Showing posts with label kisah benar. Show all posts
Showing posts with label kisah benar. Show all posts

Thursday, January 22, 2015

Cable Tag Number

Bulan lepas budak comel itu masuk hospital. Satu minggu.

Lepas satu minggu, balik rumah, internet connection ilek. Syarikat berkenaan janji datang repair seminggu kemudian.

Disebabkan kitorang pakai IPTV jadi dua minggu tak tengok tv. Takde beza sangat pun bagi aku sebab aku bukan selalu dapat tengok tv.

Tapi masalah besar bila dua kanak-kanak riang tak boleh tengok kartun.

Tapi itu bukan cerita pokok di sini.

Ceritanya pasal technician yang ingat orang bodoh.

Menda mukaddimah dah macam satu entri rupanya cerita baru nak mula. Eheh.

Begini ceritanya.

Tiba masa yang dijanjikan si technician itu datang mengenalpasti punca dan dapatlah diketahui bahawa connection port untuk unit kitorang dalam cabinet dalam bilik di tingkat bawah dah ada orang disconnect dan sukasukiati je cucuk cable baru.

Ko pehal.

Eheh, standard ayat bengang gitulah kekdahnya ye dak. Tapi takdelah aku terbercakap sebegitu. Tambahan pula hanya Incek Papa yang berurusan dengan technician itu.

Bla bla bla (cerita dipendekkan) Incek Papa pun mencadangkan setiap cable dilabelkan untuk mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku lagi. Dan disertakan harapan supaya mana-mana technician jangan sesukati nak disconnect cable orang.

Tapi technician tu cakap diorang tak labelkan sebab perbuatan tersebut merbahaya.

WHAT!!?? Gaya terkejut ala-ala beruk dramatik gitu..

Ah Beng aaa..

Cable yang berpanas berhujan kat tetengah laut pun suma ada tag number lu tau ka? Dalam cabinet apa cable lu crita tak bleh? Hah? Hah?

Lu tak tau sini mari wa ajar apa macam mau taruk cable marker.

Haiyyaa..

Tuesday, December 23, 2014

Prasangka Aku Di Pagi Hari

Pagi tadi ikut jalan alternatif melalui kawasan rumah-rumah agam yang nilainya juta-juta yang hampir semua rumah ada pondok pengawal (yang saiznya macam sama dengan ruang tamu apartment tempat aku berteduh. Oh..).

Tiba-tiba di depan ada motor jalan perlahan. Sangat perlahan. Pembonceng di belakang pegang henfon. Dua-dua pakai helmet. Perlahan sungguh, lalu incek papa potong.

Selepas beberapa meter motor tadi kelihatan lagi. Dia potong incek papa pelan-pelan. Kebetulan incek papa biar tingkap terbuka nak sedut udara pagi. Maka kedengaranlah percakapanya berslanga seberang sinun.

Sampai simpang kitorang belok kanan jalan keluar dari kawasan XXX Height itu dan moto tadi pelan-pelan belok kiri jalan masuk kawasan itu sebelah lain pula.

Pagi-pagi dua orang warga asing pusing-pusing naik moto di kawasan rumah-rumah agam.

Suspicious betul.

Tuesday, October 28, 2014

Sebuah Kisah Benar Seorang Pak Cik


Seorang pemuda sedang menunggu giliran masuk jumpa doktor.

Untuk menghilangkan boring dia beramah mesra dengan seorang pak cik. Naik syok pula pakcik tu. Satu persatu topik keluar. Entah macamana suka pula dia nak bercerita tentnag anak-anaknya.

"Pak cik ada anak duk KL tu. Duk kondom.."

Dan pemuda itu terkemut-kemut menahan ketawa. Nak juga jaga hati orang tua ni.

Keh3.. Konfiden betul pak cik tu sebut.

*Kisah ni terjadi beberapa tahun lepas. Agak-agak hari ni pak cik ni dah tahu ke apa benda yang disebutkannya tu.

Wednesday, January 29, 2014

Mama Jangan Pakai Kain Tu..

