Wednesday, July 31, 2013

Kadang-kadang Manusia Itu Setan

Melihat ibu bapa mengumumkan dengan gembira kelahiran orang baru dalam hidup.
Melihat pasangan yang baru ke jinjang pelamin.
Melihat anak memeluk ibunya.
Melihat ibu mencium anak.
Semua tu boleh buat kita tersenyum dan air bergenang di bibir mata.
Walaupun orang tu kita baru kenal.
Kadang-kadang tak kenal pun.
Kita lihat kegembiraan orang lain dan kita rasa bahagia sehingga diam-diam kita mendoakan kebahagiaan mereka berkekalan.
Aku rasa ini fitrah.

Jadi aku cukup hairan bila ada manusia (atau patut aku panggil setan?) yang susah hati bila tengok orang lain senang.

Jadi kepada si polan yang membuat perancangan.
Dan kepada anjing yang melaksanakan tugas, tahniah, tuan kau dah bagi upah tulang? Good boy..
Oh ye, kau tau tak? Anjing tetap anjing.
Kepada si polan itu, tahniah juga, rancangan kau berjaya.

Dan pesanan kepada rakan-rakan, kalau ada pegawai polis yang meminta anda buka bonet kereta untuk pemeriksaan, bagitau dia, "takpe encik, biar saya sendiri yang buka" dan tutup pintu kereta, lock, ikut polis tu ke bonet kereta, dan tolong buka untuk dia, dan jangan bagi diorang usik apa-apa dalam bonet. Kalau ada bahagian yang nak diselak, diangkat, diintai, buat sendiri, jangan bagi diorang buat. Paling penting jangan sesekali duduk di tempat pemandu dan buka bonet dan biarkan diorang check bonet belakang. Sebab lepas tu diorang akan datang balik dengan sebungkus benda putih dan cakap, "maaf encik, sila ikut kami ke balai, kami jumpa dadah dalam bonet kereta encik.

Macam sial.

Wednesday, July 24, 2013

Potong Q Itu Kurang Ajar Ye.. (Melainkan minta kebenaran dulu)


Dalam perjalanan balik kampung nanti kita akan jumpa orang-orang yang seperti ini:
Bila ramai orang sedang beratur menunggu giliran masuk ke bilik kecik, common sense, kita akan beratur di belakang sini, betul?

Tapi ada orang yang sukaatilakitirimakatukdia je potong Q dan park depan pintu sel kecik.

Kalau orang yang beratur tu seorang dua mungkin boleh dimaafkan lah kot. Tapi kalau Q panjang sampai ke pintu dan ada makhluk yang potong Q macam ni memang sakit hati..


Jadi pesanan di bulan mulia ni, hormatlah orang lain, sama-samalah kita tunggu giliran ye...

p/s: kalau terpaksa potong juga sila minta maaf kat semua orang yang beratur dan cakap "maaf ye semua, saya terpaksa potong Q, dah terkincit."

Adoi..

Tuesday, July 23, 2013

Tahun Ni Tutup Kedai


Selalunya setiap tahun di bulan puasa aku akan sibuk berbisnes. Jual kuih raya, jual coklat, jual butang baju melayu, jual kerongsang. Mercun tak ada. Alhamdulillah, dapat jugalah sale ribuan ringgit walaupun pelanggan semua kawan-kawan pejabat je.


Kadang-kadang aku cari pembekal. Ada juga yang pembekal yang cari aku. Bila dapat produk, aku akan mula buat iklan. Bermaklumat dan tepat - perkara yang aku cuba dapatkan dalam penghasilan iklan. Bagi aku iklan tak perlu fancy sebab terlalu sarat dengan hiasan akan menenggelamkan produk yang cuba ditonjolkan. Kebanyakan produk yang aku jual aku akan tukar nama, berbeza dengan nama yang diberikan oleh pembekal yang aku rasa agak konservatif (heheh..). Tapi untuk kuih tradisional aku akan biarkan namanya mengikut tradisi sebab bagi aku nama itu ada nilai nostalgia.

Sampel yang diberikan oleh pembekal aku tak berikan semua kepada bakal pelanggan tapi aku potong sana, potong sini untuk snap gambar buat poster. Dan semestinya sampel yang diberi aku yang makan sebab aku yang akan describe rasa, tekstur, dan karakter lain yang ada pada produk-produk makanan - kuih raya, coklat, dan kek.

Inilah antara poster yang aku buat dalam memasarkan produk-produk yang aku jual di pejabat.



Kerongsang aku namakan untuk membezakan rekaan. Setiap rekaan pulak ada macam-macam warna.


