Sekadar gambar hiasan. Tiada niat nak menunjuk-nunjuk anak yang comel macam mamanya ini (sebenarnya takde rupa mamanya pun. huhuhu.. |
Kita ingat takabbur itu bercakap besar. Kita ingat takabbur itu membangga diri. Kita ingat takabbur itu orang yang 'act'nya lebih. Kita ingat takabbur itu orang yang bermegah-megah. Kita ingat orang yang takabbur itu orang yang suka meninggi diri dan merendahkan orang lain.
Tapi kita lupa bila kita ingat orang lain takabbur kita juga sebenarnya takabbur. Sebab? Sebab bila kita ingat orang lain takabbur otomatiknya kita ingat kita lebih bagus dari orang itu. Perasaan bahawa kita lebih bagus dari orang lain itulah sebenarnya takabbur.
Bercakap besar, menunjuk-nunjuk, meninggi diri, 'ek' lebih, bermegah-megah, membangga diri dan merendahkan orang lain adalah petanda takabbur.
Bila kita lihat artis-artis tanah air pakai seksi dan kita mencemik lalu dalam hati kita perasan kita lebih bagus sebab kita bertudung tanpa menyedari baju kebaya yang kita sedang pakai itu terbelah kainnya. Kita perasan kita lebih bagus dan itu takabbur.
Bila suami kita menegur kita yang sedang menceritakan gosip panas artis-artis Malaya kita mencebik kerana beranggapan dia yang hanya berkelulusan diploma tidak layak menegur kita yang ada ijazah. Kita perasan kita lebih bagus dan itu takabbur.
Bila isteri kita menegur kita yang selalu mencarut-carut merungut Liverpool main macam hampeh kita menengking dan perasan bini kita derhaka kerana kita perasan sebagai suami kita adalah raja. Kita perasan kita lebih bagus dan itu takabbur.
Bila kita melihat orang memandu melebihi had laju di lebuhraya kita menggeleng kepala dan dalam hati kita perasan bagus kerana kita tidak melebihi had laju tanpa menyedari kita memandu pada kelajuan 60 km/j di kawasan berhad laju 110 km/j dan menyebabkan kesesakan jalan. Kita perasan kita lebih bagus dan itu takabbur.
Bila kita rasa tercabar, mulut kita lantang berkata "Dia belum tau siapa aku" dan membayangkan kita ada ramai konco-konco dan kawan-kawan kaki gaduh tanpa menyedari mereka sebenarnya tak boleh diharap untuk sebarang pertolongan. Sendiri-sendiri perasan kita lebih hebat dan itu takabbur.
Bila kita mendengar bacaan orang yang baru belajar mengaji sedang dalam hati kita tersenyum sinis mendengar kesalahan-kesalahan bacaan kerana kita perasan bacaan kita lebih bagus walaupun usia kita jauh lebih muda dengan orang itu. Kita perasan kita lebih bagus dan itu takabbur.
Bila kita memandu kereta mewah berseries-series dan dengan angkuhnya menyondol-nyondol bontot kereta di hadapan kerana rasa semacam bengang dengan kereta berprestasi rendah yang lembab. Kita perasan kita lebih bagus dan itu takabbur.
Bila rakan kita terkial-kial menyiapkan tugasan sedang kita merasakan tugasan itu adalah sangat senang, lalu kita memandang rendah kepadanya dan perasan kita lebih terer dan itu takabbur.
Bila kita kaya raya dan punya rumah banglo dan deretan kereta mewah (yang hutang bank pun belum langsai) kita menunjuk-nunjuk dan rasa bangga dengan puji-pujian daripada saudara-mara dan kawan-kawan. Kita perasan hebat dan itu takabbur.
Bila kita lihat kulit wajah kawan kita berjerawat dalam hati kita semacam timbul rasa bangga dengan kulit kita yang berseri. Kita perasan kita lebih cantik dan itu takabbur.
Kita memandang hina pasangan-pasangan kekasih yang berpegangan tangan dan kita perasan kita lebih bagus kerana menjaga pergaulan dan itu takabbur.
Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud: "sesiapa yg menghina seseorang kerana dosa yg pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut"- (riwayat al-tirmizi)
nota: kita patut benci dosa yang dilakukan mereka tapi jangan membenci mereka kerana itu hanya akan membuatkan kita perasan bagus. Mungkin hari ini mereka berdosa tapi tidak mustahil suatu hari nanti mereka bertaubat dan mereka berkali-kali ganda lebih dekat dengan Allah.
Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. - Quran (al hadid (57:20))
Bak kata lagu Selimut Putih:
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan
Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita
Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
Jadi, pesan aku kepada diri sendiri, bawak-bawak lah sedar diri.
Jangan sombong.
Jangan angkuh.
Jangan riak.
Bak kata Too Phat - Walau semana kaya atau besar, tetap Allahu akbar.
p/s: Tulis entri pasal takabbur lepas tu perasan macam bagus pun takabbur juga. Oh..

8 comments:
uh..uh..tak nak komen ..nanti takbur....insaf....
insaff kanns..
@irfanvsirhas
kih2. ade mcm tu lak ye..
@en_me
kann...
Insaf sekejap :-)
@Fiza
huhu.. sama2lah kita ye.
Cukup 'berkhasiat' entri ni..uhuk..kena sebarkan ni
@fndrocka
masa nk masak ni ade gak la rasa pijar tgn ni. sape pegang cili dia rasa pijar. huk2.
Post a Comment