Wednesday, October 5, 2016

Leng Chai ke Planetarium Negara

Kenapa tajuk mesti si leng chai itu seorang walaupun semua anak ikut? Macam bias pulak.

Sebab dia paling teruja kalau bercerita pasal planet, sistem solar, angkasa, roket dan yang sewaktu dengannya.

Sampaikan bila dibagitau nak pergi tengok planet dia melompat "Yay, naik roket!"

Adoi. Ye lah, kita naik 'roket cap rimau' dan landing kat Planet-arium. Hari sabtu mesti ramai 'alien' termasuk kitorang.

Pukul 12 tengah hari sampai Planetarium Negara. Pergi kaunter tiket, akak tiket kata tayangan pukul 12 dah mula jadi kena ambil tayangan pukul 1.

Incek papa beli tiket 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Si kecik ensem itu riba aje jadi tak payah tiket. Dewasa rm12, kanak-kanak rm8. Macam tiket wayang je.

Tapi kalau tak nak tengok tayangan masuk aje ke ruang pameran tu free.

Kat ruang pameran ada macam-macam. Masuk je nampak simulator dlm spaceship ke apa ntah nama dia. Yang ni ramai orang beratur. Masuk dalam tu nanti benda tu pusing-pusing. Kitorang tak minat. Tapi si leng chai itu minat tapi takut. Katanya tunggu dia besar dia nak naik.

Lagi ada anti-gravity room. Masuk dalam tu takdelah sampai terapung tapi ada semacam perasaan pelik sebab tak boleh nak kawal badan sendiri, jalan pun terhuyung hayang. Jalan masuk ikut tangga, jalan keluar kena gelongsor. Wee.. pendek je gelongsornya. Bagi anak-anak je cuba. Tak kuasa aku dan incek papa nak menggelongsor. Eheh.

Ada planet dalam sistem solar yang imejnya projected kat bebola besar. Si leng chai nampak dan dia boleh namakan semua imej yang keluar kat bebola tu.

Ada sekali imej kelabu dengan ada corak tertentu keluar aku kata bulan dan dia kata bukanlah mama, itu mercury. Diam-diam aku gi tengok info, eh betullah mercury. Hehe.

Ke belakang sikit ada jadual berkala siap dengan sampel unsurnya sekali. Kaki kimia bolehlah faham. Aku pandang ajelah sebagai memori zaman sekolah. Huu..

Sebelah belakang pameran lebih tertumpu kepada teknologi angkasa dan aplikasinya dalam kehidupan seharian. Boleh tengok model ISS, replika roket, enjin roket, Mars rover dan lander yang NASA hantar pergi Marikh tu.

Ada baju batik Dato Syeikh Muzaffar dan makanan paket yang beliau bawa sebagai bekalan ke ISS itu hari.

Boleh cuba masuk dalam beg tidur dan rasa macamana tidur di angkasa. Ada tandas dan cara penggunaan tandas di angkasa. Sesiapa sanggup bolehlah cuba.

Kalau bawa budak kecik yang cepat bosan boleh pergi bahagian kidspace bagi diorang lepaskan tenaga terpendam lari-lari main gelongsor dan buat bising.

Si leng chai itu tersengih dan menahan sengih je sepanjang lawatan. Si leng lui pulak macam biasa jenis tangan tak boleh diam semua nak diusik dan dicuba. Nasib baik bahan pameran yang boleh dicapai memang untuk diusik dan dicuba. Tambahan pula memang kebanyakan bahan pameran disertakan tab jadi boleh lah skrol sana sini tap sana tap sini cari info, gambar, dan video berkaitan.

Cuma takde aktiviti pencerapan sebab masa kitorang pergi tu minggu angkasa belum mula dan balai cerap pun tak dibuka untuk umum.

Hari tu ada sorang budak hilang mak. Nasib baik petugas cepat alert dan ramai juga yang prihatin tolong carikan. Tengah hari di hari Sabtu adalah waktu puncak. Manusia memang ramai. Jadi pastikan mata tak lepas pandang anak-anak. Budak-budak biasalah maknya baru nak bagi arahan dia dah berdesup hilang.

Nak cerita banyak dan terperinci pun tak reti dan tak cukup bukti bergambar sebab snap gambar pun tak banyak. Jadi layan ajelah gambar-gambar yang tak seberapa yang sempat snap sambil melayan budak yang teruja. Dah balik baru perasan takde satu pun gambar planet :p

Dalam bilik anti graviti. Nak keluar kena lompat kat lubang gelongsor kat hujung tu.

Roket NASA

Mars Rover dan Mars Lander. Ada cerita menarik tentang dua robot ni. Kalau rajin aku cerita di lain entri.


Budak-budak tangan tak reti diam.

Cak! Rehat jap kat kidspace.

Dalam roket cap rimau. Balik ke planet Home.









4 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Baju batik tu xde neutrino melekat ke?
Atau radioactive ke?

cinta said... [Balasan]

Neutrino tu mendape? Bhn2 pameran radioaktif ada kat level mezzanine. Since baju tu kat tgkat bwh anggap je bersih dan suci. Hee..

AtieYusof said... [Balasan]

hehehe...semangat leng chai kan.. budak2 excited bila tgk benda2 baru... :)

cinta said... [Balasan]

Bkn bdk2 je, mak pak budak pn sama kot. Hi2.