Thursday, November 10, 2016

Bukan Rusuhan

Ini bukan rusuhan baju kelabu. Ini proses pemasangan semula.

"Mama, abang yang buat, ai dono"

Di satu petang Ahad, kala angin bertiup sepoi-sepoi bahasa Arab, seorang mama ajak anak-anak tidur siang secara berjamaah.

Niat di hati nak merehatkan badan dan minda di hari minggu. Taktiknya kalau anak-anak tidur siang mama pun boleh tidur dengan aman damai.

Mula-mula semua baring. Tapi saat mama hampir terlena tiba-tiba kedengaran bunyi kletung kletang kletung kletang.

Mama buat-buat tak tahu. Masih baring dan pejam mata tapi dahi berkerut juga.

Setelah sekian lama kletung kletang dan mama cuma mampu tidur-tidur ayam mama buka mata dan kelihatan lah sejenis seprais yang baru dicipta anak-anak mama.

Rupa-rupanya dua orang ni tak tidur siang pun.

Rupanya kletung kletang itu bunyi cubaan mencerai-beraikan anggota-anggota kerusi. Ya semua anggotanya berjaya diceraikan.

Mama pandang dengan pandangan memberi amaran, "pasang balik". Pendek je titah mama.

Tersengih-sengih si leng chai itu pasang balik. Macam seronok main puzzle agaknya.

Sekarang adiknya tahu yang kerusi-kerusi tu boleh diceraikan. Nanti tak mustahil dia akan cuba kat benda lain pula. Bolehlah siap sedia untuk melihat seprais yang lain nanti.

2 comments:

Atie Yusof said... [Balasan]

hahaha...projek mencerai-beraikan anggota-anggota kerusi ya.. nasib mama perasan cepat... biar pi lah depa nak main.. hihi

cinta said... [Balasan]

Haha. Biar pi lah depa nk main. Apa lagi nk dikata.