Butang baju melayu ni aku jual RM25 sekotak. Kotak baldu dan butang ni mata besar. Satu hari aku jumpa benda yang sama di satu shopping kompleks, aku belek-belek macam nak beli, sebenarnya nak tengok pengeluar dan jenis je, sebiji sama dengan yang aku jual. Harga? RM78. Amekaw..

Kerongsang lagi..

Salah satu coklat yang aku rename. Dan aku dah rasa. Sedap.


Gambar ni snap atas kereta dalam perjalanan ke pejabat. Kereta berhenti untuk bayar tol dan aku snap. Nasib baik aku tak ngap. Puasa..


video
Kuih ni paling mendapat sambutan. Mungkin sebab iklan? Tapi yang penting sebab rasa dia memang umph. Dah jarang jumpa ni.

Tapi tahun ni satu bisnes pun aku tak buat. Aku nak rehat - alasan yang aku berikan bila ada tauke kuih raya approach aku untuk buat marketing produknya tahun ni. Jadi, jangan order dengan aku semua yang ada kat atas tu ye. Tahun ni tutup kedai. Tengoklah, kalau tahun depan aku rajin. Ngehhh...


Tiba-tiba aku terperasan pesta kuih raya di pejabat tahun ini suram. Sehingga hari ini aku cuma dapat dua sahaja sampel kuih dan satu sahaja emel iklan. Apa sudah jadi? Adakah semua tauke kuih raya di pejabat ini juga mahu rehat seperti aku?

Friday, July 19, 2013

Muka Sengkalan

Di sebuah asrama sebuah sekolah ada seorang budak bernama Ah Chai (bukan nama sebenar). Ah Chai sangat suka belacan. Adapun Ah Chai ada seorang kawan bernama Kamil (pun bukan nama sebenar). Kamil alahan dengan belacan. Dengan kata lain, Kamil langsung tak boleh makan belacan. Semua kawan-kawan malah cikgu cikgi, warden asrama, pak cik jaga, hatta tukang kebun pun tahu yang Kamil tidak boleh makan belacan. Sebagai tanda hormat menghormati dan berbudi pekerti serta akhlak atau moral yang tinggi, mereka tidak pernah makan belacan di depan Kamil.

Arakian, terlintaslah di fikiran Ah Chai untuk mempersendakan Kamil. Di hari jadi Kamil Ah Chai memberikan kad ucapan bergambar belacan dan hati Kamil betul-betul rasa terguris. Ah Chai ketawa. Ternyata Ah Chai memang bermuka sengkalan. Baginya perbuatannya itu sangat kelakar dan cool. Tapi tidak bagi semua kawan-kawan yang lain. Aduan dihantar kepada warden asrama. Ah Chai dijatuhi hukuman cuci jamban asrama selama satu tahun.

Ah Chai sangat marah. Baginya Kamil adalah penyebab dan dia berdendam dengan Kamil.
Sudah buat salah dan dihukum kerana perbuatan sendiri masih lagi ingin menyalahkan orang lain. Lebih pelik lagi dia menyalahkan allergy Kamil terhadap belacan. Dia saja yang betul. Sebarang teguran dan nasihat langsung tidak dapat dia terima. Ibarat sepuluh jong masuk kuala, anjing tetap bercawat ekor (sambil tangan hala ke atas).

Thursday, July 18, 2013

Nugget Alternatif

Alternatif untuk anak-anak yang sangat liat makan lobak tapi sangat suka makan fastfood. Idea dicetuskan oleh ibu mertuaku yang mendapat resepi nugget sihat daripada seorang nutririonist yang beliau terserempak dalam komuter di kala beliau outing dengan seorang girlfriendnya. Jadi, kredit kepada beliau dan nutritionist tersebut.

Resepi asal menggunakan oat dan tiada bawang-bawangan. Versi di sini pula adalah versi eksperimen - guna nestum (sebab oat tak ada dan bawang-bawangan adalah eksperimen rasa).

Bahan-bahan: Nestum, kentang, lobak, telur, bawang putih, bawang merah (boleh juga guna bawang besar holland, lagi sedap), serbuk roti..

Cadangan lain: Boleh juga cuba tambah herba ke (esp. English herbs, agak-agaklah rasa yang sesuai) atau sayur cincang ke. Atau nak sihat (konon) campur spirulina ke sikit. Hehe..

Ada orang pernah tanya mana nak dapat serbuk roti tu? Hm, boleh buat sendiri tapi nak senang beli aje kat kedai. Kalau tak jumpa kat supermarket atau hypermarket, boleh cari di kedai-kedai borong yang jual barang-barang burger.

