Monday, October 31, 2016

Trip Kanak-kanak Riang ke Pasar Basah


Aeon Max Valu Jalan Mamanda 10 tutup.  Tidak dapat dipastikan tutup sementara untuk kerja-kerja renovasi atau tutup selamanya untuk diganti kedai baru.

Semalam lepas sarapan singgah situ nak beli ayam dan ikan. Akhirnya panjangkan langkah ke pasar. Ke pasar pukul 9 pagi. Memang sesak lah.

Kanak-kanak riang dah buat muka bila cakap nak ke pasar. Busuk katanya. Huh.

Mula-mula buat muka nak muntah dan mengomel kaki kotor pijak lantai pasar. Mama bagi jelingan tajam. Eheh.

Sampai gerai ikan mama bagi can pegang ikan kembung masukkan dalam bakul. Tiba-tiba diorang boleh lupa bau busuk dan lantai basah. Naik seronok sampai berebut nak masukkan ikan dalam bakul. Hehe.

Lepas tu diorang boleh berkenalan dengan jenis-jenis hidupan laut yang selama ni diorang nampak dalam tv je. Si leng chai itu sengih nampak ketam. Leng lui buat muka dek je sebab dia takut ketam walaupun suka makan ketam.

Dari gerai barang dapur, sayur, ayam, ikan, daging, ikan kering, buah, semua kitorang singgah. Si leng chai itu seronok nak kaut ikan bilis masuk plastik. Ok mama kasi can lagi.

Apa yang best shopping kat pasar ni sebenarnya? Kita deal direct dengan tokey. Walaupun takde tawar-menawar diorang sendiri akan bagi diskaun.

Boleh kata semua gerai bagi diskaun. Kecuali gerai daging. Contohnya kalau harga RM37.70 diorang akan potong 70 sen. Katakan singgah sepuluh gerai dan purata diskaun 40 sen, dah jimat 4 hengget kan.

Itu belum kira harga yang memang dah murah terutamanya sayur-sayuran yang kalau amaun yang sama harganya di pasar raya adalah RM5 tapi kat pasar RM3.50 je.

Akhirnya semalam budak-budak tu tahu yang pasar tak lah teruk sangat.

Tuesday, October 25, 2016

Cara-cara Budak Dua Tahun Makan Bubur Nasi


Mula-mula dia guna sudu. Tapi nampaknya penggunaan sudu tidak dapat mengisi nasi, sup dan segala isinya dengan optimum.

Dia berkira-kira.

Akhirnya sudu diketepikan. Angkat mangkuk tinggi-tinggi, slurp slurp slurp. Nasi, lobak, sup, kentang, semua laju masuk mulut.

Licin hingga menjilat mangkuk.

Ini namanya kemahiran menyelesaikan masalah. Eheh.

Saturday, October 22, 2016

Semoga Berbahagia

Ada seorang isteri yang terasa dengan suaminya. Cerita detail tak perlu aku rasa. Cuma kes biasa, rasa tak dihargai, apa-apa kesalahan semua dia yang dituding jari, cakap dengan isteri tak reti nak cakap baik-baik, biasa lah. Macam cerita drama. Tapi panjang jodohnya. Berkat sabar dan istiqamah memujuk hati. Agaknya.

Untuk menceriakan hatinya aku hantarkan satu kata-kata semangat yang sangat betul yang aku pun tak tahu siapa pengarangnya. Sebab benda ni pun dah lama. Zaman aku sekolah lagi.

Aku kongsikan di sini. Mana tahu boleh juga memujuk hati-hati di luar sana.

*****

I asked for strength and God gave me difficulties to make me strong.

I asked for wisdom and God gave me problems to solve.

I asked for prosperity and God gave me brawn and brains to work.

I asked for courage and God gave me dangers to overcome.

I asked for patience and God placed me in situations where I was forced to wait.

I asked for love and God gave me troubled people to help.

I asked for favors and God gave me opportunities.

I asked for everything so I could enjoy life.

Instead, He gave me life so I could enjoy everything.

I received nothing I wanted, I received everything I needed.

***

Dan aku ulang

I asked for love and God gave me troubled people to help.

Harap-harap dia terus tabah dan ceria.

Friday, October 21, 2016

Ibu Bapa yang Gelojoh


Ada satu trend yang aku tengok agak popular di kalangan ibu bapa - nak anak cepat pandai.

