Wednesday, July 27, 2016

You Can Run But You Can't Hide

KUALA LUMPUR: Kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan bertambah kuat mulai Isnin ini dengan kuasa baharu di bawah Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN), di sebalik rancangan mengadakan perhimpunan menuntut beliau meletak jawatan susulan dakwaan berjuta ringgit daripada syarikat milik kerajaan disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Akta MKN yang berkuat kuasa pada 1 Ogos membolehkan Najib menetapkan sesuatu kawasan sebagai “kawasan keselamatan” di mana beliau boleh membenarkan pasukan keselamatan memeriksa mana-mana individu, kenderaan atau bangunan tanpa memerlukan waran.

Ia juga membenarkan penyiasat mengabaikan sebarang penyiasatan formal berhubung pembunuhan dilakukan polis atau tentera di dalam sesuatu “kawasan keselamatan”.

Parti pemerintah menyokong undang-undang itu sebagai cara menangani soal keselamatan di negara majoriti Islam itu, yang sudah lama berdepan dengan sekumpulan kecil Islamis radikal.

Tetapi pengkritik berkata undang-undang yang memberikan kuasa meluas itu mengancam hak asasi dan demokrasi, malah ia kini boleh menjadi alat mendiamkan pengkritik susulan skandal 1MDB.

“Kebimbangan di kalangan badan sivil dan lain-lain ialah MKN boleh digunakan bagi menentang apa-apa sahaja yang kerajaan tidak puas hati,” kata Wan Saiful Wan Jan, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), dan menambah kuasa itu boleh digunakan ketika perhimpunan jalanan.

“Ia memang memberikan kuasa penuh kepada PM mengisytiharkan zon darurat…,” katanya.

Akta itu diluluskan pada sesi Parlimen Disember lalu di kala Najib dibidas pembangkang berhubung skandal berbilion ringgit melibatkan 1MDB, syarikat yang diilhamkan beliau sendiri.

Akta itu bagaimanapun diluluskan tanpa mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong, walaupun istana pernah mencadangkan beberapa perubahan.


Berita penuh di sini

Tuesday, July 26, 2016

Pandangan

Share. Klik link di bawah untuk baca. Kalau rasa-rasa tak nak baca sampai habis lebih baik tak payah klik.

Terima kasih.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2016/07/26/perompak-berkebajikan-tetap-perompak/

Friday, July 22, 2016

Jurugambar Mek Dewi


Inilah manusia yang bertanggungjawab snap gambar Mek Dewi dan ular.

Yang di atas bahunya itu namanya Mustafa. Haiwan liar yang bersedia untuk dilepaskan ke habitat semulajadi.

Thursday, July 21, 2016

Sarapan 1 Syawal

Di pagi hari raya.

Si leng chai itu duduk bersedia untuk sarapan.

Dia tenung lemang.

Sekali dia tanya

Mama, ini sushi ke? Boleh makan tak kulit dia?

Wednesday, July 20, 2016

Tuesday, July 19, 2016

Mek Dewi


Kejadian di kampung dua minggu lepas. Ada ular datang beraya. Sebelum jumpa tuan rumah kena salam dulu dengan Mek Dewi. Meow..

Thursday, July 7, 2016

What's Going On?!



2 Syawal 1437.

Ada bermacam-macam drama.

Ada juga drama secara 'live'.

Aku bukan kaki siri drama tv. Apalagi kaki telenovelajelajela.

Tapi bila tengok drama-drama yang real.. adoiyai.. Lebih-lebih lagi yang berlaku di depan mata.

Betul kata Mark Twain:

Truth is stranger than fiction, but it is because fiction is obliged to stick to possibilities; Truth isn't.

Aih.. Harap-harap semuanya happy ending.

*tabah menonton*

Saturday, July 2, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Maaf zahir dan batin.