Tuesday, March 31, 2015

Berselirat Bak Jiwa Kacau


Teringin nak tengok segala-galanya wireless.

Atau sekurang-kurangnya pengurangan seoptimum mungkin jumlah wayar yang berselirat untuk satu-satu set peranti.

Lebih-lebih lagi untuk kegunaan domestik.

Untuk desktop kalau boleh satu wayar sahaja untuk punca kuasa. Monitor, tetikus, papan kekunci, dan pencetak aku harap adalah wireless.

Untuk seterika juga. Aku harap boleh beroperasi dengan bateri yang boleh dicas semula. Juga pencuci hampagas. Bagus kan kalau tanpa wayar?

TV, modem, dekoder TV satelit, pemain DVD dan blu-ray, kalaulah boleh berhubung dengan skrin TV tanpa menggunakan wayar.

Bila tiada wayar senang sikit nak bersihkan belakang desktop dan rak TV.

Pemandangan juga akan lebih kemas dan mendamaikan jiwa

aku.

Monday, March 30, 2015

Knock Knock

Kejadian berlaku pada tahun lepas. Tempat kejadian di sebuah hospital. Aku ada temujanji dengan gynae.

Macam biasa mula-mula kena dapatkan urine sample. Tandas depan ada orang. Aku pergi tandas belakang.

Incek papa tunggu di hujung lorong. Aku amanahkan si leng lui itu menunggu di depan pintu sebab pintu tak boleh kunci.

Dengan pesanan kalau ada orang nak masuk cakap kat orang tu mama kat dalam.

Belum selesai berurusan kat dalam tiba-tiba ada beberapa siri knock-knock kat pintu. Sudah..

Lepas knock-knock aku dengar suara leng lui itu,

"Do you wanna build a snowman~"

Masa tu dia belum habis demam frozen.

Huh, sia-sia aku cemas.

Friday, March 27, 2015

Selamat Hari Lahir

Anak buah den kat kampung.
Moga sentiasa dalam lindungan rahmat Allah.

Kraftangan

Leng chai punya

Leng lui punya belum menetas

Tuesday, March 24, 2015

Utoraman

Leng chai terkesima bahunya dipegang utoraman zero.

Tetiba je leng chai itu lebih berminat dengan raksasa baltan.

Naik cable car dia naik ngantuk. Huarghhh...

Thursday, March 19, 2015

Siapa Kata Eczema Tiada Ubat? Ada.. Betul.


Sudah empat tahun dia bergelumang dengan dadah.

Kalau dah namanya dadah memanglah bukan mengubat.

Kata doktor pakar yang itu sakit ini memang tiada ubat. Aku tak setuju.

Kata doktor pakar yang lagi satu nanti dia dah besar akan baik sendiri. Aku tak percaya lepas tengok berapa ramai orang bawak penyakit tu sampai tua. Tambah tak percaya bila aku tengok dia takdelah makin baik.

Sekarang dadah-dadah ringan dia sudah lali. Terpaksa diberi dadah yang lebih kuat.
Sampailah beberapa hari lepas doktor prescribed dua lagi dadah baru tambah lagi antibiotic.

Aku ikut kata hati. Aku hold dulu antibiotic. Sebab malam sebelum tu aku ditakdirkan terjumpa maklumat tentang TCM Recipe. Aku order yang bekas kecil dulu, 15g dengan harga RM197. Mahal? Aku dah tak kisah.

Sebelum ni dah habis ribu raban pun tak elok juga. Kalau ubat yang ini betul mampu mengubat harga itu cukup berbaloi. Nanti bila dah sepenuhnya sembuh tak perlu lagi sapu pelembap setiap masa. Maknanya nanti tak perlu lagi aku berhabis beli krim pelembap yang semua tu bukannya murah.

Hari Selasa itu hari ubat tu sampai. Balik aku sapu dia satu badan. Malam tu dia kurang menggaru. Boleh kata improvement garu-garu ni dalam 85%. Tak bangun menangis tengah malam. Aku takjub.

Tapi esok paginya krim tu habis lepas sapu untuk kali ketiga. Heheh. Sebab aku sapu satu badan kat budak yang beratnya 25kg. Jadi luas permukaan kulitnya memang besar. Sebenarnya tak perlu sapu satu badan tapi sebab kes dia ini gatal dan kering satu badan selain beberapa kawasan yang memang dah teruk.

