Sudah empat tahun dia bergelumang dengan dadah.
Kalau dah namanya dadah memanglah bukan mengubat.
Kata doktor pakar yang itu sakit ini memang tiada ubat. Aku tak setuju.
Kata doktor pakar yang lagi satu nanti dia dah besar akan baik sendiri. Aku tak percaya lepas tengok berapa ramai orang bawak penyakit tu sampai tua. Tambah tak percaya bila aku tengok dia takdelah makin baik.
Sekarang dadah-dadah ringan dia sudah lali. Terpaksa diberi dadah yang lebih kuat.
Sampailah beberapa hari lepas doktor prescribed dua lagi dadah baru tambah lagi antibiotic.
Aku ikut kata hati. Aku hold dulu antibiotic. Sebab malam sebelum tu aku ditakdirkan terjumpa maklumat tentang TCM Recipe. Aku order yang bekas kecil dulu, 15g dengan harga RM197. Mahal? Aku dah tak kisah.
Sebelum ni dah habis ribu raban pun tak elok juga. Kalau ubat yang ini betul mampu mengubat harga itu cukup berbaloi. Nanti bila dah sepenuhnya sembuh tak perlu lagi sapu pelembap setiap masa. Maknanya nanti tak perlu lagi aku berhabis beli krim pelembap yang semua tu bukannya murah.
Hari Selasa itu hari ubat tu sampai. Balik aku sapu dia satu badan. Malam tu dia kurang menggaru. Boleh kata improvement garu-garu ni dalam 85%. Tak bangun menangis tengah malam. Aku takjub.
Tapi esok paginya krim tu habis lepas sapu untuk kali ketiga. Heheh. Sebab aku sapu satu badan kat budak yang beratnya 25kg. Jadi luas permukaan kulitnya memang besar. Sebenarnya tak perlu sapu satu badan tapi sebab kes dia ini gatal dan kering satu badan selain beberapa kawasan yang memang dah teruk.
Sementara tunggu order baru sampai aku sapu dulu gamat dan pelembap. Cuba untuk elakkan segala dadah. Pagi semalam dan pagi ini tiada tangisan meraung-raung pedih kena air. Kes macam dia ni kena air macam kena api.
Cubaan pertama aku puas hati. Semalam order lagi yang besar sikit 30g RM367. Aku nak teruskan sampai dua bulan.
Betasone, corticosteroid, hydrocortisone, betametosone, fucidic acid, desonide, antihistamine, danentahapeapelagintah, aku tak sabar nak say bye bye kat korang. Krim-krim mahal dari France, UK, Italy, dan semua kawan-kawannya aku juga tak sabar nak babai. Ngeri pula fikir krim tu semua nanti kena GST.
Oh ye, untuk keterangan lanjut, sila klik sini.
Ada harapan untuk semua yang berhadapan dengan masalah kulit. Ya, penyakit ini boleh diubat. Bila dah sembuh sepenuhnya tak perlu lagi maintenace bagai. Cubalah.
Tengok lengan si leng lui itu 3 tahun lepas. |
Bandingkan dengan lengannya sekarang. |
dan kakinya. Kadang-kadang jalannya tempang. Pedih katanya. |
Tapi tetap hidup dengan gembira. Hee.. |
6 comments:
Worth trying....
Betul. Dah elok sok bolehlah stop.
Salam,
mcm mana dengan anak skang? dh baik ker eczema dia?
sy pun tgh fikir2 nak cuba untuk anak.
sbb dh setahun lebih since dr dlm pantang lagi anak kena eczema, sampailah umur skang 1 tahun lebih, belum sembuh2
kesian tgk dia sentiasa menggaru, bab tdo, mmg x yah citer lah, jarnag sgt dpt lena.
Salam yusnita. Sy cadangkan awk cuba. Alhamdulillah keadaan dia skang mcm org normal. Tp sy xikut betul2 pantang larang mkn. But still sy puas hati.
Dia dah boleh tdo mlm. Sy pn xperlu bgn utk gosok2 kaw. gatal.
Result boleh nmpak dlm beberapa hari.
100% herba. Recommended for muslim.
Ubat ni home made jadi keluarannya terhad xmcm kilang. Tp insya Allah ada rezeki Allah dh sediakan.
Wpun kulit dia dh ok sy tetap simpan satu dlm fridge utk spare time dia gatal. Sbb dia no jnis akn gatal klau ada selsema. Er lebih tepat lagi resdung. Sy rasa itu punca utama masalah kulit dia.
Tp ok lah pakai ubat ni so far dia dah boleh join kwn2 tadika buat xtvt outdoor n solat lebih elok.
Oh ye, smpai hari ni sy dh xbeli keim pelembap badan lg dah :).
Lg satu, satu bekas tu kadang boleh tahan smpai 3 bln. Janji simpan dlm fridge. Lgpun effect melegakan gatal tu segera. Sapu jap je dh hilang gatal.
Terima kasih ada feedback sis,
really appreciate.
In Sya Allah akan cuba
Moga ada kesembuhan untuk anak saya juge.
Post a Comment