Monday, October 31, 2016

Trip Kanak-kanak Riang ke Pasar Basah


Aeon Max Valu Jalan Mamanda 10 tutup.  Tidak dapat dipastikan tutup sementara untuk kerja-kerja renovasi atau tutup selamanya untuk diganti kedai baru.

Semalam lepas sarapan singgah situ nak beli ayam dan ikan. Akhirnya panjangkan langkah ke pasar. Ke pasar pukul 9 pagi. Memang sesak lah.

Kanak-kanak riang dah buat muka bila cakap nak ke pasar. Busuk katanya. Huh.

Mula-mula buat muka nak muntah dan mengomel kaki kotor pijak lantai pasar. Mama bagi jelingan tajam. Eheh.

Sampai gerai ikan mama bagi can pegang ikan kembung masukkan dalam bakul. Tiba-tiba diorang boleh lupa bau busuk dan lantai basah. Naik seronok sampai berebut nak masukkan ikan dalam bakul. Hehe.

Lepas tu diorang boleh berkenalan dengan jenis-jenis hidupan laut yang selama ni diorang nampak dalam tv je. Si leng chai itu sengih nampak ketam. Leng lui buat muka dek je sebab dia takut ketam walaupun suka makan ketam.

Dari gerai barang dapur, sayur, ayam, ikan, daging, ikan kering, buah, semua kitorang singgah. Si leng chai itu seronok nak kaut ikan bilis masuk plastik. Ok mama kasi can lagi.

Apa yang best shopping kat pasar ni sebenarnya? Kita deal direct dengan tokey. Walaupun takde tawar-menawar diorang sendiri akan bagi diskaun.

Boleh kata semua gerai bagi diskaun. Kecuali gerai daging. Contohnya kalau harga RM37.70 diorang akan potong 70 sen. Katakan singgah sepuluh gerai dan purata diskaun 40 sen, dah jimat 4 hengget kan.

Itu belum kira harga yang memang dah murah terutamanya sayur-sayuran yang kalau amaun yang sama harganya di pasar raya adalah RM5 tapi kat pasar RM3.50 je.

Akhirnya semalam budak-budak tu tahu yang pasar tak lah teruk sangat.

4 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Ikan dan daging mahal...harap ma'alom.
Ikan kembung pat thn dulu 6.50 skrg dah 12. Ikan kembung minyak dulu 8.50 skrg 17. Udang air payau dulu 12 skrg dah mcm udang laut, 27. Rata2 dah naik sekali ganda dlm 4-5 thn ni.
Klu nak betul2 murah, beli la kat kuala selangor atau tmpat naik ikan. Ketam, sotong masih belas2 ringgit je lg.....tp kuantiti kena main kilo2 dan berkenalan dgn peraih tu. Biasanya ada sorang akan ambik order dr kwn2 dan tolong beli...baru boleh.
Dgn kata lain, org tgh yg mkn untung...

Atie Yusof said... [Balasan]

Suka Leng chai ke pasar basah kan..klu abg Pae sukalah ikut babah dia, klu ibu mmg jarang ke pasar. Haha!
sini murah lagi segala ikan.. boleh dpt ikan rm3, 4, 5 sekilo..

cinta said... [Balasan]

Ye lah. Blm kawen dulu daging baru 18 sekilo. Skrg 18 tu harga daging import. Daging local dh 30 sekilo.
Zaman sekolah dulu ada pakcik ikan masuk kg bwk ikan dlm tong blkg moto. Ikan kembung singgit sekor.
Nk turun ke kuala mmg tak lah. Blk kg gi tok bali ke kuala besut ke pn tak sanggup nk borong bwk blk kl.

cinta said... [Balasan]

Wah duk sana puas la mkn ikan. Tetiba rasa nk bela ikan. Hehe.