Showing posts with label anak bertuah. Show all posts
Showing posts with label anak bertuah. Show all posts

Monday, February 9, 2015

Semut dan Gula-gula

Mama ada beli gula-gula. Satu untuk leng chai, satu untuk leng lui.

Hari kedua leng chai sudah habiskan gula-gulanya. Baki gula-gula leng lui masih banyak. Leng lui simpan bakinya dalam beg sekolah.

Hari ketiga leng lui mengadu gula-gulanya hilang dan tanya mama kalau mama ada relocate di mana-mana. Hari sebelum tu mama sudah warning jangan simpan dalam beg nanti semut datang makan.

Sekonyong-konyong leng chai datang terlompat-lompat sengih-sengih kepala goyang-goyang dan ketawa kukik kukik. Mama dah boleh agak semut mana yang sapu licin gula-gula tu suma.

Dalam kukik-kukik si leng chai mengumumkan dia dah makan semua gula-gula kakaknya.

Leng lui naik angin. Mama arahkan leng chai minta maaf dan sempat bagi ceramah moral pasal amik barang tak minta izin.

Untuk leng lui, mama bagi moral of the story- jangan simpan gula-gula dalam beg sekolah. Kalau bukan semut yang datang, adik yang makan.


leng chai..

Friday, January 9, 2015

O-On


leng lui fitting baju tadika

Leng lui sudah mampu tinggalkan O-On selama 12 jam. Lama tu.

Kalau dulu-dulu ke mana beliau pergi O-On mesti ada. Tak boleh tinggal.

Pernah satu kali nak balik kampung mama kat Terengganu kena patah balik sebab O-On tertinggal.

Sekarang O-On cuma jadi peneman tidur malam. Penambah perisa sambil hisap jari. Layan..

Oh ya, O-On tu nama manja bantal busuk beliau berupa katak hijau berbulu.

Dan mereka berdua sudah rapat sejak umur leng lui 6 bulan lagi.

Tuesday, January 6, 2015

01 Januari 2015

Gambar 01 Januari 2015.

Budak-budak. Bukan setakat sukakan barang baru, sekolah baru pun diorang suka. Dapat cikgu baru, suasana baru, kawan baru.

02 Januari 2015. Pagi-pagi lagi si leng lui itu tolong mama kejutkan adik dia. Bangun, bangun, hari ni nak sekolah tadika.

Eh, belum mula syllibus lagi. Kementerian dah umumkan tangguh satu minggu.

Tapi petang tu jemput diorang semua sangat ceria dan tunjuk mama hasil seni hari itu - kolaj, ada gambar awan hitam, pokok-pokok dan rumah-rumah ditenggelami air.

Ada tulisan cikgu 'Pray For Malaysia'.

Macam sentap pula mama tengok.

Anak-anak mama gembira nak sekolah. Mama lagi lah gembira.

Anak-anak mereka menangis tengok baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah yang baru beli bulan lepas penuh selut.

Ibu mereka lagi lah..

Bapa mereka

menangis dalam diam.

Thursday, October 23, 2014

Ada Ke?

Bunyi boleh dirakam.

Visual. Pun boleh. Jadi foto. Jadi video.

Bau?

Siapa ada jual perakam bau? Lagi bagus kalau kombinasi audio + visual + bau.

Sebab aku dah mula rindu bau bayi.

~Bunyi cengkerik~

.....

Pangg!! Penampor sebijik kat aku. Anak belum masuk 3 bulan dah rindu bau newborn baby.

Ngengado. Eheh...


Friday, April 25, 2014

Sebuah Cerita Tentang Leng Chai dan Namanya

Dalam tatabahasa bahasa Arab perkataan juga ada jantinanya. Dalam pemilihan nama-nama bayi selalunya perkataan-perkataan berjantina  ini akan disesuaikan dengan jantina bayi. Pendek kata perkataan 'bersifat lelaki' atau dalam istilah bahasa Arabnya 'muzakkar' digunakan dalam menamakan bayi lelaki dan perkataan 'bersifat perempuan' atau dalam istilah bahasa Arabnya 'Muannas' digunakan untuk menamakan bayi perempuan.

Jadi bila aku meletakkan pangkal nama 'Nur' untuk si leng chai itu ramai yang tanya kenapa bagi nama perempuan? Ya, 'Nur' adalah salah satu perkataan bersifat muannas. Tetapi kata jamaknya 'Anwar' bersifat muzakkar. Jadi kenapa aku tak bagi nama Anwar? Aku jawab 'saja je..' hehe..

