Tuesday, August 2, 2016

Eleh Macam Tak Biasa

Bila anak demam.

Amik emergency leave.

Eleh macam tak biasa.

Demam belum elok tapi cuti dah habis.

Amik unpaid leave.

Eleh macam tak biasa.

Malam tak tidur.

Eleh macam tak biasa.

Siang hari anak asyik nak melekap, siapkan makan siapkan ubat, tuam badan, akhirnya baru teringat diri sendiri belum makan.

Eleh macam tak biasa.

Anak dah tidur boleh curi-curi gi toilet dan solat tapi tak boleh lama-lama. Nak melepas hajat besar kenalah tahan sampai esok hari melepas hajat kat toilet ofis.

Eleh macam tak biasa.

Hujung tahun nanti masa appraisal mesti kena sekolah dengan bos sebab banyak amik cuti unpaid dengan emergency.

Eleh macam tak biasa.

Lepas tu jadi alasan utama management pull down pointer.

Eleh macam tak biasa.

Menanggung prejudis masyarakat (baca:management) orang yang amik cuti banyak adalah tak produktif walaupun hakikatnya ramai je yang attendance cantik tapi buat keja macam melepaskan kentut dalam lif.

Eleh macam tak biasa.

Agaknya diorang ingat cuti jaga anak demam ni seronotnya macam bercuti kat Pulau Tioman.

Hmm biasa lah tu.


8 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Mereka tgk RM melebihi perimanusia...
biasalah....kapitalis...

Fendi Rocka said... [Balasan]

#bigrespect

julie shahril said... [Balasan]

smpai satu tahap, kita dh malas nk pikir pasal appraisal, pull down pointer ke apa ke...

thn ni cuti dan el dah makin byk sbb appointment berderet2, appointment mak, appointment anak...bersusun dalam reminder telefon ni haa. lantak lah!

cinta said... [Balasan]

Ya lah. They set the rules.

cinta said... [Balasan]

Tp mlm td papanya yg berjaga mlm jaga ank bg mamanya tdo.

#biggerrespect
#syukurselalu

cinta said... [Balasan]

Eleh mcm tak biasa. Haha.

Manusia Berubah said... [Balasan]

mudah-mudahan ada rezeki lain yang lebih baik.. :)

cinta said... [Balasan]

Ada anak n ada suami yg sanggup tak tdo jaga ank tu pn dh kira rezeki yg lebih baik. Kan kan kan..