Eh, salah ke? Nak anak pandai apa salahnya kan. Nampak macam tak ada isu. Tapi bila ayat tu jadi - nak anak CEPAT pandai, masalahnya bermula di sini.

Sampai tahap aku tengok ada ibu bapa yang kalau anak umur enam tahun membaca tak betul dah naik panik sebab katanya budak-budak sekarang umur empat tahun dah pandai membaca. What?! (Rahang jatuh).

Itu anak orang. Jangan kau nak samakan dengan anak kau. Lambat membaca tak bermaksud budak tu bodoh. Semua budak bijak. Bezanya cuma minat dan kecenderungan yang buat diorang ni ada yang cepat membaca, ada yang slow. Sebab ada yang memang suka mengadap buku dan ulang-ulang benda yang sama dan ada yang lebih suka bereksperimen.

Itu baru bab membaca. Belum lagi masuk bab lain - Anak minum air asyik tumpah, makan nasi berterabur, makan biskut bersepah, pakai kasut terbalik, minta apa-apa tanpa perkataan 'tolong', dapat apa-apa tak cakap terima kasih, etc. Biasa lah budak baru belajar. Janganlah harapkan diorang mahir semua tu lepas ajar sekali dua.

Tiba-tiba teringat ada ibu yang komplen pasal grammar dalam buku konvokesyen tadika anaknya, terus dia bagi bad rating kat tadika tu sebab grammar yang salah yang aku tengok lebih kepada typo sebenarnya. Eh, ada juga yang memang tatabahasanya tak tepat.

Tapi bila dibandingkan dengan mutu pengajaran dan ilmu yan budak-budak tu dapat, mutu penjagaan, layanan dan pendidikan oleh cikgu-cikgu tadika tu, dan akhlak yang dibina aku tengok masalah tatabahasa tu macam perkara kecik. Tadika kot.. We are not the native speaker by the way. Kan.

Tapi itulah, ramai yang risau grammar anak tak betul daripada risaukan manner yang tak betul.

Kutip pengalaman kakak aku cikgu bahasa Inggeris di sebuah sekolah elit. Ada muridnya yang hebat akademik tapi akhlaknya tak seiring. Aku rasa itu lebih merisaukan. Kalau aku terpaksa pilih antara akhlak dan akademik aku akan pilih akhlak.

Apa guna A berderet tapi hormat cikgu pun tak reti. Apa guna ranking tinggi tapi tak reti minta maaf bila buat salah. Apa guna math dapat seratus peratus tapi pandai menipu. Apa guna speaking macam mat saleh tapi cakap dengan mak ayah macam tak ada adab.

Tapi kan, kalau nak anak CEPAT berakhlak dan beradab pun gelojoh juga namanya. Semua tu ambil masa nak belajar. Pelan-pelan kayuh.

Camana pun kalau diorang buat salah mesti bagi diorang tahu itu salah. Jangan tak tegur.

Apa-apa pun anak-anak belajar dengan cara meniru ibu bapa. Jadi sebelum didik anak ibu bapa kenalah didik diri sendiri dulu. Cermin lah diri dulu. Oh ya saranan ni ditujukan untuk aku juga. Semoga kita semua jadi ibu bapa yang baik dan tak gelojoh.

A Question With No Answer

Si leng lui itu nampak atuknya merokok. Macam biasa segala kemusykilan laju aje dizahirkan,"Atuk, kenapa atuk hisap rokok?"

Atuknya sengih lebar,"This question I got no answer".

Si leng lui terpinga-pinga.

Neneknya gelak kecil.

Mama sengih je.

Mungkin pengajaran pada hari itu untuk dia - tak semua soalan ada jawapan.

Wednesday, October 19, 2016

Sang Pengkarya


Budak ini sekarang hobinya menambah koleksi grafiti.

Tak cukup dengan dinding dia ekspresikan jiwa seninya di almari kakaknya.

Almari yang putih bersih memang menggoda untuk dihias hasil seni abstrak.

Melakar (baca:conteng) dengan muka yang cukup serius sampai air mulut keluar pun tak sedar.

Lepas tu dia pandang seolah-olah sedang menghayati karya seni agung.

Cantik... kata dia.

Sabar je lah.

Monday, October 17, 2016

Mencari Kesalahan


Gambar ni diambil di sebuah hotel di Terengganu.

Perasan tak ada kesalahan besar dalam gambar ni?