Sementara tunggu order baru sampai aku sapu dulu gamat dan pelembap. Cuba untuk elakkan segala dadah. Pagi semalam dan pagi ini tiada tangisan meraung-raung pedih kena air. Kes macam dia ni kena air macam kena api.

Cubaan pertama aku puas hati. Semalam order lagi yang besar sikit 30g RM367. Aku nak teruskan sampai dua bulan.

Betasone, corticosteroid, hydrocortisone, betametosone, fucidic acid, desonide, antihistamine, danentahapeapelagintah, aku tak sabar nak say bye bye kat korang. Krim-krim mahal dari France, UK, Italy, dan semua kawan-kawannya aku juga tak sabar nak babai. Ngeri pula fikir krim tu semua nanti kena GST.

Oh ye, untuk keterangan lanjut, sila klik sini.

Ada harapan untuk semua yang berhadapan dengan masalah kulit. Ya, penyakit ini boleh diubat. Bila dah sembuh sepenuhnya tak perlu lagi maintenace bagai. Cubalah.

Tengok lengan si leng lui itu 3 tahun lepas.

Bandingkan dengan lengannya sekarang.

dan kakinya. Kadang-kadang jalannya tempang. Pedih katanya.

Tapi tetap hidup dengan gembira. Hee..
Lepas dua bulan nanti aku akan upload gambar kaki dan tangannya.

Tuesday, March 17, 2015

Akhirnya


Andai harapan yang kujangka itu sesuatu yang benar bakal berlaku dalam masa terdekat aku bakal jadi yang terbahagia. Seakan lebih bahagia dari dia yang menahan seksa pedih.

Harapan yang bakal melupuskan tangisnya di malam hari. Harapan yang bakal membersihkan hanyir darah yang saban hari aku hidu. Harapan yang bakal melenyapkan teriak dan jerit di setiap paginya.

Andai itu benar berlaku akan aku kongsi dengan kalian. Moga memberi sinar untuk semua yang nasibnya sama.

Andai harapan itu kosong biar aku simpan sahaja dulu derita dia. Biar dunia hanya mendengar tawanya. Biar kamu melihat hanya senyumnya. Tangis teriaknya biar aku sahaja yang dengar. Sampai semua selesai baru aku buka cerita.

Aku masih optimis. Aku masih berdoa. Harap penantian hari ini adalah satu permulaan.

Friday, March 13, 2015

Ini Bukan Mantera


Totam jalan tsenet tsenet

Itik jalan tedet-tedet

Burung tobam tindi-tindi

Tuda tuat la-ei

Tatak jalan lopat-lopat

Tucen jalan lapat-lapat

Tsumut jupe tawan-tawan

tsalam, tsalam, tsalam..

Asthalamualaitum..

Waalaitumsthalam..

*****

Lagu ni leng chai belajar kat tadika.

Masa dia mula-mula nyanyi lagu ni kat rumah, mama dia tak tahu pun sebenarnya dia tengah nyanyi.

Tau-tau je masa mama sibuk kat dapur dia datang hulur tangan nak salam. Rupa-rupanya bila semut jumpa kawan-kawan macam tu lakonan dia.

Thursday, March 12, 2015

Bomba Mini-On


Ni lah salah satu sebab budak tadika gomar bonar jadi bomba kat Kidzania. Sebab tadika-tadika dah ajar diorang camana nak jadi bomba.

Wednesday, March 11, 2015

Louse, lice and nits

Mama jumpa telur kutu kat rambut leng lui. Hampir-hampir jerit tapi tak jerit. Tapi kecoh la jugak. Sampai sekarang rasacamgeli.

Hari tu jugak mama potong pendek rambut leng lui. Sekaligus menghancurkan angan-angan leng lui nak tocang rambut macam Elsa.

Sapu ubat kutu, sikat, cuci rambut, ulang lagi sampai entah berapa hari. Leng chai pun kena juga. Malam tu juga dekat pukul dua pagi mama potong sendiri rambut mama pendek-pendek. Minggu tu kepala mama tak pernah bogel dari scarf. Tidur pun pakai scarf. I geli you...