Sampai rumah dah lambat, kung-kang-kung-kang kat dapur - keluar lauk beku, rendam air suam, tadah air, masak air, lari ke balkoni - angkat kain, sidai kain, lari ke belakang - masuk kain dalam mesin basuh, ke dapur pulak - kung-kang-kung-kang lagi kat dapur sambil layan kanak-kanak riang nak itu nak ini, mulut kecoh itu ini (biasa la mama, kan cheong..) menjawab soalan-soalan ulangan kanak-kanak riang (semalam dah tanya, hari ni tanya lagi, kalau tukar jawapan lain kang dia marah), lari pegi bilik air, sorang budak atas toilet seat, sorang dijirus-jirus diusap-usap, tukar pulak, sorang atas toilet seat, sorang main air, sarung lampin, spenda, seluar baju, bedak bagai, kecebur-kecebur pulak untuk diri sendiri, solat, tup tup jam dah pukul 8.10 mlm.

Janji dengan Incek papa nak jemput dia pukul 8.30. Alamak, kena cepat ni. Dalam tergesa-gesa menyarung baju aku capai satu skirt panjang yang satu-satunya available dan menepati spesifikasi untuk keluar dan tiba-tiba si leng lui menjerit dengan cemas.

"Mama, jangan pakai kain tu...!!" Muka dia memang giler cemas.

Aku belek-belek skirt tu intai atas bawah luar dan dalam sambil tanya, "Kenapa? Ada apa?" Takut juga kot-kot dia nampak lipas ke merayap masuk dalam skirt.

Dan leng lui jawab dengan suara yang masih cemas "Mama jangan pakai kain tu.. Mama buncit...."

Dan aku gelak guling-guling.

Cis..

Monday, December 16, 2013

Leng Chai Belajar 1, 2, 3.. Siri 2


Mama: Satu..
Leng Chai: Uwa..
Mama: Tiga..
Leng Chai: Opet..
Mama: Lima..
Leng Chai: Omo..
Mama: Enam..
Leng Chai: Onan..
Mama: Kakak Long tigo tahun duk somban takdo lak kuar ompek limo. Ekau duk KL mano datang ompek limo nih.. Ooo Jang..


Friday, December 13, 2013

Leng Chai Belajar 1, 2, 3.. Siri 1


Mama: One..

Leng Chai: Tu..

Mama: Three..

Leng Chai: Opo..

Mama: Five..

Leng Chai: Cic..

Mama: Seven..

Leng Chai: Aaeiitt..

Mama: Nine...

Leng Chai: Onen..

Mama: Ten..

Leng Chai: Yay...

Tapi bila dia naik anak tangga lain macam kiraan dia:

Leng Chai: Opo... onen... opo... onen... yay!

Lepas tu dia tepuk tangan dengan bangga.

Gambar tahun lepas. Si Leng Chai masa umur setahun lebih.

Thursday, December 12, 2013

Nasihat Mama Tentang Kamera

Incek papa baru balik dah nak kena ke laut lagi. Katanya nak beli kamera baru sebab kamera sedia ada sudah cacat selepas beberapa siri kemalangan. Boleh lagi nak snap gambar tapi nak tunggu lens keluar kena dua tiga kali tarik. Pujuk-pujuk, belai-belai, baru dia mahu keluar. Itupun menggigil-gigil. Gambar pun dah tak berapa tajam.

Lalu mama bagi nasihat - dah beli nanti pandai-pandai sorok jangan sampai anak ribena dan anak milo itu nampak. Kalau tak kamera baru juga akan dapat penyakit yang sama. Penyakit rabun dan parkinson.

p/s: sekarang tahu la kan kenapa entri bbc ni dah lama takde gambar. Hu..

Monday, December 9, 2013

Kisah Benar Suami Orang


Kisah 1
Isteri: Kalau abang keluar tolong beli bawang besar .
Suami: Yang kaler putih tu ke?
Isteri: Ha, bawang besar yang putih tu bukan yang kaler gelap tu.
Suami pulang bawa bawang putih.

Kisah 2
Isteri: Kalau abang keluar tolong beli halia, kunyit dan lengkuas ya.
Suami: Ye lah.
Suami pulang bawa halia, halia, dan halia.

