Thursday, March 17, 2016

Antara Gajah dan Semut


Kisah pengembaraan kak Julie (blogger Life is Great) ke Cu Chi Tunnel di Vietnam telah menjentik (ouch!) kotak pemikiran aku tentang kuat dan lemah.

Contohnya soalan antara gajah dan semut siapa yang lebih kuat?

Gajah?

Gajah adalah haiwan darat paling kuat. Gajah Afrika yang beratnya boleh mencapai 6350kg mampu membawa beban seberat 9000kg seolah-olah berat 130 orang manusia dewasa.

Semut?

Semut pemotong daun mampu membawa dengan rahangnya sesuatu yang 50 kali lebih berat daripada berat badannya. Seolah-olah seorang manusia yang mampu mengangkat sebuah lori dengan giginya.

Sekarang aku memerlukan masa yang lebih untuk menjawab siapa yang lebih kuat kerana

kekuatan itu sebenarnya relatif.

*****

Sumber fakta di sini

5 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Masa itu relatif
Sayang itu relatif
Rindu itu relatif
Tua muda itu relatif..

Hahaha

cinta said... [Balasan]

Mcm clichè la pulak kan. Heheh.

Julie Shahril said... [Balasan]

kita hanya mampu angkat lori mainan zhareef dgn gigi..

hikhikhik

cinta said... [Balasan]

Jap nk imagine mak budak gigit lori. Hahaha.

cinta said... [Balasan]

Susah ye..
k soklan yg lebih snang, antara lelaki dgn perempuan sapa lebih kuat?
*angkat kening.