Friday, May 29, 2015

Dah Berak Tolong Flush Sendiri


Nak kahwin perlu duit.

Itu fakta.

Bila takde duit boleh berhutang.

Fahamlah. Sekarang semua pakai duit.

Sekadar untuk melicinkan perjalanan majlis rasanya takde hal selagi bukan untuk bermewah dan tunjuk gah.

Masalahnya adalah bila mintak tolong orang lain buat pinjaman peribadi, lepas tu kau bayar orang tu on off, itu pun lima kali je..

Dan orang tu ikat perut nak membayar hutang kau, nak suap mulut anak bini, bayar bil itu ini, belanja dapur bagai dan kau buat selamba macam takde apa-apa.

Kau kerja, bini pun kerja, tanggungan takde, rumah tak payah bayar, belanja dapur tak payah, bayar kereta je kot.

Takde duit? Melancong ada pulak duit.

Yang tukang bayar hutang kau tu pernah seminggu tong beras dia kosong kau tau?

Pengajaran:

1-Kalau rasa tak suka bayar hutang jangan berhutang.

2-Kalau tak mampu berjimatlah mana patut. Tukang bayar hutang kau tu dulu kahwin pelamin pun buat sendiri je.

3-Jangan buat loan untuk orang lain terutama yang dah tau tahap kredibilitinya kurang tinggi.

nota: aku mewakili tukang bayar hutang itu melepaskan perasaan kecewanya sebab aku dengar pun boleh bengang. Apa da..

p/s: contohi adik kesayangan ambe dan suaminya yang kahwin bajet. Pelamin, langsir bilik pengantin, sarung bantal, karpet putih ropol-ropol, dan macam-macam lagi hiasan  semua pengantin yang buat sendiri pakai barang RECYCLE. Yang pengantin lelaki pulak duit belanja kahwin pakai duit simpanan. Rupa-rupanya dia dah menabung untuk kahwin sejak mula kerja. Berwawasan betul. Sejuk ati mak.

Thursday, May 28, 2015

Bukan Mainstream

Semalam beli ayam satu ekor.

Suruh chicken man tu potong empat.

Sambung beli barang lain.

Balik rumah tengok macam ni dia potong empat.

Kat whole leg pun ada dada.

Macam ketumbuhan?

Mungkin ini teknik baru?

Atau mungkin juga dia dari another school of chicken cutting.


Wednesday, May 27, 2015

Nak Kena Cium?


Masuk bulan ni aku berjaya meniggalkan bedak selama tiga bulan.

Tahniah untuk aku sebab berjaya menjimatkan perbelanjaan sebanyak empat puluh lima ringgit dalam tiga bulan tersebut.

Tiba-tiba rasa seronok pulak.

Bila dah tak berbedak dah tak kisah lagi dah muka digomol-gomol si hensem kecik itu.

Dia kalau boleh nak ngap aje hidung, pipi, dahi mama dia.

Dah tu basah kena air liur.

Mashem-mashem gitu.

Tapi seronok kena cium kena gigit dengan budak takde gigi.

Nak cuba?

Cerita Tiga Budak Pagi Tadi


Pagi tadi si kecik hensem itu champion. Macam selalu. Memang dia pertama bangun. Kadang-kadang sebelum subuh.

Mama selesai je solat Subuh mata dia celik.

Tempat kedua jatuh kepada leng chai.

Mama simpan hensem kecik tu dalam cot kat luar, mama gosok baju sekolah tiba-tiba dengar bunyi klepet klepet tapak kaki lari dan tiba-tiba "Dud monin mama!" sambil buat gaya Olaf.

Mama buat-buat terkejut. Opocot macam biasa dan leng chai keh keh gelak ingat dia berjaya buat mama terperanjat. Dia tak tau mama pandai wayang.

Nombor tiga leng lui keluar bilik terpisat-pisat duduk atas sofa dengan mata buka sikit je sambil tanya mama hari ni sekolah ke?

Mama jawab ye sekolah dan dia balas seronoklah sekolah.

Berbaloi lah mama bayar yuran tadika nampaknya. Eheh.

Tuesday, May 26, 2015

Annoying

http://www.msn.com/en-my/news/national/as-national-birthrate-declines-malaysians-urged-to-make-more-babies/ar-BBkcIWI?ocid=HPCDHP


Nak anak ramai boleh.

Bila sistem kerja dan sistem percukaian kita mesra insan.

Dan sistem kita berjalan atas dasar kemanusiaan.

Dan ditadbir dengan perikemanusiaan.

Bukan berkiblatkan material.

Macam sekarang.

Kalau anak sakit pun tak boleh nak bagi cuti sebab merugikan syarikat (konon), dah tu susu lampin bagai semua nak cukai tak payahlah nak cerita pasal anak ramai.

Kenapa?

Takut nanti tak cukup pembayar cukai?

Monday, May 25, 2015

Ada Apa Dalam Beg Leng Chai


Budak yang bertopi itu.