Kisah 3:
Isteri: Kalau abang keluar tolong beli ketam ye, nak masak gulai ketam.
Suami: Ok.
Setengah jam kemudian suami pulang tangan kosong.
Suami: Ketam yang awak selalu masak yang warna merah tu takde la, yang ada warna coklat dengan biru je.

Pengajaran:
1- Suami-suami jangan hairan kalau isteri anda cakap nak masak lain tapi akhirnya masak lauk lain.
2-Bawang besar ada dua jenis, satu warna merah, satu lagi warna kuning / putih yang juga dipanggil bawang Holland.
3-Ketam yang belum dimasak berwarna biru atau coklat. Ketam warna merah adalah yang telah dimasak.
4-Isteri-isteri sila tuliskan pesanan dan minta suami hulurkan kepada pekerja di kedai.
5-Isteri-isteri sila siapkan kamus bergambar dan simpan di dapur. Lagi bagus kalau boleh buat poster dan tampal di dapur.
6-Isteri-isteri jangan tertekan dalam keadaan seperti di atas. Anggaplah dapat tengok Maharaja Lawak Mega secara live dan eksklusif. Tapi sila jangan ketawa depan suami itu. Hargailah penat lelah dia. Kalau mampu hadiahkan ciuman terbang (ciuman terbang je sebab salah beli. Hee..).

p/s: Suami den pandai beli barang dapur.

Thursday, December 5, 2013

SMS From KK Airport


Incek Papa: Mlm ni msk apa bah?

Aku: Chilli bishop nose. Or nk request lain? Udang ada sutun ada ayam ada ikan ada. Apa mau?

Incek Papa: Apa2 saja bah..

*****

Nota: Baru minggu lepas aku tau benda tu dipanggil bishop nose. Mungkin sebab nama sebenarnya kurang sopan benda itu dilabel dengan nama manja begitu. Tapi aku tak pernah tahu ada menu ini dalam diet mat saleh dan minah salehah yang membuatkan nama manjanya berbunyi kebaratan.

Wednesday, December 4, 2013

Sebuah Kisah Cerai Susu

Anak orang umur dua tahun cerai susu ibu. Anak aku umur dua tahun cerai susu lembu. Cuba juga bagi susu-susu lain - kambing, soya, tak mau dia. Tak nak susu dia minum teh O. Dah kenapa hensem? Macam orang tua-tua pulak. Orang lain bangun malam buat susu aku bangun malam buat teh O. Apekenyerpelik... Risau pulak aku takut lama-lama dia semelit ke tak cukup zat ke ape ke aku cuba bagi ribena. Tak mau dia. Sudah..
Pelan-pelan aku campur ribena dalam teh O dia. Lepas tiga bulan aku bancuh ribena tanpa teh O dan dia telan. Hohoho mama hou yea.. Sekarang dia minum ribena satu hari lebih kurang sepuluh botol lebih kurang 80 Oz. Kordial ribena tu satu botol untuk satu minggu.
Sekarang travel jadi lebih senang sebab tak payah nak siapkan susu bagai. Siapkan ribena dua ke tiga botol cukup. Heheh.. Bangun malam buat ribena. Kalau malas siapkan tiga botol kat tepi katil. Lalala.
Tapi macamana dengan zat-zat susu? Protein? Kalsium? Dan lain-lain? Nasib baik dia suka keju. Sekali makan boleh habiskan lima keping. Lagi aku bagi tablet susu kambing yang dia makan macam gula-gula + multivitamin + kapsul minyak ikan + scotts emulsion. Dan dia telan semua.
Ada lagi, kegeraman dia ayam goreng dan fish & chips tapi aku buat fish without chips konon untuk jaga diet dia jadi dia kena makan dengan nasi. Dia suka buah dan capsicum. Bagus. Tapi dia tak suka pasta. Mungkin sebab aku masak tak sedap. Ye lah, pakai resepi sendiri mana nak sama dengan carbonara ke aglio olio tu sume.
Akhirnya stok susu dia yang berkotak-kotak aku dan kakak dia yang habiskan. Kalau nampak aku bancuh susu di pantry harap maklum itu bukan susu Anmum Materna.