Kutu dan telurnya dah satu masalah. Satu lagi masalah bila si leng lui itu bangga bercerita dengan anak-anak jiran dia ada kutu. Sampai mamanya pun tetiba naik kompius adakah itu trending dan cool di sekolahnya?

Tuesday, March 10, 2015

Ibu Tinggal

Papa: Kalau bos up nama I pegi site office kat Oman U ok ke?

Mama: Ok je.. Tapi tak takut ke nanti balik sok jumpa anak-anak panggil 'uncle'?

Papa: Hahaha.

Thursday, March 5, 2015

Setelah Disindir Monyet, Bawaklah Anak Jalan-Jalan

Papa ada urusan dengan Maxis. Sambil-sambil bawaklah kanak-kanak riang jalan-jalan KLCC (dekat je.. hee..).

Lunch lebih kurang dekat Wendy's. Mama order sebab mama tahu citarasa semua orang yang semua orang itu pun tak tahu citarasa tekak sniri. Heh. Mengelakkan pembaziran. Kalau tanya pendapat orang-orang tu semua esp. yang kenit-kenit tu entahapeape diorder sudahnya tak habis. Pantang betul mama. Tepat jangkaan mama. Lunch licin. Terer tak terer tak? (angkat kening).

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Pergi Maxis. Memang dah agak apa kenit-kenit (kenit ke?) aim. Duk mengadap tester tablet dan telefon pintar. Gasak koranglah. Udah memang untuk diuji. Jangan ditest gigit sudah.

Selesai urusan papa ajak keluar takmo pulak. Ugut itu ini sikit keluar juga. Heheh. Mama kan kakak kawasan pencen. Pujuk-pujuk tak main. Ugut aje kekdahnya.

Jalan-jalan berhenti tengok ballet jap. Layankan si leng lui.

Jalan lagi sambil bagi warning dan baca segala terma dan syarat sebelum masuk kedai sebab destinasi seterusnya adalah paling mencabar untuk papa dan mama - Toys 'R' Us.

Mula-mula dua-dua kena set target nak apa. Lepas tu sorang boleh amik satu barang sahaja. Dua-dua nak Robocar Poli. Memang dah lama diorang mengidam tu. Ok set. Masuk nanti jangan lari sana-sini, mesti dalam radius pemandangan mata mama dan papa. Nak apa-apa tanya dulu. Kalau mama papa kata boleh baru amik, kalau tak boleh mesti letak balik. Sebarang perlanggaran syarat penaltinya keluar tangan kosong. Dua-dua jawab faham mama. Setiap terma yang mama baca leng chai balas orait.

Ok, kita tengok.

Mula-mula masuk keadaan masih terkawal. Lepas tu semua jadi rambang mata. Lepas tu semua dah tak pandang robocar poli. Lepas tu masing-masing nak tambah koleksi barbie dan ultraman. Hadoiyai.. Agak dah..

Leng chai nak dua ultraman. Mama suruh letak satu. Tapi dia amik lagi satu. Adus.Kali ni takleh main ugut. Kena guna strategi perang saraf. Mama pujuk ambik satu je.Tapi dia letak satu dan dalam tangan ada dua. Ok, fine. tak nak create scene. Nanti tau la papa apa nak buat. Hee..

Koleksi ultraman dia rasanya ada dah 21 ekor. Yang patah tangan, yang tempang, yang kudung, yang takde kepala pun ada. Tak tahu berapa banyak dia nak bela.

Leng lui nak princess. Nak barbie. Kat rumah dah ada dua tambah barbie wannabe entah berapa pun nak tambah benda yang sama. Tak boleh. Akhinya tambah koleksi baju dan aksesori  je. Bagus. Papa top-up toy yang boleh menguji minda dan berfaedah. Sampai bila nak main ultraman dengan barbie ye dak.

Sudahnya Robocar Poli entah ke mana.

Tiba time bayar mama bawak semua tunggu luar. Kat kaunter papa bayar untuk satu ultraman je. Hehe.. Papa memang pandai.

Balik rumah leng chai tanya ultraman lagi satu. Mama jawab duit papa tak cukup nak bayar. Dia tak faham. Ah sudah.. Lepas tiga kali explain siap demo letak satu ultraman satu paper note dan cakap auntie kat kedai tu simpan dulu, lain kali dah ada cukup duit boleh gi lagi. Akhirnya dia terima alasan tu. Hadoi..

