Tuesday, March 31, 2015

Berselirat Bak Jiwa Kacau


Teringin nak tengok segala-galanya wireless.

Atau sekurang-kurangnya pengurangan seoptimum mungkin jumlah wayar yang berselirat untuk satu-satu set peranti.

Lebih-lebih lagi untuk kegunaan domestik.

Untuk desktop kalau boleh satu wayar sahaja untuk punca kuasa. Monitor, tetikus, papan kekunci, dan pencetak aku harap adalah wireless.

Untuk seterika juga. Aku harap boleh beroperasi dengan bateri yang boleh dicas semula. Juga pencuci hampagas. Bagus kan kalau tanpa wayar?

TV, modem, dekoder TV satelit, pemain DVD dan blu-ray, kalaulah boleh berhubung dengan skrin TV tanpa menggunakan wayar.

Bila tiada wayar senang sikit nak bersihkan belakang desktop dan rak TV.

Pemandangan juga akan lebih kemas dan mendamaikan jiwa

aku.

4 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Seterika arang tu wireless

cinta said... [Balasan]

Ha ah ye lah..
canggih sgt..

Fnd Rocka said... [Balasan]

ada terfikir utk caj henfon tanpa guna wayar atau kabel, just swipe je mcm kredit kad terus penuh

cinta said... [Balasan]

Waa x terfikir pun. Best best..