Tuesday, December 3, 2013

Aku Maafkan Kamu

Semalam ada kereta yang tak dikenali dengan segala senang hati park di unit parking aku. Disebabkan penumpang aku adalah dua orang kanak-kanak muda (young children) yang tak boleh aku tinggalkan jadi aku terpaksalah memandu turun ke pondok pengawal dalam hujan renyai-renyai dan waktu menghampiri maghrib untuk memaklumkan bahawa petak parking aku telah diceroboh dan aku terpaksa tumpang parking di petak rental parking dan dengan segala sopan dan santun tinggalkan nota maaf dan makluman bahawa kereta aku adalah pelarian supaya kereta aku tidak diclamp.

Atas dasar kasihan dan konon-konon bersangka baik (kemungkinan ada faktor-faktor yang memaksa dia menceroboh) aku meminta supaya kereta penceroboh itu tidak diclamp.

Dan di cermin belakang kereta penceroboh itu ada satu sticker putih hijau tertulis,

"Siapalah Kamu Jika Tidak Mahu Mematuhi Undang-undang Pencipta".

Kalaulah aku bersua muka dengan penceroboh itu semalam mahu saja aku tanyakan apakah hukuman menceroboh mengikut undang-undang Pencipta. Teringin juga aku nak tahu.

Tapi takpelah sebab,

~aku ~ maafkan kamu~

~tak perlu kita bertemu ~ cukup kau tahu~

Thursday, October 24, 2013

Gadis Cantik dan Berus Gigi

Masa tu aku masih single dan menyewa di sebuah flat. Selalu juga akak aku yang juga single masa tu datang lepak-lepak. Alhasil, banyak juga barang-barang dia terkumpul di situ. Ubat gigi, berus gigi, kain baju, hatta barangan dalam pun yang kadangkala aku terguna sebab tak tengok dulu sebelum pakai.

Aku ada tabiat suka mengitar semula barang-barang lama dan terpakai. Dengan kata lain aku menggunakan prinsip "Guna Sampai Tak Berguna Lagi". Rak yang selalunya orang akan humban ke tempat pembuangan sampah aku overhaul dan jadi almari kabinet dapur. Kotak rak baju aku kitar semula jadi kitchen bar. Dan paling biasa berus gigi yang dah lama, aku guna untuk berus singki atau celah tile dan ada yang aku guna untuk berus kuku kaki.

Disebabkan akak aku macam dah lama tak datang lepak dan aku tengok berus gigi dia terabai, aku memutuskan bahawa berus gigi itu sudah jadi barangan terpakai dan aku jadikan berus kuku kaki. Letak sikit ubat gigi dan berus kuku kaki sambil menyanyi-nyanyi riang. Oh, dah lama aku tak buat ni semenjak berumahlif.

Satu hari akak aku datang. Dan korang boleh agak cerita seterusnya.. Hehe... Dia berus gigi dia dengan berus gigi yang aku buat berus kuku kaki. Eheheh.., sowi sis, I lupa nak bagitau U..


Nota kaki: Gambar mangsa tak dapat disiarkan. Tapi bolehlah bayangkan rupa dia macam Marsha AF. Bukan aku yang cakap, orang-orang yang pernah tengok dia yang cakap. Motif? Saja nak bagitau aku ada akak yang cantik. Tihihi... Yang akhirnya gosok gigi pakai berus kuku kaki.

Tuesday, September 24, 2013

Satu Kisah Yang Tak Best

Itu hari aku tak sangka darah rimau aku datang balik.
(Oh ye, dulu-dulu aku memang bersikap rimau sampai adik beradik komplot nak letak no entry sign kat pintu bilik aku siap nota 'awas, rimau di dalam').
Puncanya sebab aku tengok keta kena clamp kat petak parking sendiri.
Aku jadi hangin dan aku call dan tiaw tokey parking tu cukup-cukup.
Lepas tu rasa macam kesian pulak sebab tiaw dia.
Dah lebih 10 tahun aku tak marah orang macam tu.
Adui...

