Monday, March 7, 2016

Musibah dan Kata

Aku paling takut nak bercakap dengan orang yang ditimpa musibah.

Rasa macam susah nak cari perkataan yang sesuai yang boleh membantu meringankan beban perasaan orang tu.

Ayat kegeraman dan trending untuk orang yang ditimpa musibah selalu yang aku dengar 'sabarlah'.

Aku rasa ayat tu macam sedikit annoying. Lebih-lebih lagi kalau musibah tu besar. Maaf, aku cuma berterus-terang. Bukan ayat tu tak elok tapi macam tak kena tempat.

Sabar? Memang dia tengah bersabar lah tu. Kau ingat dia tengah buat apa? Kau tak pernah rasa bolehlah kau cakap sabar.

Hehe. Bukan marah korang. Tu contoh yang orang tu mungkin rasa tapi dipendamkan aje dalam hati.

Ayat bersabar kadang rasa macam orang yang cakap (yang tak pernah rasa pun musibah macam tu) nak menunjuk ajar macamana nak menghadapi musibah. Annoying tau.

Orang yang ditimpa musibah memerlukan sokongan. Tapi aku rasa kita  gagal nak bezakan antara sokongan dan nasihat.

Hasilnya kita TERjadi kaunselor jadian yang TERlajak prihatin nak bagi nasihat, tunjuk ajar, dan tips untuk menangani beban perasaan ditimpa musibah.

Waktu-waktu paling sukar macam tu rasanya cukup kalau kita bagi pelukan, dan mendengar.

Kalau tiada kata-kata yang sesuai untuk diucap aku rasa diam itu lebih baik.

6 comments:

Manusia Berubah said... [Balasan]

tak boleh tak setuju dengan statement ni.. betul sangat tau..!

kadang memang serba salah nak pilih perkataan apa ntah yg paling sesuai.. tapi nak juga bagi at least satu perkataan supaya dia tahu yang aku care..! aku pun sedih..! aku faham..! tapi cari punya cari memang tak jumpa perkataan sesuai..

haiiihhh...!
susah hati betul boleh jadi sakit hati juga kadang2..
nak tunjuk prihatin pun boleh jadi sampai sakit jiwa.. camne tu.. :p

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Takpe la Cinta, jgn fikirkan sgt perkara tu .....sabarlah ya.

Hiks

cinta said... [Balasan]

Prihatin bkn utk dtunjuk kan.
doakan pun elok ye dak.
Allah tau kan.

cinta said... [Balasan]

Tgh sabaulah ni.. hish..

Kih3.

julie shahril said... [Balasan]

you're correct. kadang2 perkataan 'sabar' boleh jadi perkataan paling annoying dikala seseorg sdg dilanda musibah, dan kita sedaya upaya pikir apa perkataan paling sesuai. baru2 ni, sorg kawan saya dilanda musibah, saya tukar perkataan sabar jadi 'bertabah lah', harap2 tak terlalu annoying.

cinta said... [Balasan]

Mcm lebih kurang je kak julie. Keh3.
tp ye lah mcm kurang skit tahap annoying tu. Hehe.