Friday, July 19, 2013

Muka Sengkalan

Di sebuah asrama sebuah sekolah ada seorang budak bernama Ah Chai (bukan nama sebenar). Ah Chai sangat suka belacan. Adapun Ah Chai ada seorang kawan bernama Kamil (pun bukan nama sebenar). Kamil alahan dengan belacan. Dengan kata lain, Kamil langsung tak boleh makan belacan. Semua kawan-kawan malah cikgu cikgi, warden asrama, pak cik jaga, hatta tukang kebun pun tahu yang Kamil tidak boleh makan belacan. Sebagai tanda hormat menghormati dan berbudi pekerti serta akhlak atau moral yang tinggi, mereka tidak pernah makan belacan di depan Kamil.

Arakian, terlintaslah di fikiran Ah Chai untuk mempersendakan Kamil. Di hari jadi Kamil Ah Chai memberikan kad ucapan bergambar belacan dan hati Kamil betul-betul rasa terguris. Ah Chai ketawa. Ternyata Ah Chai memang bermuka sengkalan. Baginya perbuatannya itu sangat kelakar dan cool. Tapi tidak bagi semua kawan-kawan yang lain. Aduan dihantar kepada warden asrama. Ah Chai dijatuhi hukuman cuci jamban asrama selama satu tahun.

Ah Chai sangat marah. Baginya Kamil adalah penyebab dan dia berdendam dengan Kamil.
Sudah buat salah dan dihukum kerana perbuatan sendiri masih lagi ingin menyalahkan orang lain. Lebih pelik lagi dia menyalahkan allergy Kamil terhadap belacan. Dia saja yang betul. Sebarang teguran dan nasihat langsung tidak dapat dia terima. Ibarat sepuluh jong masuk kuala, anjing tetap bercawat ekor (sambil tangan hala ke atas).

2 comments:

t.a.t.a said... [Balasan]

Macam budak kecik kat rumah tu.

Dia pegang handset saya dan bagi jatuh, terburai semua bateri dan casing. Bila dah jatuh dia marah saya.

Aik?

Luk yang jatuhkan handset gue, sepatutnya gue marah luk, tapi luk pulak marah in gue.

cinta said... [Balasan]

@t.a.t.a
haha, itu tindakbalas normal budak2 belum mumayyiz. Org dewasa pun ramai yg belum mumayyiz w/pun dah baligh. hi2.