Err.. doakan aku jadi orang yang sabar dan tak cepat naik angin.
Permintaan serius ni..

Tuesday, August 27, 2013

Kalau Aku Kaya..

Satu hari budak pompuan yang bulat itu sedang main masak-masak sorang-sorang.
Main dengan gembira sebab adik bujang yang suka mengacau sedang diulit mimpi.
Macam biasa kalau dia gembira dia akan menyanyi-nyanyi.
Macam-macam lagu, yang popular, yang tak pernah dengar, yang macam pernah dengar tapi bunyi macam pelik.
Macam-macam genre, dari rentak etnik ke rentak pop. Dari lagu patriotik ke lagu rock.
Dan hari itu sambil tangan dia mengacau sayur di dalam periuk dia nyanyi lagu ni:
~Kalau aku kaya...... uwooooooo~
Lepas tu sambungannya tidak dapat dikenalpasti.
Disebabkan akhir-akhir ini dia selalu nyanyi lagu ni, pada suatu hari aku pun nanyilah lagu ni sambil lap rambut dia yang baru dicuci.
~Kalau aku kaya....~ Belum sempat aku nak uwooo (mungkin sebab aku tarik sampai 5 harakat) tiba-tiba dia menyampuk "Insya Allah..."
Aku berhenti lap rambut dia, aku pandang dia "Apa?"
Dia senyum, "Insya Allah..."
Lepas tu dia mengekek ketawa dengan muka gatal dan lompat-lompat dan aku terkial-kial lap rambut budak bulat yang sedang melompat-lompat.
Agak-agak dia faham ke apa yang dia cakap?

Friday, June 7, 2013

Ulangtahun Perkahwinan Aku Yang Ke-4, Aku...

Gaji baru masuk. Ingat nak bayar utang sana sini tapi kat rumah takde tenet. Tiba Isnin terpaksa amik cuti, budak-budak tak sihat. Hari Selasa, pagi-pagi sampai terus klik klik bayar utang. Selesai, mengadap designer pulak. Tup tap tup tap, gi washroom. Baru nak duduk member sound bos panggil. Super urgent. Adoi, tatot lak. Tak pernah bos ada hal urgent dengan aku.

Knock knock bilik bos (gaya mat saleh kot..). Bos senyum. Sebab aku senyum agaknya. Tapi aku perasan ada yang tak kena. Aku tarik kerusi dan duduk (Lupa pulak bos ada suruh duduk ke tak). Tengok jam, pukul 10.30 pagi.

"I nak you pergi site hari ni jugak. Flight pukul empat... Bla bla bla..."

Gila (cakap dalam ati je, mana berani cakap depan bos kan..). Aku tak maksudkan bos gila tapi bagi aku ni macam kerja gila. Pukul 10.30 tau, tak tau apa-apa pasal projek tu, nak kena buat travel request, amik PPE dan segala macam preparation, ada lebih kurang satu jam kena briefing pasal scope yang nak di'cover', lunch time kena terus balik, amik anak-anak kat taska, balik packing barang-barang sendiri dan anak-anak..

Lastly aku dapat tau kat mana salah dan silap sampai aku yang kena pergi, replacement. Yang pasti bukan salah bos aku. Bukan juga salah designer yang patut pergi. Tapi salah dia / mereka yang buat kerja slow dan cuai. Betul, kadang-kadang orang buat kotor dan kita yang kena bersihkan. Damn (carut mat saleh la pulak..)

Aku call ibu. Nasib baik ibu faham. Dia yang tengah jaga makcik yang kurang sihat lagi nak kena jaga anak-anak aku sepanjang pemergian aku. Adui. Pukul satu dia sampai ofis, bersama makcik yang lupa bawak lampin. Terpaksa singgah dulu kedai cari lampin. Lunch time, biasalah, jalan jammed. Singgah taska amik anak-anak. Sampai rumah, berlari masuk rumah, tak mandi, solat nantilah kat airport, pack brg2. Nak kejar flight pukul 4.