 Langkah 1: Parut lobak dan kentang. Bawang merah / bawang besar cincang super halus, bawang putih seulas sahaja - tumbuk, atau tak payah pakai bawang putih langsung sebab ada kesan selepas makan - sendawa yang kurang menyenangkan diri sendiri..

*Info tambahan: bwg putih boleh buat orang pregnant loya dan muntah.

Langkah 2: Gaulkan semua bahan bersama sebiji telur dan nestum. Nestum kasi banyak sikit ye.


Langkah 3: Bulatkan dengan sudu dan golekkan atas serbuk roti, lepas tu penyet-penyet sikit kasi leper.

Langkah 4: Terjun dalam kuali. Nak lagi sihat pakailah minyak-minyak yang sihat ye.

OK siap. Kalau sambil masak buat 2 - 3 kerja lain akan jadilah hasil yang berwarna gelap macam ni. Ngehh.. Oh ye, kentang yang tak habis parut tu boleh terjunkan sekali dalam kuali. Jangan membazir.

Selamat mencuba. Sila ubahsuai ikut suka hati. Selamat bereksperimen juga.

Tuesday, July 16, 2013

Recharge. No Matter Where You Are

Budak ni kalau tiba-tiba hilang kadang-kadang mama dia intai bawah kerusi, bawah meja makan dan lain-lain tempat persembunyian kucing nenek.

Kepenatan selepas memenatkan semua orang.
Rekod Ketiduran yang luar biasa:
1-Meja makan (ops, kerusi makan)
2-Atas lantai
3-Tepi pintu
4-Belakang nenek (terperosok di belakang nenek atas kerusi)

Monday, July 15, 2013

What's Next?

Tiba-tiba aku rasa seperti seekor lalat sedang cruising sekeliling aku. Annoying ye..


Aih, nampaknya semua orang kena ikut citarasa pakcik K yang berkasut mahal itu.

Lepas ni apa lagilah undang-undang yang pakcik nak gubal ye..

Friday, July 12, 2013

Kasut Yang Mahal

Dia kata waktu anjal itu mengarut bagi dia.


Does he expecting us to walk in his shoe?

Does he realize that we can't even afford his shoe?

Adui...

Well mom, I'm walking in papa's shoe.

Teka-teki di bulan Ramadhan


Di suatu masa dahulu...


Si Polan: Bila tiada sebarang makanan mahupun minuman dan azan maghrib berkumandang. Macamana nak buka puasa?
Aku: Korek hidung.
Si Polan: Betul..

*****

Di suatu masa yang lebh dahulu..

Aku: Kalau kentut puasa batal tak?
Si Polan: Adoi..
Aku: Kalau korek pusat?
Si Polan: Hmm..

Soalan-soalan di zaman kanak-kanak riang dan gila-gila remaja standardnya memang camtu.

Friday, July 5, 2013

I Miss You Too

Pagi tadi seorang suami peluk dan cium isterinya dan berbisik "I love you, and I miss you". Ya, kadang kala rindu dengan insan yang ada di depan mata. Masih rindu walaupun dilihat setiap hari. Mungkin sebab si isteri lebih banyak menghabiskan masa menguruskan anak-anak dan rumahtangga, dan si suami merindui perhatian si isteri. Nanti harus ambil cuti satu hari dan keluar dating - itu janji si isteri..

Thursday, July 4, 2013

Sup Ketam 1.0 - Basic Edition

Ini sup ketam versi paling simple. Er, dan cepat. 10 minit pun boleh siap (*Tertakluk kepada terma dan syarat). *Terma dan syarat: 2-Air panas mesti available (sambil hiris-hiris bawang, cuci ketam, bolehlah masak air. Tak perlu didih puh, janji panas sudah..) 

Bahan-bahan: halia, bawang besar / bawang merah (suka hati lah), bawang putih, lada hitam (suka hati lah nak ambil air dia je ke atau nak terjunkan sebiji-sebiji atau yang dikisar halus).
 
Ketam. Jangan lupa ketuk dulu dengan alu lesung untuk senang makan. Gambar ketam bergelimpangan; sila lihat sambil dengar lagu Orochimaru. Seram tak?
Langkah 1: tumiskan semua bahan.
Langkah 2: Masukkan ketam.
Er, gaul-gaul lah sikit..



Langkah 3: masukkan air yang baru mendidih. Nak pakai air yang belum masak pun boleh tapi ambil masa sikit untuk masak.
  
Tada... 10 minit je cik Jah..

Judging People

Kalaulah manusia yang cepat menghukum (baca: judging) itu cepat juga dihukum pasti statistik kaki-kaki prasangka akan jatuh dengan drastik. Tapi Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang. Dia beri kita peluang. Peluang untuk sedar sebelum disedarkan. Termasuk aku.