Nur Muhammad.

Sebenarnya ada sebabnya.

Selain lahir pada pagi Isnin sebelum subuh (yang menjadi asbab keseluruhan namanya), secara peribadi aku rasa lelaki dengan sedikit ciri-ciri 'keperempuanan' itu lebih berkualiti berbanding lelaki yang penuh ciri-ciri kelelakian yang menjurus kepada kejantanan di mana kejantanan itu  bagi aku akan membawa banyak permasalahan. Jadi aku cuba suntikkan sedikit unsur kelembutan dalam nama tersebut dengan harapan orangnya nanti tidaklah terlalu keras sepertimana kebanyakan lelaki yang ingin dilihat macho dan perkasa.

Dan lagi aku tak berani menamakannya dengan nama-nama yang bersifat super duper sebab tak semua manusia boleh membawa perwatakan itu. Salah bagi nama yang tak mampu dipikul nanti bayi banyak ragam  aku jugak yang susah. Eheh.. Jadi aku lebih suka nama yang orang lihat sebagai biasa-biasa saja.

Setelah dua tahun lebih aku rasa nama itu ada pengaruh kepada karakter empunya badan.  Walaupun sifat muannas pada perkataan itu tidak mampu melembutkan perbuatannya (yang sangat admire ultraman dan superhero serta suka action), tapi aku boleh nampak 'nur' yang dibawa dalam perwatakannya sejak bayi.

Dia happy baby. Agah sikit je dia ketawa mengekek-ngekek. Belum diagah pun dia dah senyum lebar sampaikan tok ki nya di kampung panggil dia smael (mula-mula aku ingatkan ismail rupanya smile). Sampai sekarang dia masih seorang budak yang senang gembira dan menggembirakan orang. Peramah, mungkin jangkitan sifat akaknya yang sangat mesra alam. Tapi kadang-kadang ada juga angin ributnya. Tambah-tambah bila di-provoke kakaknya. Akan jadi taufan kalau dia tak puas hati sebab menyesal. Pandai pulak menyesal tu.

Sensitif. Yup. Paling ketara bila dia menangis tengok cerita kartun (lupa lak tajuk apa, pernah tayang kat tv alhijrah) yang anak burung ramai-ramai hidup dengan ibu burung dan akhirnya ibu burung mati dalam kebakaran hutan. Dia nangis teresak-esak, meleleh-leleh air mata dan asyik tanya 'mama ye ane?' Bila aku cakap mama dia dah mati lagi kuat dia nangis. Adoyai... Akhirnya ditenangkan oleh aku dengan usahasama kakaknya yang cakap mama dia masuk syurga. Itupun kena terangkan panjang lebar. Lepas berapa minit ntah baru reda. Tapi mata masih merah. Hadoi.. Tak terfikir pula aku ada kartun sad ending macam ni.

Bangun tidur dia akan senyum. Sampai sekarang. Pernah sekali dia tidur dengan titush (plushtoy tikus), bila celik mata (celik separuh je pun..) dia nampak titushnya dan tangannya goyang-goyang dan cakap 'Ai titush' dengan senyum hensem baru bangun tidur. Hee.. Kalau tak selalunya dia akan 'Ai mama..' Kadang-kadang dia turun katil dan cari aku kat tempat gosok baju dan datang peluk dan kalau aku peluk dan gosok-gosok kepala dia akan cakap 'yang mama' dengan senyum hensem itu.
Lagi, dia suka sepetkan mata, senyum nampak gigi, gesel-geselkan kepala kat mama, papa, atuk, nenek, dan buat bunyi meow, meow..
Tapi kalau dah namanya boy, tau-tau ajelah ye lasaknya. Kadang-kadang macam Dennis The Menace pun ada.

Eh, berbalik kepada cerita nama tadi. Sekarang aku tengah perah otak untuk nama adik dia. Oh ye, nama aku juga bersifat muzakkar sebenarnya tapi dineutralkan dengan pangkal Siti.

Friday, March 21, 2014

Misi Yang Melencong

Leng Lui: Sabun kat sini pulak.
Leng Chai: Otey, bosh..

(Misi basuh keta yang melencong... Biasa tu..)
Leng Lui: Adik tiup macam ni nanti keluar bubble.

Leng Chai: Otey bosh... Fuh.. fuh..

Lepas basuh keta basuh diri sniri.

Lepas tu mama kena kemas sume. Biasa tu... Keretanya takdelah bersih mana pun. Alasan tu sume nak main air.

