Wednesday, March 30, 2016

Tak Reti Diam


Ini gambar tahun lepas. Sebelum delete simpan sini dulu.

Budak lelaki itu, tak reti diam walaupun di sebelah awek cun.

Sesiapa ada petua untuk menangani atromen seperti itu sila share.

Monday, March 28, 2016

Dinosaur

Air yang jernih jangan disangka tiada buaya.

Zaman muda-muda dulu aku selamba pegang cicak. Siap main lastik cicak. Geli tu ada tapi masih berani pegang.

Part paling kotor aku pernah main masak-masak guna telur cicak.

Tu belum kira kekejaman aku pecahkan telur cicak sebab nak tengok baby dia. Baru keluar biji mata hitam tersembul ada ekor tapi kaki kecik dan pendek. Part paling best tengok jantung dia berdenyut dup dap dup dap dup.

Tapi pernah sekali pecahkan telur cicak yang memang dah nak menetas. Sekali pecah terus dia keluar. Kaler jitam pulak tu. Mau tak menjerit.

Jangan kata cicak, pacat, cacing, katak pun aku pegang. Tapi katak tu berlapiklah. Eheh.

Dulu duk kampung time mandi selalu jugak berteman si katak tapi aku buat tak tau sebab katak tu spesis yang kulit licin basah warna hitam ada dua belang kuning kiri kanan yang memang jenis pemalas. Aku tak pernah pulak nampak diorang melompat. Jalan je terkedek-kedek bajet comel. Tapi spesis ni walaupun agak lebih mesra dengan aku tapi aku tak pernah pegang. Lembik-lembik je. Geli ah.

Tapi lintah memang aku surrender walaupun aku dengan gagahnya pernah merentas paya yang dasarnya memang tak dapat aku jejak (huhu pendek), pada pukul 1 pagi.

Tapi sekarang tengok cicak buat kuak kupu-kupu dalam sinki boleh bikin hati aku gundah gulana.

Sunday, March 27, 2016

Bantal Busuk


Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk berjemur.

Bear bulu, O-On, bumble bee, dan yang dibulatkan di atas Bulu Bulu.

Nama sebenar Bulu Bulu adalah agak kontroversi dan setelah 27 kali fikir rasanya tak perlulah disiarkan di sini nanti jadi viral. Kalau panjang umur dah tua esok aku lupa dan buka balik blog ni biarlah aku ingat namanya sebagai Bulu Bulu tanpa nama sebenar. Lagipun memanglah nickname dia Bulu Bulu.

Friday, March 25, 2016

Monday, March 21, 2016

Last Minute


Budak ni.

Pagi ni nak ke sekolah baru perasan homework ada lagi dua mukasurat belum siap.

Nasib baik subjek yang senang.

Friday, March 18, 2016

The Creation Of Man






Surah Al-Mumenoon, Verse 12:
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن سُلَالَةٍ مِّن طِينٍ
And certainly We created man of an extract of clay,

Surah Al-Mumenoon, Verse 13:
ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَّكِينٍ
Then We made him a small seed in a firm resting-place,

Surah Al-Mumenoon, Verse 14:
ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ
Then We made the seed a clot (عَلَقَةً), then We made the clot (عَلَقَةً) a lump of flesh, then We made (in) the lump of flesh bones, then We clothed the bones with flesh, then We caused it to grow into another creation, so blessed be Allah, the best of the creators.

Surah Al-Mumenoon, Verse 15:
ثُمَّ إِنَّكُم بَعْدَ ذَٰلِكَ لَمَيِّتُونَ
Then after that you will most surely die.

Surah Al-Mumenoon, Verse 16:
ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ تُبْعَثُونَ
Then surely on the day of resurrection you shall be raised.

Thursday, March 17, 2016

Antara Gajah dan Semut


Kisah pengembaraan kak Julie (blogger Life is Great) ke Cu Chi Tunnel di Vietnam telah menjentik (ouch!) kotak pemikiran aku tentang kuat dan lemah.

Contohnya soalan antara gajah dan semut siapa yang lebih kuat?

Gajah?

Gajah adalah haiwan darat paling kuat. Gajah Afrika yang beratnya boleh mencapai 6350kg mampu membawa beban seberat 9000kg seolah-olah berat 130 orang manusia dewasa.

Semut?

Semut pemotong daun mampu membawa dengan rahangnya sesuatu yang 50 kali lebih berat daripada berat badannya. Seolah-olah seorang manusia yang mampu mengangkat sebuah lori dengan giginya.

Sekarang aku memerlukan masa yang lebih untuk menjawab siapa yang lebih kuat kerana

kekuatan itu sebenarnya relatif.

