Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Thursday, October 24, 2013

Gadis Cantik dan Berus Gigi

Masa tu aku masih single dan menyewa di sebuah flat. Selalu juga akak aku yang juga single masa tu datang lepak-lepak. Alhasil, banyak juga barang-barang dia terkumpul di situ. Ubat gigi, berus gigi, kain baju, hatta barangan dalam pun yang kadangkala aku terguna sebab tak tengok dulu sebelum pakai.

Aku ada tabiat suka mengitar semula barang-barang lama dan terpakai. Dengan kata lain aku menggunakan prinsip "Guna Sampai Tak Berguna Lagi". Rak yang selalunya orang akan humban ke tempat pembuangan sampah aku overhaul dan jadi almari kabinet dapur. Kotak rak baju aku kitar semula jadi kitchen bar. Dan paling biasa berus gigi yang dah lama, aku guna untuk berus singki atau celah tile dan ada yang aku guna untuk berus kuku kaki.

Disebabkan akak aku macam dah lama tak datang lepak dan aku tengok berus gigi dia terabai, aku memutuskan bahawa berus gigi itu sudah jadi barangan terpakai dan aku jadikan berus kuku kaki. Letak sikit ubat gigi dan berus kuku kaki sambil menyanyi-nyanyi riang. Oh, dah lama aku tak buat ni semenjak berumahlif.

Satu hari akak aku datang. Dan korang boleh agak cerita seterusnya.. Hehe... Dia berus gigi dia dengan berus gigi yang aku buat berus kuku kaki. Eheheh.., sowi sis, I lupa nak bagitau U..


Nota kaki: Gambar mangsa tak dapat disiarkan. Tapi bolehlah bayangkan rupa dia macam Marsha AF. Bukan aku yang cakap, orang-orang yang pernah tengok dia yang cakap. Motif? Saja nak bagitau aku ada akak yang cantik. Tihihi... Yang akhirnya gosok gigi pakai berus kuku kaki.

Tuesday, July 23, 2013

Tahun Ni Tutup Kedai


Selalunya setiap tahun di bulan puasa aku akan sibuk berbisnes. Jual kuih raya, jual coklat, jual butang baju melayu, jual kerongsang. Mercun tak ada. Alhamdulillah, dapat jugalah sale ribuan ringgit walaupun pelanggan semua kawan-kawan pejabat je.


Kadang-kadang aku cari pembekal. Ada juga yang pembekal yang cari aku. Bila dapat produk, aku akan mula buat iklan. Bermaklumat dan tepat - perkara yang aku cuba dapatkan dalam penghasilan iklan. Bagi aku iklan tak perlu fancy sebab terlalu sarat dengan hiasan akan menenggelamkan produk yang cuba ditonjolkan. Kebanyakan produk yang aku jual aku akan tukar nama, berbeza dengan nama yang diberikan oleh pembekal yang aku rasa agak konservatif (heheh..). Tapi untuk kuih tradisional aku akan biarkan namanya mengikut tradisi sebab bagi aku nama itu ada nilai nostalgia.

Sampel yang diberikan oleh pembekal aku tak berikan semua kepada bakal pelanggan tapi aku potong sana, potong sini untuk snap gambar buat poster. Dan semestinya sampel yang diberi aku yang makan sebab aku yang akan describe rasa, tekstur, dan karakter lain yang ada pada produk-produk makanan - kuih raya, coklat, dan kek.

Inilah antara poster yang aku buat dalam memasarkan produk-produk yang aku jual di pejabat.



Kerongsang aku namakan untuk membezakan rekaan. Setiap rekaan pulak ada macam-macam warna.


Butang baju melayu ni aku jual RM25 sekotak. Kotak baldu dan butang ni mata besar. Satu hari aku jumpa benda yang sama di satu shopping kompleks, aku belek-belek macam nak beli, sebenarnya nak tengok pengeluar dan jenis je, sebiji sama dengan yang aku jual. Harga? RM78. Amekaw..

Kerongsang lagi..

Salah satu coklat yang aku rename. Dan aku dah rasa. Sedap.


Gambar ni snap atas kereta dalam perjalanan ke pejabat. Kereta berhenti untuk bayar tol dan aku snap. Nasib baik aku tak ngap. Puasa..


Kuih ni paling mendapat sambutan. Mungkin sebab iklan? Tapi yang penting sebab rasa dia memang umph. Dah jarang jumpa ni.

Tapi tahun ni satu bisnes pun aku tak buat. Aku nak rehat - alasan yang aku berikan bila ada tauke kuih raya approach aku untuk buat marketing produknya tahun ni. Jadi, jangan order dengan aku semua yang ada kat atas tu ye. Tahun ni tutup kedai. Tengoklah, kalau tahun depan aku rajin. Ngehhh...


