kurang baik kalau pekerja ambil EL. Apa ingat suka-suka ke? Diorang tak tahu kerja kat ofis yang berlambak-lambak tu 20 kali lebih senang daripada duk rumah jaga sorang anak yang tak sihat. Kat ofis lunchtime boleh makan, ada masa lebih boleh tidur, boleh blogging (hehe..), kat rumah jangan harap. Kadang lunch sambil berlari pun ada. Tengah makan nasi, anak berak, kena lak yang tak sihat tu cirit birit, berhenti makan, cuci mana patut, baru sambung makan. Baru nak suap muntah pulak.. Ye lah, namanya budak tak sihat muntah tu biasa la. Kadang-kadang batuk pun boleh muntah. Anak tidur maknya bukan boleh tidur kena selesaikan semua kerja rumah sebelum budak tu bangun. Kang kalau dia bangun dia lak nak tolong sama boleh tambah kerja lain. Oh ye, tau tak duk rumah jaga anak tak sihat maknya kadang-kadang tak boleh buang air pun.
Harap-harap di masa depan syarikat-syarikat akan diterajui oleh manusia maju yang berjiwa manusia dan bukan robot sebab robot tak pandai buat pertimbangan. Kalau programmer dah set macam tu, camtulah dia.
Primitif?

bicara minda bawah sedar,
cuti,
potong gaji
Tuesday, January 28, 2014
Senang Je Pun
Beberapa perkara yang sebenarnya senang giler tapi apesal ramai (termasuk aku ler tu, jangan nak buat tak sedar diri - kata aku kepada diri sendiri) yang macam gila susah nak buat:
1- Bagi signal kalau nak masuk simpang.
Aku nak keluar simpang. Kereta banyak jadi aku kena sabar. Tungu dulu sampai ada peluang. Nak tunggu jalan clear memang tak lah. Ada kereta lagi, jadi aku bersabar lagi. Sekali dia masuk jalan tempat aku duk tunggu nak keluar tu. Kalau awal-awal dia bagi signal dah lama aku dapat keluar. Cis.
2- Minta maaf kalau dah buat salah.
Bahagia betul hidup kalau semua orang minta maaf kalau dah buat salah. Oh ye, minta maaf dengan ikhlas.
3- Cakap baik-baik dengan anak sendiri.
Pelik, dengan anak sendiri cakap macam nak marah je, dengan anak orang lain cakap sambil senyum walaupun lepas kena baling dengan botol susu budak tu.
4- Diam.
Kalau bercakap asyik nak memburukkan orang lepas tu perasan bagus, kan lagi elok kalau diam. Tak susah pun.
5- Bertindak segera.
Apa-apa nak buat, buatlah segera, jangan tangguh-tangguh, jangan terhegeh-hegeh. Bangun pagi nak gi kerja boleh pulak peram tidur dulu sekali terlambat padan muka. Lepas tu asyik nak salahkan company bila dapat bonus sikit. Eheh..
6- Guna bahasa yang sopan terhadap keluarga sendiri.
Seorang bini dalam whatsapp group tulis " K, I nak masak ni, laki den nak mentekedarah". Seorang lagi tulis " I pun, cucu-cucu dah datang memekak ni". Dan omak den geleng kepala baca bahasa orang-orang tua tu semua. Kalau cakap makan kan lagi senang nak taip. Kalau taip je cucu-cucu datang kan elok. Suka pulak menyusahkan diri taip perkataan jelikdankasar.
7- Ikut giliran.
Dalam kata lain, beratur. Nak bayar tol, kat kaunter pasaraya, kat gerai nasi campur. Dah la potong Q, nak ambil lauk terhegeh-hegeh pulak, termenung depan lauk, Q (yang dipotong) tu kat belakang panjang lak tu, boleh pulak dah senduk kangkung tu letak pulak balik. Sabar je lah orang-orang kat belakang ye..
Lain-lain boleh tambah sendiri.

