Thursday, November 10, 2016

Cita-cita Saya


Dia suka tengok rancangan masak-masak. Dia suka Anna Olson ajar baking. Dia suka Asia Food Channel. Tapi rancangan makan-makan tanpa masak-masak dia tak minat.

Dulu dia pernah tanya mama orang yang kerja masak-masak tu dipanggil apa. Mama kata itu chef.

Sampai hari ni dia kata nanti dah besar nak jadi chef.

Satu hari balik sekolah dia tanya mama kenapa bila dia kata dia nak jadi chef cikgu dia ketawa dan kata nanti jangan lupa cikgu. Hehe. Mama kata cikgu suka ada murid dia nak jadi chef nanti dah besar masak sedap-sedap bagi la cikgu rasa. Gitu.. lebar dia sengih.

Malangnya mama dia tak pandai baking. Eheh. Masak lauk-pauk mama ok. Masakan melayu ke, cina ke, india ke mama boleh cuba tapi baking kek mama surrender.

Minggu lepas mama cuba buat kek. Hasilnya, hahadoi. Bagi mama kalau naik jadilah tu. Tapi tekstur macam apam. Rasa tak tau nak cakap lah sebab mama tak suka manis dan rasa kek sungguh tawar. Ngeh..

Jadi untuk cover kegagalan kek yang tak menjadi mama letak topping nutella. Akhirnya semua orang habiskan kek dan tak sedar pun kek tu tak sedap pun sebenarnya. Yay..

Tapi kan, budak yang nak jadi chef ni boleh perasan pulak. Dia tanya kenapa kek mama rasa pelik? Adoiyai..


6 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Rasa pelik sebab mama baking dgn extra care...haha

julie shahril said... [Balasan]

sama mcm adik kita tapi lelaki, dari kecik dia suka tgk mak masak kat rumah, pastu dia ckp dah besar nanti dia nak jadi chef. dan skg mmg dia tgh blaja amek diploma kulinari kat FIM. kitaorang mmg support minat dia. biar la dia jadi apa yg dia suka daripada paksa dia blaja benda yg dia tak minat, akhirnya sangkut pertengahan jln.

Atie Yusof said... [Balasan]

Bagus nya princess nak jadi chef.. ada bakat dah tu, asah pelan2..hihi.. suka dia rancangan masakan kan.. klu abang Pae sy tu dok layan ultraman jer lah.. ahahaha..
bab-bab masak sy mengaku gagal..baking pun kdg jadik kdg tak! masak utk hubby & anak je lulus..kihkih..

cinta said... [Balasan]

Sampai perisa kasih sayang pun dah takleh tolong lagi dah. Haha.

cinta said... [Balasan]

Kan kak julie. Kadang mak pak yg nak kejar profesion yg meletop tapi anak tak suka pun buat apa. Tapi yg penting biar jd orang.

cinta said... [Balasan]

Baking kadang jadi kdg tak tu ok. Ni masalahnya tak pernah menjadi. Eheh. Tp masak utk hubby n anak tu lah paling best.