Monday, November 28, 2016

Kasut Sekolah Generasi Baru




Di zaman segala barang serba mahal dan bercukai, bila nampak kasut sekolah harga bawah RM 10 seperti kena jackpot.

Kat Giant ada kasut sekolah RM 5. Kat AEON Big ada kasut sekolah kanvas RM 7.90. Kat AEON Big tu juga ada kasut sekolah getah ala crocs RM 3.

Disebabkan bajet yang sangat sangat ketat aku belikan kasut sekolah kanvas RM 7.90 untuk dak leng lui. Sayangnya saiznya susah nak jumpa. Setelah berusaha menggali akhirnya jumpa dua pasang. Bolehlah..

Nampak leng lui gembira dapat kasut sekolah putih aku pulak yang rasa macam sedih. Sebab masa aku sekolah dulu kasut sekolah aku jauh lebih baik daripada ni. Huhu.


6 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Teringat kat kasut Fung Keong jalur hijau tepi tapak....huhu

Fendi Rocka said... [Balasan]

aku pun beli satu kasut sekolah..24 ringgit

Manusia Berubah said... [Balasan]

okey la tu 8 inggit sepasang.. :)
tapi dua pasang cukup ke sampai hujung tahun...?

errr..

cinta said... [Balasan]

Hoho itu legend. Yg jalur merah tu ntah apa nama. Yg jalur biru tu tau. Kasut pallas. Hehe..

cinta said... [Balasan]

Wah tahniah! Nanti boleh nmpak awet muda mcm bdk skolah. Tihihi..

cinta said... [Balasan]

Itu lah, saiz dia dah habis. Puas dah gali jumpa sebelah je. Huhu..