Thursday, January 23, 2014
Sila Ikut Spesifikasi
Sekarang baca berita macam baca cerita seram. Lagi ngeri sebab itu kisah benar. Mangsa makin lama makin muda. Penjenayah pun . Terbaru yang buat aku sentap berita budak dua tahun kena rogol, kena liwat, lepas tu kena bunuh. Dua tahun. Kecik sangat. Anak aku dua tahun baru nak bercakap.
Binatang betul. Eh, itu bukan macam binatang lagi dah. Itu dah macam setan. Aku ingat itu hari cukuplah cerita arwah Nurin yang sampai hari ni aku tak boleh sebut atau dengar nama dia. Tapi lepas tu bertubi-tubi cerita lain keluar, dera, bunuh, kes tiga beradik kat Alor Setar itu hari, dan lagi dan lagi.
Terlintas kat kepala otak aku yang macam pandai (sangat..) ni yang jenayah ni akan berkurang dengan penguatkuasaan undang-undang...
...Islam.
Ya, undang-undang Islam dengan erti kata lain Hudud yang ramai orang fobia dengar. Takut tak tentu pasal. Adui. Fobia sebab tak kenal. Tapi cuba ambil masa dan study sikit dan sikit lagi dan lagi dan otak yang macam cerdik jer tu akan dapati inilah undang-undang paling adil. Undang-undang ciptaan manusia nak bandingkan dengan undang-undang ciptaan Allah macam membandingkan robot dengan manusia.
Perbezaan yang paling senang antara undang-undang sivil dengan hudud - undang-undang manusia kesian kat penjenayah, hudud kesian kat mangsa. Mana lebih adil? Dalam hudud pengampunan diberikan oleh mangsa (atau keluarga mangsa kalau mangsa tu terbunuh) tapi dalam undang-undang sivil pengampunan diberi oleh pemerintah. Bayangkan anak si A kena rogol, dihukum ikut undang-undang sivil, tup-tup berkelakuan baik konon dan pemerintah bagi pengampunan. Rasa-rasa apa perasaan si A itu, anak dia yang kena rogol, keluarga dia? Adil sangat lah tu. Lagi nak mempersoalkan hudud.
Hudud ibarat spesifikasi yang Allah dah siapkan untuk ciptaan dia. Ibarat engineer kereta dah tetapkan spec untuk kereta yang dia design kena pakai minyak petrol, tetiba orang yang pakai kereta tu memandai-mandai tuang minyak masak dah tentu tentu ler rosak kereta tu. Adoyai.. tak paham-paham..
Tapi tu lah, nak laksanakan bukan boleh ambil masa setahun dua, tambah-tambah dalam negara bermasyarakat majmuk. Tapi kalau pandai cubalah masukkan unsur-unsur hudud tu diam-diam dan jangan labelkan hudud ke Islam ke, barulah manusia-manusia yang takut-tak-tentu-pasal tu tak melatah.
Disebabkan golongan yang takut-tak-tentu-pasal ni lah sekarang kita yang takut-tak-pasal-pasal. Adoi ai..

Thursday, January 9, 2014
Penaakulan Mantik; Deduksi dan Aruhan
Satu
2014 - tahun untuk keluarkan lebih banyak wang. Tahun seterusnya belum tahu lagi. Bila duit kena keluar lebih, kenalah cari duit lebih. Bila nak cari duit lebih, kuranglah masa bersama keluarga. Suatu masa nanti masa untuk bersama keluarga akan jadi suatu benda mewah yang tak mampu dimiliki semua.
***
Dua
Cerita lain, satu kisah benar bulan lepas.
