Tuesday, July 23, 2013

Tahun Ni Tutup Kedai


Selalunya setiap tahun di bulan puasa aku akan sibuk berbisnes. Jual kuih raya, jual coklat, jual butang baju melayu, jual kerongsang. Mercun tak ada. Alhamdulillah, dapat jugalah sale ribuan ringgit walaupun pelanggan semua kawan-kawan pejabat je.


Kadang-kadang aku cari pembekal. Ada juga yang pembekal yang cari aku. Bila dapat produk, aku akan mula buat iklan. Bermaklumat dan tepat - perkara yang aku cuba dapatkan dalam penghasilan iklan. Bagi aku iklan tak perlu fancy sebab terlalu sarat dengan hiasan akan menenggelamkan produk yang cuba ditonjolkan. Kebanyakan produk yang aku jual aku akan tukar nama, berbeza dengan nama yang diberikan oleh pembekal yang aku rasa agak konservatif (heheh..). Tapi untuk kuih tradisional aku akan biarkan namanya mengikut tradisi sebab bagi aku nama itu ada nilai nostalgia.

Sampel yang diberikan oleh pembekal aku tak berikan semua kepada bakal pelanggan tapi aku potong sana, potong sini untuk snap gambar buat poster. Dan semestinya sampel yang diberi aku yang makan sebab aku yang akan describe rasa, tekstur, dan karakter lain yang ada pada produk-produk makanan - kuih raya, coklat, dan kek.

Inilah antara poster yang aku buat dalam memasarkan produk-produk yang aku jual di pejabat.



Kerongsang aku namakan untuk membezakan rekaan. Setiap rekaan pulak ada macam-macam warna.


Butang baju melayu ni aku jual RM25 sekotak. Kotak baldu dan butang ni mata besar. Satu hari aku jumpa benda yang sama di satu shopping kompleks, aku belek-belek macam nak beli, sebenarnya nak tengok pengeluar dan jenis je, sebiji sama dengan yang aku jual. Harga? RM78. Amekaw..

Kerongsang lagi..

Salah satu coklat yang aku rename. Dan aku dah rasa. Sedap.


Gambar ni snap atas kereta dalam perjalanan ke pejabat. Kereta berhenti untuk bayar tol dan aku snap. Nasib baik aku tak ngap. Puasa..


Kuih ni paling mendapat sambutan. Mungkin sebab iklan? Tapi yang penting sebab rasa dia memang umph. Dah jarang jumpa ni.

Tapi tahun ni satu bisnes pun aku tak buat. Aku nak rehat - alasan yang aku berikan bila ada tauke kuih raya approach aku untuk buat marketing produknya tahun ni. Jadi, jangan order dengan aku semua yang ada kat atas tu ye. Tahun ni tutup kedai. Tengoklah, kalau tahun depan aku rajin. Ngehhh...


Tiba-tiba aku terperasan pesta kuih raya di pejabat tahun ini suram. Sehingga hari ini aku cuma dapat dua sahaja sampel kuih dan satu sahaja emel iklan. Apa sudah jadi? Adakah semua tauke kuih raya di pejabat ini juga mahu rehat seperti aku?

4 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

kajian menunjukkan keberangsangan kuih raya berkait rapat dengan kadar KDNK

t.a.t.a said... [Balasan]

betul. saya berjiran dengan pejabat pemberi hutang (bukan along. pejabat along di bangunan depan sana.) mereka turut merungut tahun ini terutamanya bulan ramadhan kuitpan memang sangat teruk.


saya pun sampai hari ini senyap aje. tak sibuk nak cari kuih raya.

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff
ohoho... pandai sungguh kamu.

cinta said... [Balasan]

@t.a.t.a
hmm, apa kena ye.. penyakit bawaan angin jerebukah?