Tiba-tiba aku terperasan pesta kuih raya di pejabat tahun ini suram. Sehingga hari ini aku cuma dapat dua sahaja sampel kuih dan satu sahaja emel iklan. Apa sudah jadi? Adakah semua tauke kuih raya di pejabat ini juga mahu rehat seperti aku?

Friday, July 12, 2013

Teka-teki di bulan Ramadhan


Di suatu masa dahulu...


Si Polan: Bila tiada sebarang makanan mahupun minuman dan azan maghrib berkumandang. Macamana nak buka puasa?
Aku: Korek hidung.
Si Polan: Betul..

*****

Di suatu masa yang lebh dahulu..

Aku: Kalau kentut puasa batal tak?
Si Polan: Adoi..
Aku: Kalau korek pusat?
Si Polan: Hmm..

Soalan-soalan di zaman kanak-kanak riang dan gila-gila remaja standardnya memang camtu.

Friday, April 19, 2013

Ceramah Pilihanraya Paling Pendek

10 tahun lalu aku pernah jadi calon pilihanraya.

Hanya sekali aku 'berceramah'.

Dengan ucapan sebelas patah perkataan ini:

"Kalau anda rasa saya tak boleh buat kerja, JANGAN undi saya".

Dan aku menang kawasan


...



Umum Siswi.
Hee... (apa, korang ingat aku puteri pink ke ape??)

Terima kasih kepada yang tidak mengundi aku.

Moral : Nak menang undi tak perlu caci maki, mengaibkan orang, tuduh orang sesat, buat fitnah, rasuah dan mengungkit minta dibalas budi.

Selamat mengundi.
Be wise.
Think twice.

Thursday, April 18, 2013

Siri Cerita Pendek Kepochi : Mari Mengeja

Ini cerita lama.


Beberapa bulan lepas.

Atau mungkin tahun lepas.

Aku lupa.

Mungkin semalam aku dah termakan semut yang ke 40 sepanjang hidup aku.

Mungkin.



Kepo chan sudah pandai ABC.

Belum lagi tiga tahun.

Dia dah boleh baca nombor plat kereta.

Dia dah kenal huruf-huruf yang terpapar di signboard.



Bangga mama nya.

Sampai post kat blog yang dah beberapa bulan tak dijenguk.



Alang-alang dah kenal ABC aku berkira-kira nak biasakan dia dengan suku kata.

Maka pada satu hari terjadilah sebuah cerita.



***



Kepo chan belek-belek sebuah buku aktiviti mewarna berilustrasi sayur-sayuran.

Sebuah buku yang dwibahasa - Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Ada satu gambar cili.

Satu ilham datang untuk aku cuba mengajarkan patah-patah suku kata yang sangat basic lagi senang.

Jari telunjuk aku menunjuk tulisan Bahasa Melayu.



Aku: Si - Ai, Ci, El - Ai, Li. Ciilii..



Kepo chan pandang aku.

Lepas tu pandang buku yang aku pegang.

Jari kenit dan bulat dia menunjuk tulisan Bahasa Inggeris.



Kepo chan: Ci, Ech, Ai, El, El, Ai.


Aku: Yay, pandai. Si, Hesh, Ai, EL, El, Ai... Apa?



Kepo chan: Belacan.



Dan dia bangun dari riba aku sambil ketawa.



Pecah ketawa nenek yang menjadi saksi kejadian.

Monday, December 24, 2012

Aku, Dia, dan Lembu

gambar cilok dari http://866-get-a-cow.com/

Masa: Enam tahun yang lalu
Tempat: Tool Room Cabin

Sedang aku sibuk (?) buat kira-kira untuk product spec., Si Katiya (bukan nama sebenar) masuk kabin. Sambil berurusan macam biasa Si Katiya dari selatan India ini ada je ceritanya. Kacau line aku nak mengulor.

Pung pang pung pang aku teringat hari sebelum tu aku ternampak kawan baik dia si Janggut makan daging lembu kat kantin sedangkan setahu aku diorang ni tak makan daging lembu malah lembu tu sendiri adalah makhluk suci yang dimuliakan setaraf dewa, di mana aku pernah terbaca satu kata-kata Gandhi yang lebih memuliakan lembu berbanding ibu sendiri.

Lalu terjadilah satu perbualan spontan antara kami berdua.

Terjemahan ke bahasa Melayu:

Aku: Oit Katiya, aku tengok semalam Janggut makan daging lembu. Aku ingat korang tak makan lembu.

Katiya: Dia lain negeri. Lain negeri lain bahasa lain dewa.

Aku: Oo camtu ea, kenapa ar?

Katiya: Ye la, bahasa lain-lain dowh.. kena la dewa lain-lain, nanti diorang tak faham orang nak mintak apa.