Betul, kelam kabut. Ibu hantar ke KLIA. Lepas tu bawak anak-anak balik Seremban. Bertuah aku dapat mak mertua macam ni. Hee..

Aku tak check-in bag. Terus pergi departure. Dengan beg aku yang hanya 8.5kg - berat total termasuk safety shoe, helmet dansumebendenyertuh. Berat limit 30kg. Macam dah membazir 21.5kg.

Flight transit pulak tu. Adui.. Turun kapal besar, tunggu kapal kecik. Ada la dalam dua jam kot. Sampai hotel pukul 10 lebih. Dalam flight tadi sempat study sikit hapekebendenyer nak di'check' nanti. Esok pagi kena gerak pukul 5.30 pagi. Accomodation atas kapal. Lagi sekali aku , adui... Dan betul sangkaan aku, dalam ratusan personel atas barge aku sorang pompuan.

Dan hari terakhir aku kat atas barge tu adalah hari ulangtahun perkahwinan aku dan incek papa yang ke-4. Adui lagi..

Bila balik ke darat, dapat call Kepo Chan, dia tak nak cakap. Merajuk. Lagi-lagi adui.. Nak pujuk anak-anak la pulak balik nanti, belum lagi nak pujuk bapaknya. Ibu bagitau hari pertama aku pergi si Muhd 6 kali bangun tengah malam cari aku. Huhu..

Jadi kepada mereka yang buat kerja yang ada sangkut-paut dengan hidup orang lain, tolonglah jangan slow dan cuai. Kesannya bukan aku je yang rasa, anak-anak, incek papa, dan paling susah, mak mertua aku yang tiba-tiba kena jadi babysitter yang dalam masa yang sama jaga orang tua, dan segala projeknya tergendala.

Dahlah slow, cuai, boleh pulak perasan bagus, pastu buat pulak undang-undang tak masuk akal - hapuskan travel advance.. Nasib baik awal bulan. Kot hujung bulan aku akan shoot emel "Sorry, I've run out of cash" dan aku wondering apa bos-bos akan buat kat diorang yang slow itu.

Sorry ye kawan-kawan, emo pulak entri kali ni. Adoyai...

Di hari ulangtahun perkahwinan yang ke-4 aku sendirian pandang api di tengah lautan.

Thursday, May 2, 2013

Mama dan KR1M


I have never understood politics before, where people will say what people want
to hear rather than what is the truth. It really is an insult of a persons intelligence.
- Joel Therien of Pureleverage.com.


***


Pada suatu petang, Tucipet panjat meja yang 1.5 kali lebih tinggi daripadanya dan menari-nari tanpa menyedari dia sedang menghampiri sisi meja dan kemungkinan untuk jatuh adalah 95%. Mamanya sedar risiko bahaya tersebut dan bertindak mengangkat dan menurunkan si Tucipet ke bawah dan menghalangnya daripada mengulangi aksi-aksi stunt dan akrobatik. Tucipet tidak puas hati dan menangis, merajuk, dan cuba memberontak. Dia tidak dapat apa yang diingininya tetapi tanpa dia sedar dia terselamat daripada risiko kecederaan yang mungkin bukan ringan (kot kepala jatuh atas simen naya oo..). Dan akibatnya, mamanya adalah musuhnya pada petang itu.


Konklusi? Mamanya bukan politikus. (haha, macam tak relevan).


Eh, wait seminit, lepas tu mama dia bagi roti kr1m kegeramannya sebagai langkah memujuk dan meredakan rajuknya. Dan dia makan dengan gembira. Hmm, sekali sekala politik juga. Ahaks.


Lepas tu Kepo Chan datang dan menuntut bahagiannya. Oh, nasib baik stok roti kr1m itu masih ada. Betul, kalau nak bagi tak boleh bagi satu, sebab yang melihat pun nak juga.

***
Iklan:

Tucipet: (Buang angin tayar pun best juga..Hee..)


Tucipet: Oho, keta tatak Lon nyer alignment dah lari ni.

Kepo Chan: Camane?
Tucipet: Bereh boh! (Alamak, yang ni takleh keluarkan angin da..)