Aku tunggu pengasuh taska siapkan beg leng chai dan leng lui sebelum balik. Datang seorang lelaki. Oh, rupa-rupanya bapa budak itu. Tak pernah aku tengok, selalu tengok maknya je. Bila nak ambil kasut di rak kasut, dia tak tahu mana satu kasut anak dia. Anak dia blur pulak bila tanya kasutnya yang mana satu. Tak tahulah kot anaknya belum pandai cakap, tak pernah pula aku dengar budak tu cakap. Aku tanya leng lui kalau-kalau dia tahu. Dia intai-intai rak kasut dan cakap tak tahu. Akhirnya ada seorang pengasuh kenal kasut anak dia.
Nasib baik lelaki tu kenal anak dia yang mana satu.
***
Tiga
Tahun 2014 akan ada lebih ramai yang tak kenal kasut anak.
Wednesday, January 8, 2014
Thursday, November 28, 2013
Budak Baik??
Zaman sekarang definisi budak baik perlu ditukar. Atau paling tidak dikemaskini (upgrade). Kadang kala anak-anak perlu diajar untuk 'biadap' dengan berhemah. Jangan buat baik dengan semua orang. Walapun orang tu keluarga rapat. Kes-kes pagar makan padi dah banyak kita dengar. Haruan makan anak pun.
Sebenarnya yang penting, nak kena ajar beza baik buruk, aktifkan bullshit detector (bak kata seorang blogger yang aku lupa) dan belajar buat pertimbangan.
Ajar untuk tidak menindas dan tidak ditindas.
Payah juga..
Sebenarnya yang penting, nak kena ajar beza baik buruk, aktifkan bullshit detector (bak kata seorang blogger yang aku lupa) dan belajar buat pertimbangan.
Ajar untuk tidak menindas dan tidak ditindas.
Payah juga..
Genre:
bicara minda bawah sedar
Monday, November 25, 2013
Ada dan Tiada
Tanda-tanda manusia berguna; ketiadaannya menyusahkan.
Tanda-tanda manusia tak guna; ketiadaannya menyenangkan.
-bbc-
Tanda-tanda manusia tak guna; ketiadaannya menyenangkan.
-bbc-
Genre:
bicara minda bawah sedar
Tuesday, November 12, 2013
Kecemburuanmu + Kesangsianmu = Kesakitan Hatimu
Malaysia berada di kedudukan teratas di Asia dalam penguasaan bahasa Inggeris. Itu hasil kajian Education First. Secara global, Malaysia di tangga ke-11 di mana top 10 adalah negara-negara mat saleh yang bahasa pertuturan rakyatnya bukan bahasa Inggeris.
Ada pula rakyat sebuah republik ragu-ragu dengan hasil kajian tersebut kerana kata mereka, mereka sepatutnya mendahului Malaysia. Itu pula laporan sebuah akhbar Cina. Bagi aku, ini bukan soal kalah menang dan aku (baca: kita) takde pun nye adui rasa cam menang yay yay yay. Itulah, kalau terkena penyakit kiasu dan kiasu itu salah satu cabang takabbur dan takabbur itu penyakit hati. Boleh buat sakit ati meh? Of kos loh... Yu don play-play ar..
Tiba-tiba aku teringat cerita Arnab dan Kura-kura.
nak tahu lebih boleh klik sini.
klik sini pun boleh.

Saturday, November 9, 2013
Kurang Ajaran
Manusia memang kurang ajar kan..
Kurang ajar sesama manusia.
"U kan GF I, I nak pegang tangan je, tak luak pun.."
*bunyi cengkerik~
Kuang hajar..
Kurang ajar dengan alam.
"Puuhhh, puhhh, eleh, buang puntung rokok seketul pun nak kecoh"..
*bunyi pam tandas~
Kuang hajar..
Kurang ajar dengan Allah (baca: Tuhan Yang Maha Esa).
"Adoi... hape kena ngan perut aku ni, b**i betul, dah 10 kali masuk toilet, pedih bon*** aku. Ha? Kena makan bubur pulak? Yek, rasa takleh blah",
*bunyi bom~
Kuang hajar.
