Tuesday, November 1, 2016

Bagai Menatang Minyak yang ... (isikan tempat kosong)

Malam ni, pagi esok, dan dalam beberapa hari ni orang akan hangat bercerita pasal kenaikan harga minyak masak (walaupun petrol dan diesel pun khabarnya naik harga juga).

Beberapa hari ni memang ketara rak-rak minyak masak di pasaraya dan kedai-kedai runcit licin.

Baru petang tadi aku round tiga kedai cari minyak masak. Rak kosong. Akhirnya jumpa minyak vesawit 1kg. Jadi lah..

Jadi, selamat menempuh hari baru, cabaran baru, dan jangan lupa rancangkan menu baru yang kurang minyak.

Nasib baik kereta tak pakai minyak sawit :p

4 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Kita masak singgang je la jadinya....

Atie Yusof said... [Balasan]

Sadisss sungguh.. semua naik.. minyak masak naik, kompom semua mknan akan naik... jawabnya kita makan rebus lah memanjang.. haha.. apa nak jadi lah kan...huhu

cinta said... [Balasan]

Dulu duk hostel lauk singgang kitorg panggil ikan berenang. Sihat tu..

cinta said... [Balasan]

Mkn steam boat. Wah..