Tucipet: Ok ma'am, mana mau pegi?
Kepo Chan: Jap, posing dulu.

Friday, April 19, 2013

Ceramah Pilihanraya Paling Pendek

10 tahun lalu aku pernah jadi calon pilihanraya.

Hanya sekali aku 'berceramah'.

Dengan ucapan sebelas patah perkataan ini:

"Kalau anda rasa saya tak boleh buat kerja, JANGAN undi saya".

Dan aku menang kawasan


...



Umum Siswi.
Hee... (apa, korang ingat aku puteri pink ke ape??)

Terima kasih kepada yang tidak mengundi aku.

Moral : Nak menang undi tak perlu caci maki, mengaibkan orang, tuduh orang sesat, buat fitnah, rasuah dan mengungkit minta dibalas budi.

Selamat mengundi.
Be wise.
Think twice.

Thursday, April 18, 2013

Siri Cerita Pendek Kepochi : Mari Mengeja

Ini cerita lama.


Beberapa bulan lepas.

Atau mungkin tahun lepas.

Aku lupa.

Mungkin semalam aku dah termakan semut yang ke 40 sepanjang hidup aku.

Mungkin.



Kepo chan sudah pandai ABC.

Belum lagi tiga tahun.

Dia dah boleh baca nombor plat kereta.

Dia dah kenal huruf-huruf yang terpapar di signboard.



Bangga mama nya.

Sampai post kat blog yang dah beberapa bulan tak dijenguk.



Alang-alang dah kenal ABC aku berkira-kira nak biasakan dia dengan suku kata.

Maka pada satu hari terjadilah sebuah cerita.



***



Kepo chan belek-belek sebuah buku aktiviti mewarna berilustrasi sayur-sayuran.

Sebuah buku yang dwibahasa - Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Ada satu gambar cili.

Satu ilham datang untuk aku cuba mengajarkan patah-patah suku kata yang sangat basic lagi senang.

Jari telunjuk aku menunjuk tulisan Bahasa Melayu.



Aku: Si - Ai, Ci, El - Ai, Li. Ciilii..



Kepo chan pandang aku.

Lepas tu pandang buku yang aku pegang.

Jari kenit dan bulat dia menunjuk tulisan Bahasa Inggeris.



Kepo chan: Ci, Ech, Ai, El, El, Ai.


Aku: Yay, pandai. Si, Hesh, Ai, EL, El, Ai... Apa?



Kepo chan: Belacan.



Dan dia bangun dari riba aku sambil ketawa.



Pecah ketawa nenek yang menjadi saksi kejadian.

Monday, December 24, 2012

Aku, Dia, dan Lembu

gambar cilok dari http://866-get-a-cow.com/

Masa: Enam tahun yang lalu
Tempat: Tool Room Cabin

Sedang aku sibuk (?) buat kira-kira untuk product spec., Si Katiya (bukan nama sebenar) masuk kabin. Sambil berurusan macam biasa Si Katiya dari selatan India ini ada je ceritanya. Kacau line aku nak mengulor.

Pung pang pung pang aku teringat hari sebelum tu aku ternampak kawan baik dia si Janggut makan daging lembu kat kantin sedangkan setahu aku diorang ni tak makan daging lembu malah lembu tu sendiri adalah makhluk suci yang dimuliakan setaraf dewa, di mana aku pernah terbaca satu kata-kata Gandhi yang lebih memuliakan lembu berbanding ibu sendiri.

Lalu terjadilah satu perbualan spontan antara kami berdua.

Terjemahan ke bahasa Melayu:

Aku: Oit Katiya, aku tengok semalam Janggut makan daging lembu. Aku ingat korang tak makan lembu.

Katiya: Dia lain negeri. Lain negeri lain bahasa lain dewa.

Aku: Oo camtu ea, kenapa ar?

Katiya: Ye la, bahasa lain-lain dowh.. kena la dewa lain-lain, nanti diorang tak faham orang nak mintak apa.

Aku: Ooo, diorang takde translator?

Katiya: ...