Genre:
bicara minda bawah sedar
Friday, September 20, 2013
Kata Kau ≠ Kata Ku
Kau kata
0, 1, 2, 3, 3A, 5, 6, 7, 8, 9
Jadi aku cuba buat kira-kira,
3A = 4,
A = 4/3
.'. A = 1.333333333 ∞
dan aku cuba kira semula
3 x 1.3333333333 = 3.9999999999999999 ∞
Hasil yang tidak sempurna.
Terimalah kenyataan bahawa
0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9
Jadi
4 = 4,
Senang. Jelas. Sempurna.
Lagi,
Kau yang di sana kata
1 + 1 + 1 = 1
Terimalah kenyataan bahawa
1 + 1 + 1 = 3
dan,
1 + 0 + 0 = 1
iaitu,
1 = 1
dan,
1 ≠ 3
*******
Manusia memang suka menyusahkan diri kan?
Bila susah nak salahkan tuhan.
Sedangkan tuhan sudah sediakan spesifikasi
yang kata kau kolot dan perlu diganti
Dan kau
percaya macam-macam tahyul masih berani kata aku kolot
dan perasan kau moden.
Kesian.

Tuesday, September 3, 2013
Tragedi Bas Genting Highland, Kongsi Gelap, Harga Minyak Naik..
1
Seumur hidup aku tak pernah pergi Genting Highland. Lagi pelik Cameron Highland pun aku tak pernah jejak.
2
Dulu ada pihak yang kutuk filem KL Gangster katanya filem tu buat Malaysia ni nampak macam tak ada polis. Sekarang dalam senarai ada 49 geng kongsi gelap dan ada lagi yang belum masuk senarai (rasa aku la). Tembak sana tembak sini bunuh sana bunuh sini dadah sana dadah sini rompak sana rompak sini. Syamsul Yusof mesti dah buat banyak homework sebelum buat filem.
3
"Yang, harga minyak naik lagi"
"O ye ke? takpelah, minyak kita yang 5kg tu pun belum pakai lagi. Lepaslah sampai nak gaji nanti"
Pagi-pagi nak gi keja baru tau rupa-rupanya minyak petrol yang naik harga. Mati-mati aku ingat minyak masak.

| Entri takde gambar macam buku teks. Letaklah satu. |
Genre:
bicara minda bawah sedar
Friday, July 5, 2013
I Miss You Too
Pagi tadi seorang suami peluk dan cium isterinya dan berbisik "I love you, and I miss you".
Ya, kadang kala rindu dengan insan yang ada di depan mata. Masih rindu walaupun dilihat setiap hari.
Mungkin sebab si isteri lebih banyak menghabiskan masa menguruskan anak-anak dan rumahtangga, dan si suami merindui perhatian si isteri. Nanti harus ambil cuti satu hari dan keluar dating - itu janji si isteri..
Genre:
bicara minda bawah sedar,
cinta
Thursday, July 4, 2013
Judging People
Kalaulah manusia yang cepat menghukum (baca: judging) itu cepat juga dihukum pasti statistik kaki-kaki prasangka akan jatuh dengan drastik. Tapi Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang. Dia beri kita peluang. Peluang untuk sedar sebelum disedarkan. Termasuk aku.
Friday, June 28, 2013
Ironinya..
Kata mereka
"jangan biarkan hal-hal peribadi menjejaskan kerjaya".
Realitinya
hal-hal kerja pun banyak menjejaskan kehidupan peribadi.
Selamat berhujung minggu.
Luangkan masa bersama keluarga.
Macam biasa hujung minggu BBC tiada entri baru.
"jangan biarkan hal-hal peribadi menjejaskan kerjaya".
Realitinya
hal-hal kerja pun banyak menjejaskan kehidupan peribadi.
Selamat berhujung minggu.
Luangkan masa bersama keluarga.
Macam biasa hujung minggu BBC tiada entri baru.
Genre:
bicara minda bawah sedar
Subscribe to:
Posts (Atom)