Aku: Ooo, diorang takde translator?

Katiya: ...


Aku takde niat pun sebenarnya nak mempersendakan dewa atau agama dia sebab Islam sendiri pun melarang kita mempersendakan agama orang lain. Biasalah, kalau dah nama perbualan spontan, semua pun spontan tanpa sempat melalui proses penapisan. Aku tengok dia macam sentap, lepas tu dia selesaikan urusan dia dan keluar dengan sedikit pesan pasal kerja.

Tapi sekarang aku rasa macam rugi pulak aku tak panjangkan perbualan tu untuk tune balik dia punya pengesan sampah (bak kata Incek Kereta Mayat) supaya dia dapat membezakan antara kesempurnaan dan kelemahan, membezakan antara ciptaan dan pencipta.

Doakan dia dapat hidayah.

Kesian dia...


Tuesday, December 18, 2012

Siri Cerita Pendek Kepochi: Air Mata Nenek


Nenek dan cucu-cucu bertuah

Kejadian berlaku pada tahun lepas. Kepochi masa tu baru setahun lebih. Belum pandai cakap pun. Nenek duduk menonton drama Korea. Tiba babak sedih nenek pun sama mengalir air mata. Kepochi nampak mata nenek berair. Dia panjat kerusi dan duduk atas riba nenek. Jari kiut dia pegang hujung baju nenek dan lap air mata nenek.

Patutlah nenek sayang cucu nenek walaupun cucu nenek nakal.

Monday, December 17, 2012

7 Kepelikan Dalam Rumahtangga Kami

Ini gambar tangan tuan blog. Inai kurang merah sebab pagi sebelum akad nikah pengantin cuci ikan. Biasalah, pengantin rock, apa ada hal...


7 perkara yang berlaku dalam rumahtangga kami yang mungkin jarang berlaku dalam rumahtangga orang lain pada zaman sekarang;

1-Selalu lupa ulangtahun perkahwinan.
Setiap kali tiba hari ulangtahun, tak pernah ingat. Tapi kitorang cool je, tak kecil hati. Menda dua-dua lupa, buat apa nak kecik ati, sendiri malu ada.

2-Selalu lupa ucap hari lahir.
Bila ada orang lain ucap baru ingat. DOB dah cantik, dua-dua pun sama hari dan tahun, bulan je lain, pun boleh lupa. Apa da..

3-Masing-masing tak pernah bagi dan dapat hadiah birthday daripada spouse
Tapi, emm, bagi kiss pun cukup kan? Kan? Kan?

4-Gurauan poligami.
Bila saya cakap, "Abang kahwin lah sorang lagi", kadang-kadang dia jawab,"Ok". Kadang-kadang dia jawab,"Betul ni?..." Kadang-kadang dia buat dek je sambil layan bola sebab dah boring dengan lawak poligami yang tak kelakar dan kadang-kadang berbau sarkastik. Heee..

5-Puji awek lawa depan bini
Kalau keluar jalan-jalan dan tiba-tiba ada awek cun lalu depan mata, dia dengan selambanya tanya pendapat saya, "Yang, lawa la awek tu. Kan?". Dan jawapan biasa,"Ha ah, Yang tolong pinangkan, nak?" Dialog seterusnya tak dapat dipaparkan sebab ada banyak versi.

6-Gembira duduk rumah mak ayah.
Bahagia betul tinggal sebumbung dengan mak ayah merangkap mertua sampai gaya dah macam nak menetap situ tak nak pindah sampai bila-bila.

7-Belum berbulan madu.
Anak dah dua tapi belum honeymoon. Very de ol skul. Kitorang plan nak berbulan madu bila anak-anak dah besar. Berapa besar tu kitorang belum plan lagi. Sape2 nak save budget boleh buat macam kitorang. Keh keh keh..

Thursday, November 29, 2012

Kasut Ini Pijak Karpet Merah

 Hmm... Nampak macam ok.


Kalau zoom kat sini kantoi.


Macam tu lah kalau dah jadi PA untuk 3 orang. Nak siapkan budak kecik, budak tak berapa kecik, bapak budak, akhirnya mak budak lupa bawa kasut dua inci tinggi yang tersimpan dalam rak kasut sejauh 200km (agaknya) dari tempat kejadian.

Akhirnya kasut yang dipakai untuk ke jamban ini memijak karpet merah yang penuh glamer itu.

Dua inci tinggi? Motif? Tengoklah gambar tu.

Tapi takpe, tengok yang lain siap sempurna, bahagia rasa hati.

Monday, November 19, 2012

Kamu Ibarat Apa?

Gambar yang tiada kaitan dengan entri
 
Lebih kurang 10 tahun lepas, dalam sebuah program ala kem motivasi sebuah kelab kecil, dalam slotapentahakupundahlupa, mungkin mengenali diri ke apentah.