Akhirnya malam tu belum sempat makan malam leng chai dah tertidur penat. Kenyang makan ultraman gamaknya.

Wednesday, March 4, 2015

Terasa

Dalam perjalanan ke tempat kerja aku nampak monyet gendong anak monyet meniti kabel letrik.

Aku nampak juga orang bawak anjing bersiar-siar pagi-pagi.

Hari-hari nampak.

Tapi aku tak pernah pulak nampak orang bawak anak orang bersiar-siar pagi-pagi.

Adakah menyindir aku?

Monday, March 2, 2015

Diari CNY

Bab 1 : Papa ke Laut Lagi

Satu hari incek papa diarahkan ke laut oleh bos beliau dengan kadar superduperultrasegera. Maka macam biasa tinggallah mama dan anak-anak. Eleh, macam tak biasa.. eheh.

Bab 2 : Hujung Minggu Bersama Nenek dan Atok

Hujung minggu mak mentuo den datang menemankan menantu dan cucu-cucu. Baik nor mak mentuo den siap datang top-up barang dapur bagai. Ekau ado? Heh riak pulak..

Leng chai dan leng lui buat puding roti dengan nenet.

Atoknya belanja makan malam kat Burger Kaw Ampang Waterfront.

Ha, sapa-sapa nak boikot burger mc d tapi ketagih dengan GCB boleh try chicken grilled burger kat situ (rujuk gambar di atas)

Bab 3 : Leng Chai Demam

Incek Papa belum balik. Leng Chai demam. Apa lagi, usung ler gi klinik. Itu pun nak cerita. Heh. Tapi terkorban la cuti satu hari. Huk..

Bab 4 : Yay Yay Papa Balik

Incek Papa di lautan. Tak lupa daratan..
Lepas seminggu lebih.. takde la lama pun.

Bab 5: Jalan-jalan Ipoh

Hmm.. jalan la sangat. Gila jalan jam. Kat highway jam, keluar ikut jalan lama. Samo yo.. Paling tak best kalau kat tandas awam masih ada yang muka tak malu potong Q. Huh.

Waa.. waa.. Travel bawak budak - expect the unexpected.

Dah redah jam, tiba time lunch berenti makan kat warung dekat dengan Felda Sungai Klah. Hari panas gila. Leng lui asyik menggaru-garu. Panas, gatal, rimas. Nak air-cond aje puteri lilin ni.

Leng chai nampak sampah, dia tanya mama sapa yang buang. Mama sibuk gosok leng lui yang gatal sana-sini jawab lebih kurang, ontah, tak tau den tu dowh. Waaa waa leng chai buat drama sebab jawab tak tau. Adoi ai..

Masuk keta terbau yang kurang best. Leng chai ok-ok. Hmm, ok. Jom cari toilet ke stesen minyak ke.

Akhirnya petang sampai Ipoh. Macam travel balik teganu la pulak..


Bab 6 : Hotel Seri Malaysia Ipoh

Leng chai dan leng lui mandi pool sampai lupa daratan macamlah kat rumah takde pool.

Nak stay kat hotel yang ini badan mesti fit. Sebab? Lif tadak. Haha.. Itulah kalau last minit cari hotel. Tapi nasib baik ada. Ok la.. dan ye, murah.

Bab 7 : Beraya di Sabak Bernam

Raya Cina bersama orang kelate dan teganu di rumah orang Jawa. Tak nak cerita banyak. Macam dah malas nak taip.

Bab 7: Dating

Isnin - hantar anak-anak tadika dan daycare. Mama ngan papa keluar berpoyo-poyo. Ngeh.. Takde gambar. Eleh, macam orang nak tengok..

Bab 8: Leng Lui Pulak Demam

Adoi..

Kat klinik

 Incek papa amik cuti jaga leng lui. Mama kojo.

Bab 9 : Malas

Dah, tulis-tulis diari aku memang tak reti. Kenapa entah.

Bab 10 : Pengajaran

Moral of the story:

Aku memang tak reti tulis diari. Tak klaka pun tapi macam nak tergelak terbahak-bahak. Tapi takleh gelak. Ada baby tidur atas pangku.