Wednesday, June 28, 2017

Sunday, June 25, 2017

Rendang Ayam Cili Padi Nogori

Kaler cenggini dah macam terlebih kerisik.

Tahun ni giliran aku buat rendang.

Ayam kampung bela sendiri. Kelapa pun hasil tanaman kat laman. Terasa sungguh tradisional di situ. Cuma aku terlepas adegan kejar ayam dan sembelih ayam tu.

Berkat buat sibuk dan mengacau mak mertua di dapur selama ni agaknya buat aku hafal bahan-bahan rendang ayam ni.

Cuma masalah masakan Melayu ni selalunya sukatannya main agak-agak je. Paling tak pun sukatan ikut inci atau ukur pakai ibu jari kaki. Benda makan boleh pulak ukur sebesar ibu jari kaki :p. Mungkin inilah namanya masakan dari kaki hati.

Jadi kalau aku nak kongsi resepi di sini takut pula kalau tak berapa menjadi. Nanti lah kalau dah dapat sukatan dan nisbah yang elok aku kongsikan.

Wednesday, June 21, 2017

Nenong Nenong Nenong

Ampun dan maaf hamba pohonkan kepada sesiapa yang pernah menjadi mangsa emoji spam daripada nombor hamba.

Kepada mok, incek papa, cikgu tadika.

Sesungguhnya pembuat angkara masih belum insaf dan bakal kembali aktif menghantui skrin telefon anda.

Jadi, ampun dan maaf in advance.



Mmphh dapnya oti kwim..

Friday, June 16, 2017

Berilmu Beramal

Satu hari masa tengah dengar radio tiba-tiba keluar lagu raya. Aku pun tiba-tiba jugak "Yay lagu raya".

Tetiba ada suara sound "Ish, lagu raya", dengan rupa ala-ala pak imam. Laju je tangan pak imam tu tukar channel lain. Baru nak mood kenangan raya zaman budak-budak.

"Loh, dah nak raya apa salahnya dengar lagu raya. Takkan nak dengar lagu krismas pulak". Macam aku buat dosa pulak dengar lagu raya.

"Bulan puasa ni dengarlah lagu Ramadhan.." Jawab pak imam dengan ekspresi muka pak Wahab.

Ok fine. Layan je la channel yang itu.

Tapi channel yang dia tukar tu berkumandang lagu pop mat saleh.

Oo.. Macam tu lagu Ramadhan rupanya.

Thursday, June 15, 2017

Arab

Masa kecik-kecik dulu aku ingat seluruh semenanjung Arab tu satu negara.

Aku ingat nama Emiriah Arab Bersatu tu nama rasmi negara Arab. Macam nama Malaysia.

Aku ingat Arab Saudi tu nama lama. Macam nama Malaya dan Tanah Melayu.

Aku ingat Qatar, Yaman, Bahrain, tu semua cuma nama negeri. Macam Pahang, Selangor, Terengganu.

Dulu dulu dulu aku hairan bila tahu yang Palestin tu taklah sebesar mana, orang Yahudi pun taklah seramai mana, tapi apekehelnya orang Arab tak back-up Palestin.

Dah besar sikit baru aku tahu orang Arab ada banyak negara, banyak ideologi.

Dah besar sikit baru aku tahu orang Arab masih gemar berpuak-puak.

Sekarang aku rasa macam penyakit yang dah terkena orang Arab macam nak berjangkit kat orang Melayu. Aku harap sistem imun kita masih kuat.

***

Cerita lain.

Dak leng lui dapat 100% subjek bahasa Arab, exam itu hari. Aku dulu mula-mula belajar bahasa Arab masa tingkatan satu. Exam dapat E. Hee...

Aku intai result dia kat sini.

Senang untuk ibu bapa semak keputusan peperiksaan anak-anak.

ò


***

Cerita lain.

Sekarang dah mula kedengaran lagu-lagu raya buat aku teringat biskut arab yang aku tak pasti orang Arab tahu ke pasal kewujudan biskut raya ni.

Kisah Aku yang Tewas Di Sepuluh Malam Terakhir

Akhir-akhir ni aku ada satu penyakit. Sebenarnya penyakit ni nak kata baru jadi tak juga. Tapi kebelakangan ni makin menjadi-jadi.

Penyakit mudah bebenor tertidur. Pantang sandar kepala kat sebarang objek empuk selaju tiga saat dah sleep mode. Macam kayu lak tu.

Masalahnya waktunya sangatlah tak sesuai. Belum pukul 10 malam dah pengsan. Apa barang.

Dengan pinggan mangkuk periuk kuali belum cuci, beg-beg sekolah dan taska belum pack, kain kat ampaian belum angkat, kain dalam mesin basuh belum ampai, baju sekolah baju kerja belum gosok. Paling parah belum solat isyak.

Puncanya, bila nak selesaikan kerja-kerja tu suma kenalah tidurkan dulu dua orang hensem tu. Nak tidurkan pulak nak kena baring sama-sama, tutup lampu, sudahnya bukan lampu je padam, aku pun sama padam. Wassalam suma kerja terbengkalai. Incek papa balik tarawih pun aku dah tak sedar.