Gaya ultraman.

Cer tengok apa ada dalam poket beg sekolah.

Friday, May 22, 2015

Ubah Cara Hidup (downgrade)


Kos tadika + daycare + Iqra anak-anak untuk satu bulan ialah RM1250 tak termasuk bayaran lebih masa. (Takdelah mahal pun, lebih kurang kos setting rambut orang-orang kaya jer...)

Kos susu pulak cecah rm600 sebulan (Duit BR1M pun takleh cover yu..).

Lampin lebih kurang RM 300 untuk dua bontot cumel.

Bayaran untuk tadika + daycare + kelas Iqra memang tak boleh buat apa dah. Nak yang baik untuk anak-anak, kenalah berkorban sikit.

Sebagai langkah berjimat-cermat dan ubah gaya hidup saranan kerajaan Malaysia yang sangat bijak dalam menguruskan kewangan negara, aku mulakan dengan menukar jenama susu yang lebih mesra poket.

Setelah dikira-kira penjimatan untuk susu setelah berpaling tadah ke jenama baru adalah sebanyak 30%. Nanti nak ushar kat kedai singseh pulak.

Lepas tu kos lampin. Hmm.. Ini memang dah selalu buat. Memang beli lampin yang ada offer. Tak kira jenama.

Lagi, tahun ni kena buat operasi diaper-free secara paksa untuk si leng chai itu. Mmmph.

Ada lagi, ingat nak tukar jenis beras.

Beras-beras yang lebih menyihatkan itu sekarang hanya layak untuk orang-orang kaya.

Tapi ini kena dapatkan approval incek papa sebab dept beras dia yang jaga.

Lagi, segala macam supplemen mungkin dihentikan. Cuma beli bila ada lebihan tunai sahaja. Tapi camtu tak istiqomah la pulak ambil supplemen. Huh.

Tapi supplemen untuk anak-anak tak boleh potong. Potong untuk diri sendiri je. Amalan ni namanya rakyat didahulukan.

Lagi aku ingat nak tanam sayur-sayuran kat beranda rumah. Sekurang-kurangnya cili. Atau mungkin juga kangkung.

Ini kalau Ah Jib Gor tahu mesti dia bangga ada rakyat macam aku. Silap-silap dia suruh ternak puyu sekali kat beranda yang sekangkang monyet itu.

Lagi, emm, nak kurangkan beli lunch dan sarapan kat ofis. Seboleh-bolehnya semua masak sendiri. Sahut saranan menteri yang CGPA 3.85 tuh pulak.

Purata kos sarapan dalam dua ringgit, lunch dalam 5 ringgit. Kali dua jadi 14 ringgit sehari. Boleh jimat 14 ringgit.

Macam tersangat betul saranan YB yang CGPA 3.85 tuh. Tapi dia tak tau ini bermakna aku kena korbankan lagi waktu tidur yang sekarang paling lama boleh tidur 4 jam je pun (setelah dijumlahkan) untuk siapkan bekal dan segala proses masak dan cuci kemas pinggan mangkuk ayun.

Untuk barang-barang dapur, hmm, dah tak tahu mana nak jimat lagi dah sebab memang aku dah siap catu dari dulu. Mungkin boleh kurangkan kuantiti processed food. Tapi, tak banyak pun sebab selalu pun beli barang mentah. Haddoi.

Harap-harap bila pelan penjimatan ni dilaksanakan aku tak perlu lagi usik simpanan. Harap-harap tiada lagi defisit

Thursday, May 21, 2015

Makhluk Halus


Pagi-pagi sebelum subuh aku dengar bunyi-bunyian yang macam sibuk.

Ta ta ta...

Lepas tu dengar jerit-jerit.

Aaaii ya ya daa...

Lepas tu jerit-jerit lagi.

Aaih ta ta ta..

Lepas tu bunyi ketawa mengekek.

Aku buat dekk aje. Teruskan lipat kain dan packing beg-beg sekolah.

Biarlah makhluk itu main dengan gembira di subuh hari.

Jangan kacau aku buat kerja sudah.

video

Disclaimer:

1-Yang dalam video itu bukan orang bunian. Itu orang bunyian.

2-Video tu bukan diambil masa dia berkicau-kicauan di waktu pagi.

Wednesday, May 20, 2015

CCTV


Kalau nak melakukan sesuatu di luar kebiasaan sila fikir dulu beberapa kali.

Kalau berlaku juga tanpa dirancang harap redha saja apa yang bakal berlaku.

Mungkin yang di luar kebiasaan itu sesuatu yang menarik.

Atau mungkin sekadar pelik.

Atau paling tak patut sesuatu yang jelik.

Pagi ni berlaku, belum tengah hari dah ada orang upload.

Sekejap je jadi viral.

Serius lajjew!!

Monday, May 18, 2015

Stalker Tanpa Niat


Mereka berbicara dalam volume range yang aku boleh dengar.
Habis cerita A to Z aku tau.