Sunday, October 16, 2016

Cinta Tak Buta

Bila tak dapat nak jelaskan fenomena jatuh cinta tanpa alasan orang akan salahkan cinta. Kata mereka cinta itu buta.

Bila tak dapat nak jelaskan kenapa laki orang tersuka kat bini orang pun cinta juga yang disalahkan. Kata mereka cinta itu buta.

Bila tak dapat nak cari punca kenapa lepas sekian lama kahwin hati jadi makin tawar macam biasa cinta dituduh buta.

Sebenarnya cinta tak buta.

Yang buta itu nafsu.

Yang buta itu hati.

Yang buta itu manusia.

Kalau cinta itu buta cinta takkan bertambah dan takkan berkurang.

Kalau cinta itu buta cinta takkan dapat dipupuk.

Jadi sila berhenti menyalahkan cinta.

Cinta tak buta.

Friday, October 14, 2016

Siswa Siswi Kita Kelaparan



Pak pak menteri harap turun padang. Tak payah tunggu duit kerajaan. Duit poket sendiri pun boleh. Tak luak harta setakat bagi pelajar makan.

Kawan-kawan blogger harap cubalah bantu adik-adik kita.

Pagi tadi lalu depan Menara PTPTN. Teringat mereka.

Pagi ni sarapan nasi lemak. Teringat mereka juga.

Sedih pulak.

Thursday, October 13, 2016

Hari Ni Aku Tahu..

Zaman aku kanak-kanak riang dulu bagi aku semua orang dewasa baik.

Hari ni aku tahu ramai juga yang jahat.

Zaman aku budak hingusan dulu bagi aku segala yang ada dalam suratkhabar adalah fakta.

Hari ni aku tahu cuma dua perkara je yang kita boleh percaya dalam suratkhabar - ramalan cuaca dan nombor ekor.

Zaman aku kecik-kecik dulu aku ingat kalau belajar tinggi-tinggi bila besar dapat  kerja gaji besar dan boleh jadi kaya.

Hari ni aku tengok saudara-mara aku yang tak pernah masuk mana-mana IPT ramai juga yang jadi tauke dan yang belajar tinggi-tinggi cuma jadi kuli.

Masa aku budak dulu aku ingat politikus bijak.

Hari ni aku tahu ramai juga mereka yang bodoh.

Naif betul aku dulu.

Wednesday, October 12, 2016

Pork

(Bible)
Book of Deuteronomy,
Chapter 14, Verse 8:

And the swine, because it divideth the hoof, yet cheweth not the cud, it is unclean unto you: ye shall not eat of their flesh, nor touch their dead carcase.

Tuesday, October 11, 2016

Cheating and Bribery


وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

(Al-Baqarah:188)
And do not consume one another's wealth by false means, nor offer it as bribes to the judges in order to consume part of other people's wealth illicitly, while you know.


Monday, October 10, 2016

Resepi Ribena + Delima



Ribena + pati delima + madu + air + ais.

Gambar air yang dah siap takde. Selamat masuk perut dah.


Saturday, October 8, 2016

Piring Terbang

Dinner malam tadi.

Budak ni sebenarnya tengah makan kek. Tapi makanan dalam pinggan tu rasa aku dah tak dapat dikenalpasti lagi dah.

Ini namanya konsep pakai buang. Dah kenyang cawan dan pinggan terbang ke lantai. Grr..

Lantai tu papanya baru mop beberapa hari lepas. Bertabahlah. Tahun depan in sha Allah dia dapat adik. Jadi bersedialah untuk meneruskan konsep rumah minimalis. Eheh.

Thursday, October 6, 2016

Stubborn

Surah Al-Kahf,
Verse

54:
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِلنَّاسِ مِن كُلِّ مَثَلٍ وَكَانَ الْإِنسَانُ أَكْثَرَ شَيْءٍ جَدَلًا
54-We have elaborated in this Quran for the people every kind of example, but the human being is a most argumentative being.


55:
وَمَا مَنَعَ النَّاسَ أَن يُؤْمِنُوا إِذْ جَاءَهُمُ الْهُدَىٰ وَيَسْتَغْفِرُوا رَبَّهُمْ إِلَّا أَن تَأْتِيَهُمْ سُنَّةُ الْأَوَّلِينَ أَوْ يَأْتِيَهُمُ الْعَذَابُ قُبُلًا
55-What prevented people from accepting faith, when guidance has come to them, and from seeking their Lord's forgiveness? Unless they are waiting for the precedent of the ancients to befall them, or to have the punishment come upon them face to face.


