Friday, October 21, 2016

Ibu Bapa yang Gelojoh


Ada satu trend yang aku tengok agak popular di kalangan ibu bapa - nak anak cepat pandai.

Eh, salah ke? Nak anak pandai apa salahnya kan. Nampak macam tak ada isu. Tapi bila ayat tu jadi - nak anak CEPAT pandai, masalahnya bermula di sini.

Sampai tahap aku tengok ada ibu bapa yang kalau anak umur enam tahun membaca tak betul dah naik panik sebab katanya budak-budak sekarang umur empat tahun dah pandai membaca. What?! (Rahang jatuh).

Itu anak orang. Jangan kau nak samakan dengan anak kau. Lambat membaca tak bermaksud budak tu bodoh. Semua budak bijak. Bezanya cuma minat dan kecenderungan yang buat diorang ni ada yang cepat membaca, ada yang slow. Sebab ada yang memang suka mengadap buku dan ulang-ulang benda yang sama dan ada yang lebih suka bereksperimen.

Itu baru bab membaca. Belum lagi masuk bab lain - Anak minum air asyik tumpah, makan nasi berterabur, makan biskut bersepah, pakai kasut terbalik, minta apa-apa tanpa perkataan 'tolong', dapat apa-apa tak cakap terima kasih, etc. Biasa lah budak baru belajar. Janganlah harapkan diorang mahir semua tu lepas ajar sekali dua.

Tiba-tiba teringat ada ibu yang komplen pasal grammar dalam buku konvokesyen tadika anaknya, terus dia bagi bad rating kat tadika tu sebab grammar yang salah yang aku tengok lebih kepada typo sebenarnya. Eh, ada juga yang memang tatabahasanya tak tepat.

Tapi bila dibandingkan dengan mutu pengajaran dan ilmu yan budak-budak tu dapat, mutu penjagaan, layanan dan pendidikan oleh cikgu-cikgu tadika tu, dan akhlak yang dibina aku tengok masalah tatabahasa tu macam perkara kecik. Tadika kot.. We are not the native speaker by the way. Kan.

Tapi itulah, ramai yang risau grammar anak tak betul daripada risaukan manner yang tak betul.

Kutip pengalaman kakak aku cikgu bahasa Inggeris di sebuah sekolah elit. Ada muridnya yang hebat akademik tapi akhlaknya tak seiring. Aku rasa itu lebih merisaukan. Kalau aku terpaksa pilih antara akhlak dan akademik aku akan pilih akhlak.

Apa guna A berderet tapi hormat cikgu pun tak reti. Apa guna ranking tinggi tapi tak reti minta maaf bila buat salah. Apa guna math dapat seratus peratus tapi pandai menipu. Apa guna speaking macam mat saleh tapi cakap dengan mak ayah macam tak ada adab.

Tapi kan, kalau nak anak CEPAT berakhlak dan beradab pun gelojoh juga namanya. Semua tu ambil masa nak belajar. Pelan-pelan kayuh.

Camana pun kalau diorang buat salah mesti bagi diorang tahu itu salah. Jangan tak tegur.

Apa-apa pun anak-anak belajar dengan cara meniru ibu bapa. Jadi sebelum didik anak ibu bapa kenalah didik diri sendiri dulu. Cermin lah diri dulu. Oh ya saranan ni ditujukan untuk aku juga. Semoga kita semua jadi ibu bapa yang baik dan tak gelojoh.

8 comments:

julie shahril said... [Balasan]

betul2. dasat kan parents skg, anak baru tadika dah dipaksa lancar membaca. dulu masa zaman kita takde pun mak bapak paksa kita pandai baca, alhamdulillah...elok jer jadi orang. penah terbaca kes sorang ibu mengamuk sbb anak dia tak dpt 5A UPSR. kesian budak tu, bkn teruk sgt pun result dia, cuma tak dpt 5A jer.

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Dont panic la amoy....haha

Atie Yusof said... [Balasan]

Tak paham dengan ibu bapa yg terlalu mendesak anak2 utk ini itu.. setiap anak punya potensi yg berbeza.. sy sllu didik diri sndiri utk tidak memperkecil2 kan kebolehan anak sndiri.. biarkan anak membesar secara normal..jgn paksa2.. sy just pantau apa yg patut & tak..

cinta said... [Balasan]

Zaman kita dulu2 darjah satu baru nak kenal abc. Elok je ada yg jd IR jd doktor bagai. Tp kan susah juga klau nk bandingkan dgn dulu2 sbb org akn kata zaman dh berubah :p

cinta said... [Balasan]

How can i not panic.. This is competition maa.. competition is all about winning or lose only.
:p

cinta said... [Balasan]

Tp kan, sy ada jgk paksa2 ni. Ehehe.

Kalau diorg buat kesalahan berat (pukul org or rampas brg or balas dendam) sy paksa diorg minta maaf dengan sepenuh hati n penyesalan.

Mula2 brainwash smpai diorg menyesal n minta maaf betul2.

Lps dia dh minta maaf sambung ceramah pendidikan moral.

Tp kan, penat bg ceramah pendidikan moral tahap budak tadika ni sebab nk kena isikn dengan cerita contoh sekali.

Manusia Berubah said... [Balasan]

zaman punya demand..
ibu bapa jangan masuk perangkap masa..

*memang sedih baca dan lihat sendiri situasi sekarang.. bukan sedih je, seram pun ada juga.. huhhh..!!*

cinta said... [Balasan]

Tapi itu lah, nak melawan arus mesti kuat.