Friday, May 29, 2015

Dah Berak Tolong Flush Sendiri


Nak kahwin perlu duit.

Itu fakta.

Bila takde duit boleh berhutang.

Fahamlah. Sekarang semua pakai duit.

Sekadar untuk melicinkan perjalanan majlis rasanya takde hal selagi bukan untuk bermewah dan tunjuk gah.

Masalahnya adalah bila mintak tolong orang lain buat pinjaman peribadi, lepas tu kau bayar orang tu on off, itu pun lima kali je..

Dan orang tu ikat perut nak membayar hutang kau, nak suap mulut anak bini, bayar bil itu ini, belanja dapur bagai dan kau buat selamba macam takde apa-apa.

Kau kerja, bini pun kerja, tanggungan takde, rumah tak payah bayar, belanja dapur tak payah, bayar kereta je kot.

Takde duit? Melancong ada pulak duit.

Yang tukang bayar hutang kau tu pernah seminggu tong beras dia kosong kau tau?

Pengajaran:

1-Kalau rasa tak suka bayar hutang jangan berhutang.

2-Kalau tak mampu berjimatlah mana patut. Tukang bayar hutang kau tu dulu kahwin pelamin pun buat sendiri je.

3-Jangan buat loan untuk orang lain terutama yang dah tau tahap kredibilitinya kurang tinggi.

nota: aku mewakili tukang bayar hutang itu melepaskan perasaan kecewanya sebab aku dengar pun boleh bengang. Apa da..

p/s: contohi adik kesayangan ambe dan suaminya yang kahwin bajet. Pelamin, langsir bilik pengantin, sarung bantal, karpet putih ropol-ropol, dan macam-macam lagi hiasan  semua pengantin yang buat sendiri pakai barang RECYCLE. Yang pengantin lelaki pulak duit belanja kahwin pakai duit simpanan. Rupa-rupanya dia dah menabung untuk kahwin sejak mula kerja. Berwawasan betul. Sejuk ati mak.

6 comments:

SuzieLAWAti said... [Balasan]

yang ni ...malas nak dengar....

melampau la pulak...!!

ksu pon selalu kesian kan orang.... sebab kesian kan orang... makan diri sendiri balik.... hermmmm ...

pasal tanggung hutang orang tu pon... sama lah... tapi bukan sebab nak kawen... ermmmmm....

mudah2an orang macam dorang insaf lah....

satu hari nnti .. bila dia kena batang hidung sendiri .. baru dia tau...

ok .. saya juga ikot geram... !!!

tiga lalat said... [Balasan]

salam. hee tular duit bukanlah segala2nya, tapi segala2nya nak pakai duit kan mak kanns ., huhu2

cinta said... [Balasan]

Saya amin aje doa kak su. Moga yg berhutang terbuka pintu hati nk byr.

cinta said... [Balasan]

Salam. Betul tu. Masuk toilet pn pakai duit. Mati pun pakai duit.

CAHAYA MATA said... [Balasan]

betu tu..
kalau rasa tak suka bayar hutang.. JANGAN berhutang..

pelik dengan sesetengah pemikiran manusia ni.. boleh but dono gitu je ekk.. haaaiiihhh... :(

cinta said... [Balasan]

@CAHAYA MATA

kita pelik dgn diorang yg tak reti-reti nak bayar utang tapi ada pulak duit utk enjoy.

diorang pelik dengan kita yang tak reti-reti nak enjoy sbb nak dulukan bayar utang.