Papa ada urusan dengan Maxis. Sambil-sambil bawaklah kanak-kanak riang jalan-jalan KLCC (dekat je.. hee..).
Lunch lebih kurang dekat Wendy's. Mama order sebab mama tahu citarasa semua orang yang semua orang itu pun tak tahu citarasa tekak sniri. Heh. Mengelakkan pembaziran. Kalau tanya pendapat orang-orang tu semua esp. yang kenit-kenit tu entahapeape diorder sudahnya tak habis. Pantang betul mama. Tepat jangkaan mama. Lunch licin. Terer tak terer tak? (angkat kening).
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Pergi Maxis. Memang dah agak apa kenit-kenit (kenit ke?) aim. Duk mengadap tester tablet dan telefon pintar. Gasak koranglah. Udah memang untuk diuji. Jangan ditest gigit sudah.
Selesai urusan papa ajak keluar takmo pulak. Ugut itu ini sikit keluar juga. Heheh. Mama kan kakak kawasan pencen. Pujuk-pujuk tak main. Ugut aje kekdahnya.
Jalan-jalan berhenti tengok ballet jap. Layankan si leng lui.
Jalan lagi sambil bagi warning dan baca segala terma dan syarat sebelum masuk kedai sebab destinasi seterusnya adalah paling mencabar untuk papa dan mama - Toys 'R' Us.
Mula-mula dua-dua kena set target nak apa. Lepas tu sorang boleh amik satu barang sahaja. Dua-dua nak Robocar Poli. Memang dah lama diorang mengidam tu. Ok set. Masuk nanti jangan lari sana-sini, mesti dalam radius pemandangan mata mama dan papa. Nak apa-apa tanya dulu. Kalau mama papa kata boleh baru amik, kalau tak boleh mesti letak balik. Sebarang perlanggaran syarat penaltinya keluar tangan kosong. Dua-dua jawab faham mama. Setiap terma yang mama baca leng chai balas orait.
Ok, kita tengok.
Mula-mula masuk keadaan masih terkawal. Lepas tu semua jadi rambang mata. Lepas tu semua dah tak pandang robocar poli. Lepas tu masing-masing nak tambah koleksi barbie dan ultraman. Hadoiyai.. Agak dah..
Leng chai nak dua ultraman. Mama suruh letak satu. Tapi dia amik lagi satu. Adus.Kali ni takleh main ugut. Kena guna strategi perang saraf. Mama pujuk ambik satu je.Tapi dia letak satu dan dalam tangan ada dua. Ok, fine. tak nak create scene. Nanti tau la papa apa nak buat. Hee..
Koleksi ultraman dia rasanya ada dah 21 ekor. Yang patah tangan, yang tempang, yang kudung, yang takde kepala pun ada. Tak tahu berapa banyak dia nak bela.
Leng lui nak princess. Nak barbie. Kat rumah dah ada dua tambah barbie wannabe entah berapa pun nak tambah benda yang sama. Tak boleh. Akhinya tambah koleksi baju dan aksesori je. Bagus. Papa top-up toy yang boleh menguji minda dan berfaedah. Sampai bila nak main ultraman dengan barbie ye dak.
Sudahnya Robocar Poli entah ke mana.
Tiba time bayar mama bawak semua tunggu luar. Kat kaunter papa bayar untuk satu ultraman je. Hehe.. Papa memang pandai.
Balik rumah leng chai tanya ultraman lagi satu. Mama jawab duit papa tak cukup nak bayar. Dia tak faham. Ah sudah.. Lepas tiga kali explain siap demo letak satu ultraman satu paper note dan cakap auntie kat kedai tu simpan dulu, lain kali dah ada cukup duit boleh gi lagi. Akhirnya dia terima alasan tu. Hadoi..
Akhirnya malam tu belum sempat makan malam leng chai dah tertidur penat. Kenyang makan ultraman gamaknya.
2 comments:
adoi laaa anak2.....
jangan risau lah.. tu tanda nya anak2 awak tu bijak .pintar dan pandai... ;)
dapat bayang kan keadaan masa tu...
nasib baik tak de aksi sorang guling2 atas lantai... sorang lari keluar kedai nyorok belakang menan... sorang muka ketat hentak2 kaki sanbil lipat tangan di dada.... sorang je yg ok..
pengsannn...!!!..
mak mengamok... sendiri malu... akhir masuk kereta balik rumah suma mata meleleh2 sebab tak dapat menan...
sekian.... hahahaha...
tapi bila dah besar2 suma dah senang... Alhamdulillah...
Eh, aksi tu mcm 4 org bdk je. Hmm.. haha. Mncabar tu. Lain org lain cabarannya. Tang sini mcm ok tang sana cam prob. Lebih kurang sume.
Tp kn jd mak pak pn kena pndai politik dgn ank. Kan kak su kan? Kan..
Post a Comment