56:
وَمَا نُرْسِلُ الْمُرْسَلِينَ إِلَّا مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَيُجَادِلُ الَّذِينَ كَفَرُوا بِالْبَاطِلِ لِيُدْحِضُوا بِهِ الْحَقَّ وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَمَا أُنذِرُوا هُزُوًا
56-We don't send the messengers except as deliveres of good news and warners. Those who disbelieve argue with false argument, in order to defeat the truth thereby. They take My Verses, and the warnings, for a joke.


57:
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ فَأَعْرَضَ عَنْهَا وَنَسِيَ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ إِنَّا جَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَن يَفْقَهُوهُ وَفِي آذَانِهِمْ وَقْرًا وَإِن تَدْعُهُمْ إِلَى الْهُدَىٰ فَلَن يَهْتَدُوا إِذًا أَبَدًا
57-Who does greater wrong than he, who, when reminded of his Lords revelations, turns away from them, and forgets what his hands have put forward? We have placed coverings over their hearts, lest they understand it, and heaviness in their ears. And if you call them to guidance, they will not be guided, ever.


58:
وَرَبُّكَ الْغَفُورُ ذُو الرَّحْمَةِ لَوْ يُؤَاخِذُهُم بِمَا كَسَبُوا لَعَجَّلَ لَهُمُ الْعَذَابَ بَل لَّهُم مَّوْعِدٌ لَّن يَجِدُوا مِن دُونِهِ مَوْئِلًا
58-And Your Lord is the Forgiver, Possessor of Mercy. Were He to call them to account for what they have earned, He would have hastened the punishment for them. But they have an appointment from which they will find no escape.

Wednesday, October 5, 2016

Leng Chai ke Planetarium Negara

Kenapa tajuk mesti si leng chai itu seorang walaupun semua anak ikut? Macam bias pulak.

Sebab dia paling teruja kalau bercerita pasal planet, sistem solar, angkasa, roket dan yang sewaktu dengannya.

Sampaikan bila dibagitau nak pergi tengok planet dia melompat "Yay, naik roket!"

Adoi. Ye lah, kita naik 'roket cap rimau' dan landing kat Planet-arium. Hari sabtu mesti ramai 'alien' termasuk kitorang.

Pukul 12 tengah hari sampai Planetarium Negara. Pergi kaunter tiket, akak tiket kata tayangan pukul 12 dah mula jadi kena ambil tayangan pukul 1.

Incek papa beli tiket 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Si kecik ensem itu riba aje jadi tak payah tiket. Dewasa rm12, kanak-kanak rm8. Macam tiket wayang je.

Tapi kalau tak nak tengok tayangan masuk aje ke ruang pameran tu free.

Kat ruang pameran ada macam-macam. Masuk je nampak simulator dlm spaceship ke apa ntah nama dia. Yang ni ramai orang beratur. Masuk dalam tu nanti benda tu pusing-pusing. Kitorang tak minat. Tapi si leng chai itu minat tapi takut. Katanya tunggu dia besar dia nak naik.

Lagi ada anti-gravity room. Masuk dalam tu takdelah sampai terapung tapi ada semacam perasaan pelik sebab tak boleh nak kawal badan sendiri, jalan pun terhuyung hayang. Jalan masuk ikut tangga, jalan keluar kena gelongsor. Wee.. pendek je gelongsornya. Bagi anak-anak je cuba. Tak kuasa aku dan incek papa nak menggelongsor. Eheh.

Ada planet dalam sistem solar yang imejnya projected kat bebola besar. Si leng chai nampak dan dia boleh namakan semua imej yang keluar kat bebola tu.

Ada sekali imej kelabu dengan ada corak tertentu keluar aku kata bulan dan dia kata bukanlah mama, itu mercury. Diam-diam aku gi tengok info, eh betullah mercury. Hehe.

Ke belakang sikit ada jadual berkala siap dengan sampel unsurnya sekali. Kaki kimia bolehlah faham. Aku pandang ajelah sebagai memori zaman sekolah. Huu..

Sebelah belakang pameran lebih tertumpu kepada teknologi angkasa dan aplikasinya dalam kehidupan seharian. Boleh tengok model ISS, replika roket, enjin roket, Mars rover dan lander yang NASA hantar pergi Marikh tu.

Ada baju batik Dato Syeikh Muzaffar dan makanan paket yang beliau bawa sebagai bekalan ke ISS itu hari.

