Alternatif untuk anak-anak yang sangat liat makan lobak tapi sangat suka makan fastfood. Idea dicetuskan oleh ibu mertuaku yang mendapat resepi nugget sihat daripada seorang nutririonist yang beliau terserempak dalam komuter di kala beliau outing dengan seorang girlfriendnya. Jadi, kredit kepada beliau dan nutritionist tersebut.
Resepi asal menggunakan oat dan tiada bawang-bawangan. Versi di sini pula adalah versi eksperimen - guna nestum (sebab oat tak ada dan bawang-bawangan adalah eksperimen rasa).
Bahan-bahan: Nestum, kentang, lobak, telur, bawang putih, bawang merah (boleh juga guna bawang besar holland, lagi sedap), serbuk roti..
Cadangan lain: Boleh juga cuba tambah herba ke (esp. English herbs, agak-agaklah rasa yang sesuai) atau sayur cincang ke. Atau nak sihat (konon) campur spirulina ke sikit. Hehe..
Ada orang pernah tanya mana nak dapat serbuk roti tu? Hm, boleh buat sendiri tapi nak senang beli aje kat kedai. Kalau tak jumpa kat supermarket atau hypermarket, boleh cari di kedai-kedai borong yang jual barang-barang burger.
Langkah 1: Parut lobak dan kentang. Bawang merah / bawang besar cincang super halus, bawang putih seulas sahaja - tumbuk, atau tak payah pakai bawang putih langsung sebab ada kesan selepas makan - sendawa yang kurang menyenangkan diri sendiri..
*Info tambahan: bwg putih boleh buat orang pregnant loya dan muntah.
Langkah 2: Gaulkan semua bahan bersama sebiji telur dan nestum. Nestum kasi banyak sikit ye.
Langkah 3: Bulatkan dengan sudu dan golekkan atas serbuk roti, lepas tu penyet-penyet sikit kasi leper.
Langkah 4: Terjun dalam kuali. Nak lagi sihat pakailah minyak-minyak yang sihat ye.
OK siap. Kalau sambil masak buat 2 - 3 kerja lain akan jadilah hasil yang berwarna gelap macam ni. Ngehh.. Oh ye, kentang yang tak habis parut tu boleh terjunkan sekali dalam kuali. Jangan membazir.
Selamat mencuba. Sila ubahsuai ikut suka hati. Selamat bereksperimen juga.
9 comments:
Adakah rasanya seakan-akan sama seperti nugget ayam?
Itu kalau campur sikit jintan putih, ketumbar dan lada sulah... perghh...
Doyan tak anak-anak makan?
@Nizam.Ariff
cubalah dulu.
anak2 mkn n diorang langsung xperasan diorang makan lobak. mungkin sbb mindset diorang itu adalah nugget ayam. kih3..
jgn taruk buah pelaga udah..
@t.a.t.a
doyan? maaf vocab den tak cukup utk memahami ayat ni. huhu..
doyan tu bahasa jawa untuk suka makan tak?
@t.a.t.a
ooo.....
ye ke? (sambil buat muka skeptic)
cinta, awat buat muka skeptic?
apa yang awak tak percaya?
liza baru nak cuba-cuba buat vege nuggets utk zaheer. hehe
@liza aziz
cuba ler..
Post a Comment