Aku takde niat pun sebenarnya nak mempersendakan dewa atau agama dia sebab Islam sendiri pun melarang kita mempersendakan agama orang lain. Biasalah, kalau dah nama perbualan spontan, semua pun spontan tanpa sempat melalui proses penapisan. Aku tengok dia macam sentap, lepas tu dia selesaikan urusan dia dan keluar dengan sedikit pesan pasal kerja.

Tapi sekarang aku rasa macam rugi pulak aku tak panjangkan perbualan tu untuk tune balik dia punya pengesan sampah (bak kata Incek Kereta Mayat) supaya dia dapat membezakan antara kesempurnaan dan kelemahan, membezakan antara ciptaan dan pencipta.

Doakan dia dapat hidayah.

Kesian dia...


Thursday, December 20, 2012

Akhirnya Dia Pergi

Balik kerja semalam, rasa sangat lega. Tiada lagi muka dia. Setelah dua minggu bersama kitorang, dia dipulangkan. Sebab musababnya terlalu banyak tapi paling utama demi keselamatan anak-anak.

Bab 1.
Dia sangat slow. Selalu lupa tutup lampu, kipas, pintu bilik air, dan paling bahaya gas dapur sebab pakai dapur besar yang macam kat pasar malam tu. Nasib baik dapur kat luar rumah.

Bab 2.
Aku suruh cuci lap tempat periuk nasi dia basuh kaw-kaw dengan kabelnya sekali yang masih terpasang kat tempat periuk nasi tu.

Bab 3.
Aku kat luar jaga budak dia masuk bilik dan tidur siang sedangkan kerja masih banyak yang belum selesai.

Bab 4.
Aku cuci udang kat dapur dengan anak merengek peluk kaki dia syok tengok tv kat luar.

Bab 5.
Kalau tak disuruh buat kerja dia akan tercegat, atau duduk depan tv, atau masuk bilik dan tidur.

Bab 6.
Selalu sangat ulang kesalahan yang sama seolah-olah segala ajaran tidak diproses.

Bab 7.
Anak-anak sangat tak suka dia.

Bab 8.
Dia lipat baju macam roti canai penyek. Lipatan murtabak lagi cantik dari baju yang dia lipat. Baik aku suruh kepochi aku yang lipat, lagi kemas.

Bab 9.
Botol susu dilambakkan dalam periuk kotor yang berminyak dalam singki sedangkan ada tempat khas untuk botol susu kotor.

Bab 10.
Ibu lipat kain, dia sama duduk lipat (gulung, gulung, penyek) kain. Ibu bangun masuk bilik dia pun sama masuk bilik dan tinggal budak-budak main kat depan tanpa ada sesiapa monitor.

Bab 11.
Sapu minyak telon kat celah kelangkang budak masa tukar lampin. Nasib baik aku nampak. Bila ditanya dia cakap "Nggak, saya sapu di sini aja". Sedangkan aku boleh nampak dan rasa minyak kat bikini line budak tu.

Bab 12.
Sidai kain bergentel-gentel, tak tau nak dikibas-kibas dulu kain tu.

Bab 13.
Aku bangun waktu subuh dia bangun waktu dhuha. Aku buat sarapan dan dia makan. Aku layan budak dan dia tengok budak. Aku keliru siapa maid siapa majikan.

Bab 14.
Dia suka termenung.

Bab 15.
Malas nak cakap dah.

Kitorang kesian kat dia sebenarnya sebab kitorang rasa dia mungkin ada masalah mental sikit. Tapi kitorang terpaksa pulangkan dia demi keselamatan anak-anak. Sesekali masa leter anak-anak, ibu ada terdengar dia cakap "Kalau Kak Long degil-degil, nanti autie bawa balik Jakarta". Esh, seram betul pompuan ni.

Inilah antara hasil kerja tangan dia selepas diajar beberapa kali.

Ini juga

Bahagian dalam baju yang dilipat (lipat ke?)

Kalau boleh aku nak bagi cadangan kat pihak yang berkenaan, setiap CALON pembantu rumah atau pekerja asing mesti lulus ujian saringan terutama ujian IQ, EQ dan sahsiah.