Mereka post macam-macam yang kononnya bukan untuk tatapan umum kat bermacam media sosial..
Bila aku teropong pakai khidmat pakcik gugel keluar semua cerita mereka ini.

Jadi jangan salahkan aku kalau aku tahu cerita rahsia kamu.
Jangan tuduh aku stalk.

Ok, aku nak sumbat telinga dengan earphone. Dengar radio lagi bagus.

Tuesday, May 12, 2015

Sensitiviti


Masa kenduri kahwin seorang mak cik ni suka tanya soalan "Kau bila lagi?" kat anak dara yang umurnya dah cecah 30 lebih.

Aku rasa anak dara tu boleh pulangkan soalan yang sama kalau jumpa dia masa kenduri tahlil.

Krik krik krik..

Macam jahat sangat pulak kan. Ha ha.

Kau rasa?

Friday, May 8, 2015

Adik Kesayangan Ambe

Budak kecik ini dengan angsa dan kakaknya

Dulu dulu dulu aku buat buku mewarna untuk budak kecik ini.

Dulu dulu dulu aku ajar budak kecik ini matematik walaupun aku bukan terer subjek math.

Dan budak kecik ini selalu cuba mengelat untuk kira pakai kalkulator yang akhirnya tetap kantoi dengan aku.

Dulu dulu dulu aku jahit berpasang-pasang baju anak patung untuk budak kecik ini.

Ada baju kurung, cheongsam, kimono, dress, topi seluar, t-shirt dan lagi dan lagi.

Dulu dulu dulu aku bergurau kasar main baling-baling bantal dengan budak kecit ini sampai dahi dia kena pintu.

Rasa aku parut tu ada lagi.

Dulu dulu dulu aku pernah ajar budak kecik ni mengaji dan budak kecik ni selalu mintak diskaun bila kena ulang ayat yang diajar tapi aku akan tambah bonus sebab dia mintak diskaun. Jadi dia kena baca lagi banyak. Menda mengaji pun nak bargain. Boleh lak gitu.

Lepas tu dia dah tak jadi budak kecik lagi dah.

Lepas tu dia jadi pengapit aku.

Leng lui dan mok su nya

Lepas tu minggu lepas dia selamat diijabkabul.

Dan aku tak balik kampung pun.

Sebab nak save cuti (konon) untuk kenduri dia nanti.

Hampeh betul kan.

Hari ni dia akan datang sini.

Sebab lusa dia ada majlis konvokesyen.

Jadi petang nanti aku akan bersua dengan adik ipar. Hehehe.. (apesal aku ketawa jahat?)

Well, semoga berbahagia dan dirahmati Allah hingga ke syurga untuk dia dan suaminya.

Amin.



Thursday, May 7, 2015

Good Things Come To Those Who Wait


Main chess.

Selain kebijaksanaan paling penting ialah kesabaran.

Si muda bermain dengan si tua, katakan kebijaksanaan berada pada tahap yang sama.

Selalunya si tua yang menang.

Sebab si tua lebih sabar.

Dan si muda tak sabar-sabar.

***
Dalam hidup juga begitu.

Bila tak reti nak bersabar akal turun pangkat dan nafsu jadi manager.

Otaknya bijak tapi tindakannya bodoh.

Sebab tak reti nak bersabar.

Rugi kan.

nota: Aku kalau main chess memang asyik kalah. Chiss.

Wednesday, May 6, 2015

Cacing Yang Makan Dengan Tangan





Nak tahu lebih boleh baca kat sini.


Tuesday, May 5, 2015

Housekeeping

Untuk kelihatan kemas tak perlu duit.

Untuk kemas dan cantik perlu duit.

Rumah yang barang-barangnya elok tersusun walau hanya menggunakan kotak terpakai atau paling tidak ianya bersih dan tidak bersepah sudah boleh dikira kemas.

Tapi untuk kelihatan lebih kemas dan cantik perlukan rak atau storage box yang lebih baik dan perlu laburkan sedikit duit untuk tujuan ini.

Tapi dalam era barang-barang yang semakin mahal + kenaikan kos sara hidup + kenaikan gaji yang tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup (itupun kalau gaji naik) + kemerosotan nilai ringgit + keadaan ekonomi yang nampak tak baik (walaupun laporan akhbar selalu keluar statement ekonomi negara masih kukuh etc.) + cukai lagi kiri dan kanan walau untuk sebungkus cikedis, keinginan untuk melihat rumah yang kemas seperti sebuah rumah hampir jadi seperti sesuatu yang perlu usaha dan pengorbanan yang lebih yang mungkin hampir terkeluar dari kategori keperluan.

Atau mungkin sekarang kita (terutamanya golongan muda yang baru hendak membina keluarga) perlu hanya sekadar berpuas hati dengan keadaan rumah yang kemas

yang

nampak macam

stor

yang kemas.