Wednesday, January 19, 2011

Calon Isteri Dari Maghribi?


Pernah dengar iklan kahwin dengan gadis Maghribi yang berbaloi-baloi?  Kos kahwin yang rendah tapi dapat macam-macam bonus berganda.  Bermacam-macam perkara dibandingkan dengan gadis-gadis Malaysia.  Kalau betullah begini punya bagus, aku pun nak jugak ambil sorang.  Kahwinkan dengan laki aku.  Apakata?  Ahaks.

Sebelum tu mari kita tengok dulu apa perbandingan yang dibuat oleh pengiklan pakej kahwin gadis Maghribi ni (Antara kandungan iklan):

TYPE A: Berpurdah dan jaga amalan sunnah
(yang ni ramai orang Malaysia tak lepas, sebab
akan diinterview amalan, contohnya pada yang
hafizah, kalau dia haid, kita kena bacakan 3 juz
pada dia setiap malam untuk dia kekalkan Al-
Quran, jaga solat jemaah dan solat tahajjud pun
dia akan kejutkan kita
TYPE B: Bertudung biasa, biasanya gadis kolej
TYPE C: Tidak bertudung, tetapi akan
bertudung selepas kahwin
TYPE D: Anak dara tua dan janda

Wajah-wajah cantik dah biasa bagi org Morocco sebab:
1. Di Malaysia: 10 yang lalu depan kita, 2 orang sahaja yang cantik
2. Di Morocco: 10 yang lalu depan kita, 8 orang yang cantik
Saya teringat ketika saya di India Utara pada tahun 1999 dulu, awek yang minta
sedekah tu bermata biru dan berwajah jelita... kalau datang ke Malaysia sure
jadi model
Jadi sama keadaannya dengan Morocco

(Bla bla bla...)


Ada sesiapa berminat dengan TYPE A?  Rasanya harapan untuk lelaki Malaysia (Baca: Melayu) untuk memiliki TYPE A adalah sangat-sangat tipis.  Kalau pun ada yang layak, mereka lebih suka memilih gadis tempatan.  Ada isteri yang kena marah kalau kejut suami solat Subuh.  Kalau kejut untuk solat tahajjud?  Agaknya ada yang makan penampor.  Kalau solat pun tak penuh, apa lagi nak baca Quran, lagi lah payah.  Kalau idgham ngan izhar pun lintang pukang, lupakan saja niat suci murnimu itu.

Berminat dengan TYPE B?  Mungkin lebih sesuai.  Bertudung biasa, gadis kolej.  Tapi jangan lupa, walaupun tak berpurdah, mereka jaga solat, pandai mengaji.  Kalau gadis biasa di Malaysia yang tak bertudung pun ramai yang menjaga solat dan pandai mengaji, apa lagi mereka.  Sila ukur diri anda.  Jangan rosakkan mereka dan anak-anak mereka.  Masalah yang mungkin datang daripada hal yang nampak kecil pada hari ini akan menjerat diri anda di kemudian hari.  Renung-renungkan.

TYPE C? Tidak bertudung tapi akan bertudung selepas kahwin.  Ramai lelaki yang suka wanita bertudung.  Kenapa ya?  Walaupun dia sendiri pun ilmu agama lintang pukang, tapi inginkan wanita yang dilihat sempurna ilmu agama.  Ini menunjukkan apa?  Biasalah, nak orang lain berubah tapi sendiri tak nak berubah.  Asyik nampak apa yang orang lain perlu buat tapi tak nampak apa yang diri sendiri perlu ubah.  Tak betul?

TYPE D - Anak dara tua dan janda.  Haip, jangan pandang rendah mereka.  Anak dara tua mereka mungkin lebih cantik daripada dara sunti kita.  Janda mereka mungkin lebih jelita daripada anak dara kita.  Mungkin ini lebih sesuai untuk lelaki kita memandangkan sekarang ramai mereka sukakan wanita yang lebih tua dan wanita yang berstatus janda.  Ramai juga yang sukakan isteri orang.  Tak percaya?  Lihat sekeliling anda.  Sebab itu ada lagu 'Kutunggu Jandamu'.