*****

Sumber fakta di sini

I Do Whatever I Want

Mamanya tengah masak dia datang minta susu.

Dah dapat susu sukasukihati dia je mana nak landing.

Dah refuel 8 Oz dia kembali bertenaga dan tolong mamanya mengemas laci-laci kabinet dapur.

Terima kasih lah nak tolong mama. Huhu.

Sila abaikan rupa lantai.

Ai bizi ni. U jangan kacau.

Wednesday, March 16, 2016

LGBT and God's Warning

I found these icons in the whatsapp emoticon.

This is normal

???

???

Those icons remind me of the story of prophet Lut, who his people were known for homosexuallity.

*****
Surah Al-Araf, Verse 80:
وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُم بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِّنَ الْعَالَمِينَ
And (We sent) Lut when he said to his people: What! do you commit an indecency which any one in the world has not done before you?

Surah Al-Araf, Verse 81:
إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ
Most surely you come to males in lust besides females; nay you are an extravagant people.

Surah Al-Araf, Verse 82:
وَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلَّا أَن قَالُوا أَخْرِجُوهُم مِّن قَرْيَتِكُمْ إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ
And the answer of his people was no other than that they said: Turn them out of your town, surely they are a people who seek to purify (themselves).

Surah Al-Araf, Verse 83:
فَأَنجَيْنَاهُ وَأَهْلَهُ إِلَّا امْرَأَتَهُ كَانَتْ مِنَ الْغَابِرِينَ
So We delivered him and his followers, except his wife; she was of those who remained behind.

Surah Al-Araf, Verse 84:
وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِم مَّطَرًا فَانظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ
And We rained upon them a rain; consider then what was the end of the guilty.

*****
Surah Al-Qamar, Verse 33:
كَذَّبَتْ قَوْمُ لُوطٍ بِالنُّذُرِ
The people of Lut treated the warning as a lie.

Surah Al-Qamar, Verse 34:
إِنَّا أَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ حَاصِبًا إِلَّا آلَ لُوطٍ نَّجَّيْنَاهُم بِسَحَرٍ
Surely We sent upon them a stonestorm, except Lut's followers; We saved them a little before daybreak,

Surah Al-Qamar, Verse 35:
نِّعْمَةً مِّنْ عِندِنَا كَذَٰلِكَ نَجْزِي مَن شَكَرَ
A favor from Us; thus do We reward him who gives thanks.

Surah Al-Qamar, Verse 36:
وَلَقَدْ أَنذَرَهُم بَطْشَتَنَا فَتَمَارَوْا بِالنُّذُرِ
And certainly he warned them of Our violent seizure, but they obstinately disputed the warning.

Surah Al-Qamar, Verse 37:
وَلَقَدْ رَاوَدُوهُ عَن ضَيْفِهِ فَطَمَسْنَا أَعْيُنَهُمْ فَذُوقُوا عَذَابِي وَنُذُرِ
And certainly they endeavored to turn him from his guests, but We blinded their eyes; so taste My chastisement and My warning.

Surah Al-Qamar, Verse 38:
وَلَقَدْ صَبَّحَهُم بُكْرَةً عَذَابٌ مُّسْتَقِرٌّ
And certainly a lasting chastisement overtook them in the morning.

Surah Al-Qamar, Verse 39:
فَذُوقُوا عَذَابِي وَنُذُرِ
So taste My chastisement and My warning.

Surah Al-Qamar, Verse 40:
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ
And certainly We have made the Quran easy for remembrance, but is there anyone who will mind?

*****

*There are some other chapter in the Quran mentioning prophet Lut and his people; some of the surah - Al-An'aam, Al-Aa'raf, Hud, Al-Hijr, Al-Anbiya, Al-Haj, Asy-Syu'ara, An-Naml, Al-Ankaboot.

*****

Ask Google and Wikipedia about Pompeii. Could it be that Pompeii was the place of the people of prophet Lut?

I couldn't confirm but the possibility is there.

Search keyword - Pompeii or erotic art of pompei.

Caution: please take note that the result may not be suitable for general viewing as some of them are sexually explicit.

Monday, March 14, 2016

Pekebun Kecil

Minggu lepas Ladybird Organic Farm di Broga telah menerima lawatan daripada sekumpulan pekebun kecil dari Ampang.

When I say pekebun kecil I really mean it. Literally.

Pekebun kecil yang ceria. Mungkin rahsianya terletak di kepala. Arnab ada rimau ada beruang ada. Perlu dicontohi pekebun seluruh Malaysia.

Cara-cara buat baja organik menggunakan tahi lembu. Si leng lui aku rasa duk jauh-jauh tutup hidung. Aih...