Boleh cuba masuk dalam beg tidur dan rasa macamana tidur di angkasa. Ada tandas dan cara penggunaan tandas di angkasa. Sesiapa sanggup bolehlah cuba.

Kalau bawa budak kecik yang cepat bosan boleh pergi bahagian kidspace bagi diorang lepaskan tenaga terpendam lari-lari main gelongsor dan buat bising.

Si leng chai itu tersengih dan menahan sengih je sepanjang lawatan. Si leng lui pulak macam biasa jenis tangan tak boleh diam semua nak diusik dan dicuba. Nasib baik bahan pameran yang boleh dicapai memang untuk diusik dan dicuba. Tambahan pula memang kebanyakan bahan pameran disertakan tab jadi boleh lah skrol sana sini tap sana tap sini cari info, gambar, dan video berkaitan.

Cuma takde aktiviti pencerapan sebab masa kitorang pergi tu minggu angkasa belum mula dan balai cerap pun tak dibuka untuk umum.

Hari tu ada sorang budak hilang mak. Nasib baik petugas cepat alert dan ramai juga yang prihatin tolong carikan. Tengah hari di hari Sabtu adalah waktu puncak. Manusia memang ramai. Jadi pastikan mata tak lepas pandang anak-anak. Budak-budak biasalah maknya baru nak bagi arahan dia dah berdesup hilang.

Nak cerita banyak dan terperinci pun tak reti dan tak cukup bukti bergambar sebab snap gambar pun tak banyak. Jadi layan ajelah gambar-gambar yang tak seberapa yang sempat snap sambil melayan budak yang teruja. Dah balik baru perasan takde satu pun gambar planet :p

Dalam bilik anti graviti. Nak keluar kena lompat kat lubang gelongsor kat hujung tu.

Roket NASA

Mars Rover dan Mars Lander. Ada cerita menarik tentang dua robot ni. Kalau rajin aku cerita di lain entri.


Budak-budak tangan tak reti diam.

Cak! Rehat jap kat kidspace.

Dalam roket cap rimau. Balik ke planet Home.









Tuesday, October 4, 2016

Minggu Angkasa Sedunia

Bermula hari ini hingga 10 haribulan ni ada banyak aktiviti menarik di Planetarium Negara.

Kalau ada anak-anak yang minat dengan bidang angkasa eloklah bawa diorang pergi.

Kalau takde anak takpe, boleh pergi dengan kawan, pergi dengan pasangan.

Takde jugak takpe boleh jadi lone ranger.

Ada macam-macam aktiviti. Mencerap matahari, mencerap langit malam, pameran teleskop yang kalau nak ushar teleskop pun boleh sebab dimaklumkan memang ada jualan, pilih je untuk beginner ke amatur ke pro ke, ada ceramah, ada diskusi, dan macam-macam lagi yang memang dah selalu ada di ruang pameran.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk flyer di bawah. Kalau tak jelas klik aje kat gambar tu.

Masuk adalah PERCUMA! Yay..




(Cerita leng chai ke planetarium aku cerita lain kali. Bagi laluan iklan minggu angkasa. Hehe..)

Saturday, October 1, 2016

Lawatan Dari Pejabat Kesihatan Daerah

Pagi tadi bawa anak-anak melawat planetarium negara. Sempena diorang habis exam. Konon.



Sebelum keluar ada tetamu dari pejabat kesihatan datang buat pemeriksaan aedes. Fuh, nasib baik baru lepas sapu lantai dan mengemas. Taklah malu sangat ada spotcheck walaupun susun atur ada rupa tongkang pecah. Eheh.

Elok pulak si leng lui itu tengah main pondok-pondok, macam-macam susun atur pelik ada atas lantai - hamparan selimut dan cadar, bear dengan beberapa objek tak dikenali yang tak dapat ditafsir oleh imaginasi aku.

Ok, sila encik. Dia tengok dalam bilik air luar, jenguk bilik air dalam, masuk dapur, intai pintu belakang. Tiada jentik-jentik. Tahniah. Hehe.

Dapat ubat jentik-jentik free. Sempat tanya incek tu mana nak dapat ubat jentik-jentik. Katanya kat kedai hardware yang ada jual racun makhluk perosak selalunya ada.

Lupa pulak aku nak tanya - pool kat bawah tu dah check ke belum? Hee..

Lepas tu berdesup ke planetarium.

Bersambung...