Si Leng Chai itu kalau menjawab mesti cakap ok bos sebab Leng Lui yang suruh panggil dia bos. Baru-baru ni aku baru dapat tahu kenapa  Leng Chai itu selalu jawab macam tu. Mula-mula ingatkan sesaja je dia nak cakap camtu. Sabor je la.

Lepas tu air mandian akan digunakan untuk siram pokok-pokok. Subur semua pokok.

Monday, December 16, 2013

Leng Chai Belajar 1, 2, 3.. Siri 2


Mama: Satu..
Leng Chai: Uwa..
Mama: Tiga..
Leng Chai: Opet..
Mama: Lima..
Leng Chai: Omo..
Mama: Enam..
Leng Chai: Onan..
Mama: Kakak Long tigo tahun duk somban takdo lak kuar ompek limo. Ekau duk KL mano datang ompek limo nih.. Ooo Jang..


Friday, December 13, 2013

Leng Chai Belajar 1, 2, 3.. Siri 1


Mama: One..

Leng Chai: Tu..

Mama: Three..

Leng Chai: Opo..

Mama: Five..

Leng Chai: Cic..

Mama: Seven..

Leng Chai: Aaeiitt..

Mama: Nine...

Leng Chai: Onen..

Mama: Ten..

Leng Chai: Yay...

Tapi bila dia naik anak tangga lain macam kiraan dia:

Leng Chai: Opo... onen... opo... onen... yay!

Lepas tu dia tepuk tangan dengan bangga.

Gambar tahun lepas. Si Leng Chai masa umur setahun lebih.

Thursday, December 12, 2013

Nasihat Mama Tentang Kamera

Incek papa baru balik dah nak kena ke laut lagi. Katanya nak beli kamera baru sebab kamera sedia ada sudah cacat selepas beberapa siri kemalangan. Boleh lagi nak snap gambar tapi nak tunggu lens keluar kena dua tiga kali tarik. Pujuk-pujuk, belai-belai, baru dia mahu keluar. Itupun menggigil-gigil. Gambar pun dah tak berapa tajam.

Lalu mama bagi nasihat - dah beli nanti pandai-pandai sorok jangan sampai anak ribena dan anak milo itu nampak. Kalau tak kamera baru juga akan dapat penyakit yang sama. Penyakit rabun dan parkinson.

p/s: sekarang tahu la kan kenapa entri bbc ni dah lama takde gambar. Hu..

Wednesday, December 4, 2013

Sebuah Kisah Cerai Susu

Anak orang umur dua tahun cerai susu ibu. Anak aku umur dua tahun cerai susu lembu. Cuba juga bagi susu-susu lain - kambing, soya, tak mau dia. Tak nak susu dia minum teh O. Dah kenapa hensem? Macam orang tua-tua pulak. Orang lain bangun malam buat susu aku bangun malam buat teh O. Apekenyerpelik... Risau pulak aku takut lama-lama dia semelit ke tak cukup zat ke ape ke aku cuba bagi ribena. Tak mau dia. Sudah..
Pelan-pelan aku campur ribena dalam teh O dia. Lepas tiga bulan aku bancuh ribena tanpa teh O dan dia telan. Hohoho mama hou yea.. Sekarang dia minum ribena satu hari lebih kurang sepuluh botol lebih kurang 80 Oz. Kordial ribena tu satu botol untuk satu minggu.
Sekarang travel jadi lebih senang sebab tak payah nak siapkan susu bagai. Siapkan ribena dua ke tiga botol cukup. Heheh.. Bangun malam buat ribena. Kalau malas siapkan tiga botol kat tepi katil. Lalala.
Tapi macamana dengan zat-zat susu? Protein? Kalsium? Dan lain-lain? Nasib baik dia suka keju. Sekali makan boleh habiskan lima keping. Lagi aku bagi tablet susu kambing yang dia makan macam gula-gula + multivitamin + kapsul minyak ikan + scotts emulsion. Dan dia telan semua.
Ada lagi, kegeraman dia ayam goreng dan fish & chips tapi aku buat fish without chips konon untuk jaga diet dia jadi dia kena makan dengan nasi. Dia suka buah dan capsicum. Bagus. Tapi dia tak suka pasta. Mungkin sebab aku masak tak sedap. Ye lah, pakai resepi sendiri mana nak sama dengan carbonara ke aglio olio tu sume.
Akhirnya stok susu dia yang berkotak-kotak aku dan kakak dia yang habiskan. Kalau nampak aku bancuh susu di pantry harap maklum itu bukan susu Anmum Materna.

