Sunday, November 20, 2016

Merasa Suasana Kampung di Kuala Pilah

*Untuk monambah suasano dan ponghayatan disarankan supayo bacolah entri ni sambil mendongar lagu ayam den lapeh, apo kono eh jang, atau apo-apo lagu yang soangkatan dongannyo. Sekian terimo kasih.
*****

Cerita minggu lepas. Kawan atuknya jemput ke Kuala Pilah merasa suasana kampung. Peluang tak disia-siakan. Setuju aje. Si leng chai itu paling teruja bila tahu ada aktiviti menangkap ikan.

Gerak pagi-pagi dari rumah atuknya kat Seremban singgah sarapan di pasar sehari kat Tanjung. Disebabkan semua cucu-cucu atuk pakai kasut lawa lepas sarapan atuk belanja selipar. Takkan turun sungai pakai kasut sukan dan kasut lip lap lip lap ye dak.

Gumbira cucu-cucu atuk dapat selipar baru. Baru diorang tahu kat pasar bukan je ada jual ikan, tapi selipar, baju, mainan, jam tangan, macam-macam pun ada.

Dalam perjalanan boleh tengok banyak rumah kampung, tengok kerbau, kambing, sawah padi. Dak kecit hensem tu nampak kambing dia buat bunyi bek.. nampak kerbau dia buat bunyi mooo.. Dan mama pun kena layan sama mengembek.

Leng lui nampak kambing. Dog katanya. Adui. Teringat masa dia kecik dulu pun dia panggil dog kat kambing. Dah besar ni takkan tak kenal lagi nak oi..

Ini lah rumah nya. Kampung Beting.
Tiga kanak-kanak riang bukan main teruja pertama kali jejak rumah design macam ni dan ada lantai kayu.

Siap melompat-lompat atas rumah nak dengar bunyi lantai papan.

Si leng chai itu dah tak boleh kawal lagi. Masuk pintu dapur keluar pintu depan, lari-lari terjun tangga, lari-lari kat laman nan luas yang rumputnya baru dipotong ditemani rama-rama, latar belakang pokok-pokok durian dan manggis dengan efek bunyi unggas dan aliran sungai. Wah.. 

Nasib baik dia tak terjun tingkap.

Kanak-kanak riang teruja lepak kat tangga. Mula-mula nampak tangga diorang dah wah...

Kat tepi rumah ada anak sungai. Bolehlah budak-budak yang tak pernah jumpa sungai main-main air.

Dak kecit yang sorang tu takut nak cecah kaki kat air. Mungkin sebab nampak air tu mengalir ikut arus.

Si leng chai dah tak tahan akhirnya dia berkubang dalam air cetek tu. Dia sorang yang basah satu badan.

Atot... kata dak kecit tu.
Macam biasa dak leng chai itu banyak persoalan yang bersarang di mindanya. Mula-mula jejak kaki masuk air dia tanya nenek dalam sungai ada ikan jaws tak?

Dalam sungai mana ada jaws kata kakaknya. Belum habis akaknya bagi penerangan habitat jerung dia tanya soalan nombor dua - buaya ada tak?

Oi mulut jangan celupar! Laju aje papanya sound. Heheh.

Selesai aktiviti sungai balik makan tengah hari lauk tema nogori - gulai lomak cili padi daging salai, gulai lomak cili padi cendawan kukur, gulai lomak cili padi pucuk paku, ikan sungai goreng (lupa lak spesis apa), sup sayur (nama daun tu pun lupa. Rare), dan telur dadar.

Dah solat, rehat, minum petang, pukul 4 ptg pack barang gi melawat kawan atuknya yang ada bela rusa.

Tujuan atuk nenek nak melawat kawan, tujuan cucu-cucu nak melawat rusa.

Sampai je lepas salam mukaddimah bagai cepat je si leng chai tanya rusa mana? Adeh. Dia memang tak reti nak menyembunyikan keterujaan.

Lepas tu tuan rumah bagi roti untuk bagi rusa makan. Leng chai pandang roti. Lepas tu dia mintak nak makan roti. Macam-macam betul budak yang sorang ni.

Leng chai pandang rusa makan roti. Sedap pulak nampak roti tu.

Lepas tengok cara-cara bagi rusa makan dua kanak-kanak riang tak nak bagi makan kat mulut rusa. Geli katanya. Takut rusa tu jilat tangan. Akhirnya diorang campak roti jauh-jauh macam bagi ayam makan. Oi nak..

Aloo, sini ada roti meh la makan.

Nampak tak kat belakang ada budak ketiduran. Macam ni punya tidur kot bunyi bom pun tak sedar.

Rusa ni yang sekor namanya Abang, yang lagi sekor namanya Nyet Nyet.

Dulu ada empat ekor rusa kata tuan rusa. Satu hari tuan rusa masuk hospital ada komplikasi jantung dan paru-paru.

20 saat degupan jantung dah berhenti. Keliling dah pakat-pakat baca yasin. Doktor pakai benda yang ada renjatan letrik tu. Alhamdulillah panjang lagi umur.

Tapi kat rumah dua ekor rusa jantan kebetulan tiba-tiba sakit  tenat. Lepas tuannya balik yang seekor mati yang lagi seekor sempat disembelih. Tinggallah Abang dan Nyet Nyet.

Selesai aktiviti berpiknik kat rumah kawan atuknya dengan juadah pengat durian, roti, cekodok pisang, air oren, kopi, kentang, dan nugget (betul macam piknik. Terharu dengan layanan tuan rumah), gerak balik Seremban lalu jalan lama Serenban-Pilah ikut Bukit Putus.

Tengah-tengah bukit tu ada segerombolan monyet menunggu ehsan pemandu yang nak hulur roti ke pisang ke kfc ke.

Malamnya gerak balik Ampang. Esok hari nak kojo.

Hari esoknya baru tahu masa kitorang menikmati kedamaian kampung ada kekalutan dan insiden pinochio berdarah hidung di Ampang Point. Keh3. Ah gasak koranglah. Kitorang tak suka gaduh-gaduh.

Semoga semua diberikan hidayah dan cintakan kedamaian. Amin.






1 comments:

cinta said... [Balasan]

Pernah mandi sungai eh kecik2 dulu? Tp sungai skrg xleh terjun tiruk lagi dah. Air kat buku lali je.

Pndai mkn lomak cili api ekau yo. Haha.

Iyo, ruso tu mkn roti. Den pn baru tau ni ha.