Perbandingan lain, dalam 10 orang gadis Maghribi, ada lapan yang cantik.  Gadis Malaysia? Hanya dua.  ahahahahaha hak hak (maaf, aku gelak guling-guling.  Memang tak cun macam gadis Maghribi yang ketawa malu-malu sambil tutup mulut).  Hmm, lelaki Malaysia semuanya kacak.  Sebab tu mereka perlu isteri sejelita gadis Maghribi.  Kalau terpandang lelaki Malaysia mesti dalam hati berkata 'Oh my god' dek terpesona dengan kekacakan mereka yang rata-rata seperti Remy Ishak, ketinggian mereka yang kebanyakkannya seperti Farid Kamil, kehalusan budi mereka yang seperti _______ (sila isi tempat kosong).


Dari satu sudut, aku rasa bagus juga idea orang ni.  Kahwin wanita cantik, anak mesti cantik dan cerdik dan akan terhasil satu bangsa Melayu yang genius sepertimana yang biasa berlaku sebelum ini apabila berlaku percampuran darah Melayu dan bangsa lain.  Itupun kalau tidak berlaku perceraian.  Kalau berlaku perceraian, rasa-rasanya siapa yang lebih berhak ke atas anak-anak itu? Lu pikirlah sendiri.

Lepas kahwin, bagaimana pergaulan mereka isteri-isteri dari Maghribi ini dengan keluarga?  Bagaimana komunikasi mereka dengan keluarga mentua mereka?  Masalah dalam komunikasi kalau tidak diatasi akan menjadi barah yang membunuh dalam senyap.  Awas.

Sebelum buat keputusan, sila buat solat istikharah.  Salah satu kecelakaan yang menimpa umat Islam hari ini ialah meninggalkan solat istikharah.  Ini bukan aku yang reka-reka dan saja-saja cakap.  Ini aku pernah baca, tapi lupa hadis yang mana satu.  Sesiapa yang tahu sila kongsikan di sini.  Kalau tak tahu, jangan berangan nak kahwin gadis Maghribi.  Ahaks.

Apa mesej sebenar aku dalam enti ini?  Entah, korang fikirlah sendiri.  Kalau muka dah kacak, harap-harap otak lebih kacak.  Mesej ringkas seperti ini sekali imbas pun dah tahu.

Cuma ingatan untuk kita semua - Jangan kau angankan isteri semulia Fatimah radhiallahu anha andai diri tidak sehebat Ali karamallahu wajhah.

P/S-1: Kalau betul-betul sayang, wajah yang jelik pun boleh nampak menawan.  Kalau tiada rasa kasih, wajah sejelita Aishwarya Bachan pun lama-lama boleh nampak macam belacan.

P/S-2: Kalau betul-betul sesuai, kalau betul itu jodoh anda, kahwinlah.  Tak kira la Maghribi ke, Lubnan ke, Arab ke, Kampung Pandan ke.  Kahwinlah.  Itu lebih baik daripada membujang.

P/S-3: Kalau dah kahwin tu, terimalah dia seadanya.  Kalaupun benar dia perlu berubah, mulakan perubahan dengan diri anda.  Sebab bila kita fikir orang lain perlu berubah, sebenarnya kita yang perlu berubah.  Kalau rasa diri sendiri dah sempurna dan tiada apa yang perlu diubah, itu namanya tak sedar diri.

P/S-4: Mitok apung Jijang deh.  Aku gune gambor mung wak model entri nih.  Pinjang je dokkang dok uleh.  Neh? Neh?  Kalu jjupe kak ppata teluk kalong aku blanje mung makang kkepok lekor.  Kalu jjupe ah.  Kalu dok jjupe adok rezki ah tuh.

Wednesday, January 12, 2011

Topeng

Google image
Bertahun-tahun kita hidup dikelilingi orang-orang yang kita ingat kita kenal.  Sangat kenal.  Sehinggalah suatu ketika, perlahan-lahan kita mula menyedari sisi lain dunia mereka.  Dunia belakang pentas yang sama sekali berbeza dengan watak di atas pentas.

Di belakang pentas...

Di sebalik topeng si tampan rupanya wajah penuh kudis.

Di sebalik topeng si buruk, rupanya wajah mulus bersih.

Aku?  Aku bersolek.  Menutup segala parut dan cela dari pandangan kamu.

Tak sangka.