Tuesday, July 16, 2013

Recharge. No Matter Where You Are

Budak ni kalau tiba-tiba hilang kadang-kadang mama dia intai bawah kerusi, bawah meja makan dan lain-lain tempat persembunyian kucing nenek.

Kepenatan selepas memenatkan semua orang.
Rekod Ketiduran yang luar biasa:
1-Meja makan (ops, kerusi makan)
2-Atas lantai
3-Tepi pintu
4-Belakang nenek (terperosok di belakang nenek atas kerusi)

Thursday, June 27, 2013

Mengeksploitasi Sudut Pandangan

Waktu: Di suatu pagi yang berjerebu.

Lokasi: Apartment parking lot.
Info tambahan: KLCC yang jaraknya cuma kurang lebih 6km yang selalunya terlihat jelas hari itu seolah-olah tidak wujud.

Aisya: Mama, tenok, tay el tci tci dah ilan. Jewebu tantap tay el tci tci.*
Mama: Ha ah, tu la mama tak bagi Aisya main gelongsor, main buai kat bawah, nanti jerebu tangkap Aisya.

Nampak tak? Perspektif jerebu budak tiga tahun dieksploitasi dalam memberi penerangan bahaya jerebu yang mudah untuk dia fahami. Hee..

*terjemahan:
Mama, tengok, KLCC dah hilang. Jerebu tangkap KLCC.

Kat luar jerebu, main dalam rumah. Harus pakai helmet takut langgar bucu meja. Hee..

Tuesday, June 25, 2013

Sarapan Hujung Minggu


Aisya: Mama, oti bata tcatu!

Muhd: Oo! Tu!

Mama: Orait, siap!

Wednesday, May 15, 2013

Menghantar Anak Yang Tak Pernah ke Taska; Sedikit Cerita Untuk Dikongsi

Aisya sejak lahir dijaga oleh nenek sampai tidur pun selalu nak tidur dengan nenek. Pernah ditinggalkan terus dengan nenek selama beberapa bulan dan mama dan papa jadi weekend parent.

Bila Muhd ada, dia juga dijaga oleh nenek. Kemudian berpindah ke tangan bibik. Selepas beberapa bulan si bibik lari dan diorang kembali di bawah jagaan nenek. Dapat bibik ganti tapi malfuntion, so tetap berada di bawah jagaan nenek.

Jaga budak 1 tahun setengah dan 3 tahun yang tengah lasak dan adventurous, curious, dan tatot titos (takut tikus) memang memenatkan jadi kitorang bercadang menghantar diorang ke taska.

Selama beberapa bulan buat survey, taska AAA (bukan nama sebenar) dipilih berdasarkan beberapa kriteria - penjaga, suasana, kelayakan termasuk berdaftar dengan JKM (siap kena audit u..), lokasi, dan yuran.

Ditakdirkan hari yang dirancang untuk hantar anak-anak ke taska, diorang tak sihat, cirit-birit, muntah, dan memerlukan jagaan rapi dan pemantauan daripada mama sendiri, jadi pendaftaran ditangguhkan ke bulan berikutnya.

Seminggu sebelum hari yang dirancang, aku dapat call dari seorang kawan yang tinggal berdekatan yang kebetulannya juga bercadang untuk hantar anaknya ke taska AAA tersebut, memberitahu taska itu ditutup kerana ada kes yang melibatkan pekerja taska dan anak-anak taska.

Betul, apa yang berlaku ada hikmahnya dan ini antara hikmah di sebalik peristiwa cirit birit dan muntah. Nyaris-nyaris aku hantar anak ke taska AAA.

Jadi lagi sekali pencarian baru bermula. Research & survey untuk beberapa bulan akhirnya taska BBB mennggamit hati mama & papa (sebenarnya mama yang lebih.dan macam biasa mama yang pujuk papa.. biase ler.. hee..).

Plan A; nak register bulan 1, terpaksa tangguh sebab ada aktiviti cuti-cuti Malaysia. Plan B nak register bulan 2 kononnya nak jimat cuti tahun nak pakai hari cuti wilayah, tiba-tiba last minute kena outstation untuk satu minggu, terpaksa tangguh lagi ke bulan tiga. Plan C - bulan tiga, tiba-tiba lagi sekali kena outstation seminggu juga, lagi-lagi tangguh da.. Akhirnya bulan lepas tiada aral melintang dan kedua-dua budak bertuah mula berkenalan dengan dunia taska.