Fasilitator: saya nak kamu semua ibaratkan diri kamu kepada sesuatu yang kamu rasa dapat menggambarkan diri kamu.

Peserta A: Saya ibarat mutiara. Macam mana susah nak dapatkan mutiara, macam tu lah susah nak cari orang macam saya. Bla bla bla..

Peserta B: Saya ibarat matahari sebab bla bla bla...

Peserta C: Saya ibarat intan permata di celah-celah pasir pantai. Bla bla bla...

Wah, dahsyat betul diorang ni. Aku tengok sume ibaratkan itu ini yang nampak sangat sempurna, sangat istimewa, sangat gah, sangat sangat. Tapi masa solat maghrib dan isyak malam tadi aku tengok 2-3 orang je kat surau kem tu termasuk aku. Ramai yang uzur agaknya. Lelaki pun. Ape ke hell?

Tiba turn aku.

Fasilitator: Kamu, giliran kamu.

Aku: Saya ibaratkan diri saya seperti...

Aku: Mmm.. seperti...


Aku: seperti...


Semua orang tiba-tiba diam.


Mata semua pandang aku.


Adui, tiba-tiba gugup pulak aku bila ingatkan pengibaratan diorang yang sangat-sangat dahsyat dan aku biasa-biasa saja.


Fasilitator: Ya? Teruskan. Jangan malu-malu.

Aku: Saya ibarat ..

....


Aku: Durian.

.....

Aku: Ya, saya ibarat durian.


Pecah ketawa diorang.

Cis.


Fasilitator: Ok, cuba awak terangkan (senyum).

Ada yang senyum-senyum kambing

Aku: Durian, tak semua orang suka. Bagi sesetengah orang durian tu busuk. Bagi sesetengah yang lain, durian itu nikmat. Bagi yang tak suka, baunya pun dah tak boleh tahan, bagi yang suka, sampai buat tempoyak. Itulah saya. Tak semua orang suka saya. Ada yang alahan dengan saya. Tapi ada yang betul-betul menikmati lemak manis bersahabat dengan saya, menelan nasihat-nasihat pahit saya, masih suka dengan saya walaupun terluka dengan duri-duri saya.

Dan lepas tu diorang dah tak ketawa dah. Mungkin dalam hati diorang mengakui ketepatan pengibaratan aku sebab ada antara diorang yang biasa telan lawak-lawak sarkastik aku tapi masih tetap setia bersahabat dengan aku.

Dan antara mereka ada yang alahan (allergic) dengan aku.



Sekian sebuah kisah tentang aku di masa lalu.

Friday, October 1, 2010

Kenangan Bersama Cik Angsa

Masa: Sebelas tahun yang lalu
Tempat: Halaman rumah kat kampung
Baju petak-petak: Saya
Budak kecik: Mei mei
Binatang: Cik Angsa
Background belakang: Reban ayam

 Sebelas tahun yang lalu: Masih bersekolah

 Halaman rumah di kampung: Takde la beza sangat dengan sekarang

 Saya: Sekarang agak feminin (cewahh..)

Mei mei: Sekarang lagi lawa (hee..)

Cik Angsa: Sudah meninggalkan dunia.  Diganti dengan Pn. Itik.

 Reban ayam: Sudah renovate

(Nama je kenangan bersama Cik Angsa, tapi cerita Cik Angsa ada sekerat dua je.  Ngeehh..)

Tuesday, September 21, 2010

Mengimbau Kenangan - Sebuah Alat yang Hampir Pupus

Anak-anak bapak
Sekitar tahun 80-an, sambil berdendang seorang ayah mengayuh basikal dengan seorang budak perempuan lima tahun nyanyi-nyanyi kecil di carrier tambahan di hadapan, seorang budak perempuan darjah dua di carrier belakang, dan seorang budak lelaki darjah tiga membuntuti dengan basikal kecil ala-ala basikal ketua penyamun dalam filem Ali Baba dan 40 penyamun.

Bersiar-siar di waktu petang sambil menunggu keretapi lalu.  Teruja benar budak perempuan lima tahun itu melihat keretapi lalu.

*****

Testing, testing.  Buleh caye ke benda alah ni?
Lebih dua puluh tahun kemudian, budak perempuan lima bulan pula duduk di atas baby carrier tradisional itu, sama macam mamanya dulu.  Bezanya? Beliau kelihatan agak jakun melihat alat yang semakin pupus itu.

Ape pandang?
Berbeza dengan mamanya lebih dua puluh tahun dulu yang enjoy menyanyi-nyanyi di atas carrier itu, beliau enjoy menggigit pemegang carrier.

Ngap ngap..