Wednesday, November 9, 2016

This Is Not The Ending. It Is A Beginning.

Sabtu lepas princess mama yang sorang ni secara rasminya tamat pengajian di 'kolej' beliau.

Pagi-pagi kejutkan dia cakap hari ni school concert cepat aje dia bangun. Takde nak geliat nak yoga dulu atas katil.

Tapi si leng chai itu yang bangun dulu. Dah selesai mandi baru kejutkan dak leng lui ni.

Dah mandi sarapan cornflakes. Abaikan latar belakang yang lintang pukang. Abaikan juga makhluk comel yang tergolek atas tilam kat belakang leng chai. Jangan pandang lama-lama takut nanti menghantui pemikiran.

Sampai Muzium Negara snap gambar dulu. Leng chai macam biasa memang suka buat muka pelik untuk menyembunyikan hensem terlampaunya takut ramai berkenan nak buat menantu.

Tema hari tu ialah Arabian Night walaupun acara berlangsung di siang bolong. Jadi pakailah pakaian yang konon-konon ada unsur kearaban sikit. Kasut incek papa memang sesuai untuk berjalan-jalan di padang pasir atau menunggang unta. Hehe.

Hasil mekap mama. Eyeshadow takde jadi mama tonyoh lipstick dan blusher kat mata. Finishing dengan HD eyeliner. Ingat tv je ada HD? Jangan kata nampak macam mekap opera sebab opera bedak tebal tapi leng lui tak pakai bedak sebab mama takde bedak.

Bersama rakan-rakan seperjuangan. Jubah semua kembang sebab dalam dah siap pakai baju untuk persembahan - skirt kembang ropol-ropol. Skirt pesen macam tu last si leng lui ni pernah pakai adalah masa dia baby lagi 6 tahun yang lalu.

Dalam auditorium. Snap gambar dari jauh je.  Nampak si leng lui tengah betulkan topi konvo.

Perarakan graduan turun ke pentas diiringi irama muzik gamelan aku rekod videonya tapi tak snap gambar sebab kalau snap pun memang tak nampak barisan graduan. Dalam video pun nampak topi je bergerak turun.

Snap dari kejauhan. Aku duk seat belakang tepi pintu standby kalau-kalau kebosanan melanda dak kecik hensem tu bolehlah cepat-cepat bawa dia ambil angin di luar jadi taklah dia mengganggu ketenteraman awam.

Sampai sini je aku mampu snap gambar. Gambar dan video persembahan semua tak dapat ambil sebab ada rampasan kuasa ke atas hak milik henpon. Bos kecik nak tengok youtube. Pasrah.

Leng lui dan leng chai dua-dua tak dapat nombor. Hehe. Tapi leng chai dapat award The Most Outstanding. Tak dapat dipastikan macamana kriteria untuk kategori ni. Hmm.. Dapat hadiah medal dan buku cerita berjudul Moti Sakit Gigi.

Leng chai buat persembahan sketsa Abrahah menyerang Mekah. Masa kat rumah mama bacakan surah al Fil sambil terjemahkan dan matanya bulat bersinar-sinar "wah, macam mana mama boleh tahu?" Hehe.

Apa-apa pun tahniah untuk semua warga tadika dan jutaan penghargaan untuk cikgu-cikgu dan staf atas segala penat lelah, kesabaran, ilmu dan kasih sayang dalam menjaga dan mendidik anak-anak tadika ni.


4 comments:

Time Traveller said... [Balasan]

Tahniah dah tamat kolej gitu..

Atie Yusof said... [Balasan]

Tahniah princess dah konvo.. comel ja pakai jubah dan mekap.. ..Tahniah jg utk Leng Chai dpt award The Most Outstanding.. moga terus maju dlm pelajaran... go..go..

cinta said... [Balasan]

Kolej mini. Hehe.

cinta said... [Balasan]

Tengkiu tengkiu. In shaa Allah. Amin.