Hari pertama; kitorang hantar, duduk sekejap, dan terus tinggalkan diorang kat taska. Tangisan memang sudah dijangka. Pujuk dan explain yang mama papa have to work, nenek also work, cakap sekolah is fun, ada cikgu, ada kawan-kawan dan ayat ini perlu diulang-ulang selama beberapa minggu lagi atau mungkin beberapa bulan sebagai persediaan mental diorang. Nangis takpe, cekalkan hati. Hee.. Sebelah petang datang jemput diorang tak nak balik sebab nak main. Haha.. Sedikit terhibur hati mama. Hari ke-2, sama macam hari pertama - pagi nangis, petang tak nak balik. Hari ke-3, Muhd nampak pintu taska dah mula buat muka cuak sebab tahu nak kena tinggal, masuk je menangis. Aisya, dah pandai buat tangisan genre meraung. Pujuk punya pujuk dengan bantuan cikgu taska yang pandai memujuk, dipeluk, didukung budak 3 tahun seberat 18kg itu (omai omai... nasib baik cikgu dia besar. hee..) berjaya meredakan tangis dan sebelah petang macam biasa tak nak balik. Ahaha..dui... Tak padan dengan drama jejak kasih sebelah pagi.

Selepas satu minggu, boleh nampak perubahan bila Muhd walaupun masih menangis masa hantar tapi mahu didukung cikgu dan Aisya dah pandai tahan air mata. Huhu.. Sebelah petang macam biasalah, aisya akan ucap "babai cekdu, ecok jumpe ladi ye" (masih pelat walaupun umur dah 3 tahun) dan lepas tu main kat luar taska dan mama berusaha memujuk ajak balik. Tapi selalunya mama papa akan bagi masa main dalam 10 minit. Lepas tu nak tak nak mama papa pikul anak-anak masuk kereta. Kadang-kadang menangis sebab tak nak balik lagi. Keh keh keh..

Sebelah malam aku cuba brainwash diorang bahawa school is fun dengan bawak bercerita tentang cikgu, kawan-kawan etc. dengan bersemangat tapi Aisya macam biasa selalu cari alasan "nanti Aisya nanes" atau "esok Aisya cuti" atau "tolah tutup". Pandai-pandailah counter.

Sekarang hantar pagi-pagi dah ok walaupun diorang sebenarnya tak suka kenyataan yang diorang akan ditinggalkan tapi bila mendengar janji mama papa yang diorang akan dijemput petang nanti akan meredakan sedikit kegusaran dalam hati diorang.

Balik rumah Aisya akan bercerita tentang kawan-kawan dan aktiviti dengan cikgu, cikgu bagi makan nasi pun dia cerita, tidur dengan kawan-kawan pun dia cerita, gaduh dengan kawan pun dia cerita. Lepas tu dia akan buat kesimpulan "tonot tan tolah?" (seronok kan sekolah?) - ayat yang selalu diulang-ulang mama untuk menanam idea bahawa taska is fun!

Sekarang pagi-pagi bermula dengan senyuman dan ketawa dan sorakan yay si Muhd dan yay serta senyuman itu akan hilang di gate taska. Haha...

So, parent muda sekalian, yang berniat nak hantar anak ke taska tapi masih risau how do they do, jangan risau, semuanya akan ok, insya Allah. Yang penting doa.

Sedikit doa yang aku karang sendiri dan diminta lima kali sehari selepas solat untuk dikongsi:

"Ya Allah ya tuhanku, hilangkanlah kebimbangan, ketakutan, kesedihan dalam hati anak-anak kami kerana ditinggalkan di taska, kurniakanlah mereka hati yang lapang, tenang dan gembira sepanjang berada dia taska, jadikanlah taska itu tempat yang menggembirakan, membahagiakan, menyenangkan, sejahtera dan lapang untuk anak-anak kami, permudahkanlah urusan penjaga-penjaga taska dalam menguruskan mereka, hadirkanlah rasa kasih dan sayang dalam hati penjaga-penjaga taska terhadap anak-anak kami dan anak-anak yang lain di taska, permudahkanlah urusan kami untuk meninggalkan mereka di bawah jagaan taska, permudahkanlah urusan kami untuk menghantar dan menjemput mereka pulang dari taska".

Sedikit nota; Doa ini bukanlah untuk memberitahu Allah apa yang kita nak sebab kalau kita tak cakap pun Allah dah memang tahu apa ada dalam hati kita tapi berdoa itu tanda pengabdian seorang hamba kepada Allah, pengakuan bahawa hanya Allah yang mampu memberi segala pertolongan - ini aku refreshed daripada majalah Solusi tapi lupa isu ke berapa.

