Wednesday, July 27, 2016

You Can Run But You Can't Hide

KUALA LUMPUR: Kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan bertambah kuat mulai Isnin ini dengan kuasa baharu di bawah Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN), di sebalik rancangan mengadakan perhimpunan menuntut beliau meletak jawatan susulan dakwaan berjuta ringgit daripada syarikat milik kerajaan disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Akta MKN yang berkuat kuasa pada 1 Ogos membolehkan Najib menetapkan sesuatu kawasan sebagai “kawasan keselamatan” di mana beliau boleh membenarkan pasukan keselamatan memeriksa mana-mana individu, kenderaan atau bangunan tanpa memerlukan waran.

Ia juga membenarkan penyiasat mengabaikan sebarang penyiasatan formal berhubung pembunuhan dilakukan polis atau tentera di dalam sesuatu “kawasan keselamatan”.

Parti pemerintah menyokong undang-undang itu sebagai cara menangani soal keselamatan di negara majoriti Islam itu, yang sudah lama berdepan dengan sekumpulan kecil Islamis radikal.

Tetapi pengkritik berkata undang-undang yang memberikan kuasa meluas itu mengancam hak asasi dan demokrasi, malah ia kini boleh menjadi alat mendiamkan pengkritik susulan skandal 1MDB.

“Kebimbangan di kalangan badan sivil dan lain-lain ialah MKN boleh digunakan bagi menentang apa-apa sahaja yang kerajaan tidak puas hati,” kata Wan Saiful Wan Jan, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), dan menambah kuasa itu boleh digunakan ketika perhimpunan jalanan.

“Ia memang memberikan kuasa penuh kepada PM mengisytiharkan zon darurat…,” katanya.

Akta itu diluluskan pada sesi Parlimen Disember lalu di kala Najib dibidas pembangkang berhubung skandal berbilion ringgit melibatkan 1MDB, syarikat yang diilhamkan beliau sendiri.

Akta itu bagaimanapun diluluskan tanpa mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong, walaupun istana pernah mencadangkan beberapa perubahan.


Berita penuh di sini

2 comments:

julie shahril said... [Balasan]

dah mcm diperintah oleh pemimpin kuku besi pulak rasanya, siap akta tu diluluskan tanpa perkenan Yang Dipertuan Agong, so apa fungsi agong pun tak tau lah.

cinta said... [Balasan]

Tetiba teringat lagu yg ank nyanyi

Ring-a-ring o rosie
A pocket full of posies
ashes ashes
we all fall down

*dlm kepala kluar bayangan cincin berlian, poket berkepuk dgn duit derma, vegas, gst, rm, myk keta, susu ank, lampin, gelandangan.