Dah belajar siapkan tanah dan baja, belajar menyemai benih. Si leng chai tak nak usik tanah. Terbang angan-angan mama nak anak mama berkecimpung dalam pertanian.

Lepas tu benih tu akan bercambah jadi baby sawi. Aktiviti yang tak payah usik tanah baru nampak muka si leng chai ni.

Baby sawi akan dipindahkan ke tanah untuk membesar dengan sihat dan kuat.

Perbincangan para pekebun sambil jalan ala drama Melayu.

Bila sawi dah matang semua pekebun kecil dibenarkan menuai. 

merancang komplot?
Dan rusuhan berlaku. Kami bukan herbivor!!

Para pekebun: give us the big fat hen or you'll burnt by our superpower! Everybody fire!
Uncle geng ayam: o ok, guys, easy... easy..

Fine, u guys can feast on this big fat chicken.
This is what we call food. Not that greeny leafy thing. (ouch!).
Penat menuai atau penat makan?
mimpi sayur atau mimpi ayam?

Kesudahannya semua ibu bapa dapat stok sawi untuk dua minggu.

Mmbeekk...

***

Kredit kepada cikgu Lily untuk semua gambar.




Wednesday, March 9, 2016

Kenapa Politikus Berbohong


Politikus mencipta kebohongan baru untuk menutup pembohongan lama.

Oleh itu pembohongan yang kita dengar daripada mereka adalah bukan yang pertama.

Dan dibohongi oleh mereka adalah satu bentuk penghinaan.

Hancing.

Monday, March 7, 2016

Musibah dan Kata

Aku paling takut nak bercakap dengan orang yang ditimpa musibah.

Rasa macam susah nak cari perkataan yang sesuai yang boleh membantu meringankan beban perasaan orang tu.

Ayat kegeraman dan trending untuk orang yang ditimpa musibah selalu yang aku dengar 'sabarlah'.

Aku rasa ayat tu macam sedikit annoying. Lebih-lebih lagi kalau musibah tu besar. Maaf, aku cuma berterus-terang. Bukan ayat tu tak elok tapi macam tak kena tempat.

Sabar? Memang dia tengah bersabar lah tu. Kau ingat dia tengah buat apa? Kau tak pernah rasa bolehlah kau cakap sabar.

Hehe. Bukan marah korang. Tu contoh yang orang tu mungkin rasa tapi dipendamkan aje dalam hati.

Ayat bersabar kadang rasa macam orang yang cakap (yang tak pernah rasa pun musibah macam tu) nak menunjuk ajar macamana nak menghadapi musibah. Annoying tau.

Orang yang ditimpa musibah memerlukan sokongan. Tapi aku rasa kita  gagal nak bezakan antara sokongan dan nasihat.

Hasilnya kita TERjadi kaunselor jadian yang TERlajak prihatin nak bagi nasihat, tunjuk ajar, dan tips untuk menangani beban perasaan ditimpa musibah.

Waktu-waktu paling sukar macam tu rasanya cukup kalau kita bagi pelukan, dan mendengar.

Kalau tiada kata-kata yang sesuai untuk diucap aku rasa diam itu lebih baik.

CCTV Mounting yang Selamba

Sambil-sambil tunggu bot incek papa snap gambar sebagai lampiran report untuk pn mama. Hehe.

Tiba-tiba hari ni baru pn mama terperasan sesuatu.

Sesuatu yang buat pn mama tepuk dahi laju-laju.

Alkisah, pn mama sedang berkecimpung dengan satu projek lain - platform preservation. Jadinya platform tu akan jadi platform tanpa manusia dan dikawal dari jauh.

Jadi pn mama tengah perah otak selak-selak semua gambar-gambar dari site untuk cari stuktur yang sesuai untuk mount cctv dengan cara clamp sebab nak elakkan hot work (weld).

Benda putih kat sebelah kiri gambar tu macam menyindir aku.

Seolah-olah berkata : ko penin2 pikir, ko tampal je cenggini pakai gam gajah.

Sekali rupanya taruk cenggini kat handrail pun boleh.

Saturday, March 5, 2016

Nak Kena Cium?

Antara bahagian kesukaan mamanya kat hensem kecit ni adalah tang mulutnya.

Kalau nak selfie ngengada pun tak payah susah-susah nak buat-buat duck face kekunun cumel.

Lagi best bila mamanya hulur pipi dan cakap cium sini sikit dan dia datang dan mulut dia yang seksi melekat kat pipi dengan sound effect yang dia buat. Mmuahh...

Tapi sebelum tu kenalah sediakan kain lap sebab lepas cium akan ada kesan sampingan di pipi.


Bibir yang menggiurkan. Jangan kata kau tak tergoda.

Ha apa? Nak cium? Berani?