Ok, sedikit tip untuk dikongsi dari aku new comer dalam kelab MAMPAT (Mama Papa Anak-anak Taska). Hee..

1-siapkan beg anak sebelum tidur.
2-dalam beg ada
   a-4 set pakaian, dan 4 keping lampin.
   b-susu dan botol susu (boleh juga tinggalkan terus di taska tapi kena selalu siapkan spare dan selalu ambil tahu availability susu.
   c-biskut/roti krim kegeraman diorang - mungkin berguna sebagai secret weapon yang akan digunakan oleh cikgu untuk memujuk diorang bila keadaan tak terkawal atau sebagai umpan untuk makan bagi anak yang susah makan nasi..
   d-botol air (optional untuk anak yang suka minum air atau untuk menggalakkan diorang banyak minum air).
   e-kalau sempat bekalkan sarapan (sandwich ke, telur rebus ke, etc).
3-towel & tolettries tinggalkan kat taska - towel kutip every weekend untuk dicuci, check availability toilettries dengan penjaga taska dari semasa ke semasa.
4-servis anak-anak sebelum hantar ke taska - tukar lampin, siapkan, tukar baju, tak mandi pun takpe, diorang akan dimandikan.
5-kalau ada bantal busuk atau teddy bear atau apa-apa yang diorang strongly attached to, benda tu jangan lupa bawa ke taska. Benda-benda ini sangat membantu untuk diorang calm down.
6-Oh ye, tilam jangan lupa, tinggalkan di taska.

Akhir sekali, doa dan tawakal semoga Allah menjauhkan mereka daripada kejahatan dan kecuaian makhluk-Nya.

Ayat faveret Aisya - "Mama janan licau, biar aicah yan jada" (mama jangan risau, biar Aisya yang jaga). Entah apa yang dijaga pun tak tau lah. Keh3..

Thursday, May 2, 2013

Mama dan KR1M


I have never understood politics before, where people will say what people want
to hear rather than what is the truth. It really is an insult of a persons intelligence.
- Joel Therien of Pureleverage.com.


***


Pada suatu petang, Tucipet panjat meja yang 1.5 kali lebih tinggi daripadanya dan menari-nari tanpa menyedari dia sedang menghampiri sisi meja dan kemungkinan untuk jatuh adalah 95%. Mamanya sedar risiko bahaya tersebut dan bertindak mengangkat dan menurunkan si Tucipet ke bawah dan menghalangnya daripada mengulangi aksi-aksi stunt dan akrobatik. Tucipet tidak puas hati dan menangis, merajuk, dan cuba memberontak. Dia tidak dapat apa yang diingininya tetapi tanpa dia sedar dia terselamat daripada risiko kecederaan yang mungkin bukan ringan (kot kepala jatuh atas simen naya oo..). Dan akibatnya, mamanya adalah musuhnya pada petang itu.


Konklusi? Mamanya bukan politikus. (haha, macam tak relevan).


Eh, wait seminit, lepas tu mama dia bagi roti kr1m kegeramannya sebagai langkah memujuk dan meredakan rajuknya. Dan dia makan dengan gembira. Hmm, sekali sekala politik juga. Ahaks.


Lepas tu Kepo Chan datang dan menuntut bahagiannya. Oh, nasib baik stok roti kr1m itu masih ada. Betul, kalau nak bagi tak boleh bagi satu, sebab yang melihat pun nak juga.

***
Iklan:

Tucipet: (Buang angin tayar pun best juga..Hee..)


Tucipet: Oho, keta tatak Lon nyer alignment dah lari ni.

Kepo Chan: Camane?
Tucipet: Bereh boh! (Alamak, yang ni takleh keluarkan angin da..)

Tucipet: Ok ma'am, mana mau pegi?
Kepo Chan: Jap, posing dulu.

Tuesday, December 18, 2012

Siri Cerita Pendek Kepochi: Air Mata Nenek


Nenek dan cucu-cucu bertuah

Kejadian berlaku pada tahun lepas. Kepochi masa tu baru setahun lebih. Belum pandai cakap pun. Nenek duduk menonton drama Korea. Tiba babak sedih nenek pun sama mengalir air mata. Kepochi nampak mata nenek berair. Dia panjat kerusi dan duduk atas riba nenek. Jari kiut dia pegang hujung baju nenek dan lap air mata nenek.

Patutlah nenek sayang cucu nenek walaupun cucu nenek nakal.