Thursday, October 13, 2016

Hari Ni Aku Tahu..

Zaman aku kanak-kanak riang dulu bagi aku semua orang dewasa baik.

Hari ni aku tahu ramai juga yang jahat.

Zaman aku budak hingusan dulu bagi aku segala yang ada dalam suratkhabar adalah fakta.

Hari ni aku tahu cuma dua perkara je yang kita boleh percaya dalam suratkhabar - ramalan cuaca dan nombor ekor.

Zaman aku kecik-kecik dulu aku ingat kalau belajar tinggi-tinggi bila besar dapat  kerja gaji besar dan boleh jadi kaya.

Hari ni aku tengok saudara-mara aku yang tak pernah masuk mana-mana IPT ramai juga yang jadi tauke dan yang belajar tinggi-tinggi cuma jadi kuli.

Masa aku budak dulu aku ingat politikus bijak.

Hari ni aku tahu ramai juga mereka yang bodoh.

Naif betul aku dulu.

10 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Aku ...sampai sekarang masih bodoh.....atau diperbodohkan....huhu

julie shahril said... [Balasan]

sebab masa zaman kanak2 dlu hati kita terlalu tulus, tak terlintas nak fikir psl hati org, psl apa yg berlaku. tgk anak2 kita pun mcm tu juga. tunggu dia besar nanti baru dia tau hidup ni mcm mne.

cinta said... [Balasan]

Maksudnya kau punya hati yg suci bersih. Cewah.

cinta said... [Balasan]

Kecik2 dulu hidup dalam cerita dongeng. Asyik2 ..live happily ever after. Dh besar baru tau sempadan dongeng n realiti.

Atie Yusof said... [Balasan]

dulu2 mgkin kita tak boleh fikir sangat.. belum matang.
dunia skrg? mengucap ja den di buatnya.. haha

cinta said... [Balasan]

Mengucap byk2. Istighfar byk2. Bagus amalan tu :)

Nabila Syifa said... [Balasan]

dunia berputar. dulu2 dan sekarang banyak yg berubah..

cinta said... [Balasan]

Ye lah kan..

Manusia Berubah said... [Balasan]

bab surat khabar tu aku setuju...!
dulu siapa yang rajin baca surat khabar dengan tekun tu kira kategori budak2 bijak dan elit je...

padahal.. kesian.. kena tipu rupanya.. :p

cinta said... [Balasan]

Haha. Kena tipu. Aku lah tu.