Monday, March 28, 2016

Dinosaur

Air yang jernih jangan disangka tiada buaya.

Zaman muda-muda dulu aku selamba pegang cicak. Siap main lastik cicak. Geli tu ada tapi masih berani pegang.

Part paling kotor aku pernah main masak-masak guna telur cicak.

Tu belum kira kekejaman aku pecahkan telur cicak sebab nak tengok baby dia. Baru keluar biji mata hitam tersembul ada ekor tapi kaki kecik dan pendek. Part paling best tengok jantung dia berdenyut dup dap dup dap dup.

Tapi pernah sekali pecahkan telur cicak yang memang dah nak menetas. Sekali pecah terus dia keluar. Kaler jitam pulak tu. Mau tak menjerit.

Jangan kata cicak, pacat, cacing, katak pun aku pegang. Tapi katak tu berlapiklah. Eheh.

Dulu duk kampung time mandi selalu jugak berteman si katak tapi aku buat tak tau sebab katak tu spesis yang kulit licin basah warna hitam ada dua belang kuning kiri kanan yang memang jenis pemalas. Aku tak pernah pulak nampak diorang melompat. Jalan je terkedek-kedek bajet comel. Tapi spesis ni walaupun agak lebih mesra dengan aku tapi aku tak pernah pegang. Lembik-lembik je. Geli ah.

Tapi lintah memang aku surrender walaupun aku dengan gagahnya pernah merentas paya yang dasarnya memang tak dapat aku jejak (huhu pendek), pada pukul 1 pagi.

Tapi sekarang tengok cicak buat kuak kupu-kupu dalam sinki boleh bikin hati aku gundah gulana.

4 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Jap....ko citer pasal cicak atau kupu-kupu nih?

Haha

julie shahril said... [Balasan]

aiyooo....sgt tak suka bila jengah sinki, ada cicak. memang geli geleman. oh ya, zaman2 hiking dulu penah lintah ke pacat...ntah lupa, singgah hisap darah kat leher....yer leher. apasal ntah dia singgah kat leher, selalu singgah kat kaki jek. punya la menggeletik masa tu...apa ke bengong ntah hisap darah kat leher...sepupu drakula ke apa.

cinta said... [Balasan]

Pasal buaya la.

cinta said... [Balasan]

Erk... leher.
camana leh sampai situ?

meremang bulu roma.