Tuesday, March 17, 2015

Akhirnya


Andai harapan yang kujangka itu sesuatu yang benar bakal berlaku dalam masa terdekat aku bakal jadi yang terbahagia. Seakan lebih bahagia dari dia yang menahan seksa pedih.

Harapan yang bakal melupuskan tangisnya di malam hari. Harapan yang bakal membersihkan hanyir darah yang saban hari aku hidu. Harapan yang bakal melenyapkan teriak dan jerit di setiap paginya.

Andai itu benar berlaku akan aku kongsi dengan kalian. Moga memberi sinar untuk semua yang nasibnya sama.

Andai harapan itu kosong biar aku simpan sahaja dulu derita dia. Biar dunia hanya mendengar tawanya. Biar kamu melihat hanya senyumnya. Tangis teriaknya biar aku sahaja yang dengar. Sampai semua selesai baru aku buka cerita.

Aku masih optimis. Aku masih berdoa. Harap penantian hari ini adalah satu permulaan.

4 comments:

SuzieLAWAti said... [Balasan]

penderaan apa kah itu....

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Shhh....tunggu jap, suzie...biar dia abiskan cerita....

cinta said... [Balasan]

@SuzieLAWAti

er.. er.. kak su baca next entri je lah. hee.

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff

tapi cerita mcm lambat lg nak abis.