Dah tu tersedar pukul empat pagi walaupun alarm pukul tiga pagi. Kelam kabut - nak isyak dulu, nak (sila ulang perenggan no.4). Tambah pulak nak sediakan sahur.

Sekarang dah masuk penghujung Ramadhan ni orang semua sibuk nak beribadah, nak bertarawih. Aku? Kalau dapat solat Isyak sebelum tidur pun syukur sangat dah.

Kalau dapat solat Isyak pukul 9 tu rasa macam... er macam mana nak cerita ye. Ibarat orang yang dah lama mengidam nasi lemak tiba-tiba dapat. Macam tu kot rasanya. Serta-merta mood baik tu menerpa-nerpa datang.

Hari ni ada satu keajaiban. Saat ni aku berjaya kekal berjaga. Pinggan mangkuk periuk kuali semua dah selesai, kain dah ampai. Botol-botol susu semua dah basuh.

Sambil tunggu nasi masak aku hadiahkan diri sendiri secawan nescafe panas. Sambil mengintai blog kawan-kawan.

Eh, nasi dah masak kot. Nak gi sambung kerja. Daa..

Wednesday, June 14, 2017

Kumpulan Marhaban


Ada sesuatu yang bermain di fikiran aku sejak sekian lama.

Kenapa kumpulan marhaban selalunya dianggotai oleh mereka yang sudah bergelar nenek?

Anak-anak dara tak nak try ke mengasah bakat?

Tuesday, June 13, 2017

Cafe De Mum Corner, Ampangan Blok C, Negeri Sembilan




Cafe De Mum Corner
Block C, 309, Jalan Bunga Raya 16, Taman Tasik Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

☎ 012-258 1949

Nak tengok peta boleh klik kat
sini 👉 Cafe De Mum Corner

Apa yang menarik di sini?

Masakan tradisi asli Negeri Sembilan. Macam-macam ado. Gulai lemak cili padi, sembilang berlado, asam pedas, rendang, kari, dan macam-macam lagi masakan kampung asli.

Gulai lemak cili padi sendiri pun dah ada banyak jenis - telur itik, daging salai, ayam, tulang, tenggiri, termasuklah yang rare di muka bumi - tembusu dan jangek. Ada dimasak dengan rebung, ada dimasak dengan bacang.

Tembusu tu apa? Perut lembu.. Nak tau rupanya macam mana cer gugel tengok.

Jangek? Nak tahu boleh singgah sini

Asam pedas pun ada banyak jenis. Kalau nasib baik boleh merasa ikan sembilang laut.

Hasil laut semua segar dari Port Dickson.

Untuk yang gemarkan rendang nogori, sini lah tempatnya.

Kalau nak tau availability boleh hubungi nombor tauke 012-258 1949 ( En. Yusoff).  Bukan availability rendang je, lauk-pauk lain pun sebab setiap hari lauk tak semestinya sama. Tengoklah apa hasil laut segar yang dapat itulah yang dimasak.

Atau nak buat tempahan rendang, boleh hubungi chef besar 016-632 0922 (Pn. Futiah). Alang-alang nak raya ni kalau nak merasa rendang nogori cepatlah call. Sodap.

Lagi, kari kambingnya yang boleh buat angau terngiang-ngiang rasanya. Makan dengan roti canai, atau nasi beriani, atau nasi putih, atau cecah roti je pun sodap jang.

Dalam bulan Ramadhan dibuka pada pukul 3 ptg - 6.30 ptg. Lepas tu buka balik pukul 9.00 mlm sampai pukul 2.00 pagi.

Dua minggu lepas raya nanti insya Allah mula beroperasi sepenuhnya. Tapi untuk sarapan, makan tengah hari, dan minum petang sahaja. Malam tutup. Untuk sarapan ada menu roti canai dengan kari kambing.

Tapi, kalau rasa-rasa nak buat function sebelah malam, gathering ke apa ke, boleh bincang. Call je no. tauke 012-258 1949 ( En. Yusoff).

Tang function boleh request menu istimewa sebab ketua chef ni bukan je terer masakan Negeri Sembilan, masakan Cina pun dia boleh buat terutamanya yam ring yang susah benar nak dapat tu. Nestum prawn pun boleh, claypot yam soup pun boleh, steamboat pun dia tau buat, bagitau je nak masakan yang macam mana dan minta chef besar cadangkan.

Masakan sedap, tempat bersih dan selesa, kalau bawa anak kecik pun tak risau sebab kawasan berpagar dan insya Allah selamat untuk anak-anak bermain.

Dengan konsep open air dan dikelilingi suasana kampung. Untuk kaki makan atau untuk lepak bersama keluarga atau kawan-kawan. Sesuai sangat.

Dan paling penting, halalan toyyiban.

Apa lagi, meh la singgah.

Monday, June 12, 2017

Pencemaran Watak Kartun Kanak-kanak

Kau tau, kalau kau pernah bagi anak-anak menonton you tube, diharap pantau apa yang ditonton.

Kalau terlepas juga sila periksa history anak-anak selesai menonton.

Watak kartun kanak-kanak tak naif seperti yang kita fikir. Kartun juga tak semurni yang kita anggap selama ini.

Kalau tak percaya betapa kotornya pencemaran watak kartun kanak-kanak, kau cubalah taip satu watak kartun mainstream yang digemari kanak-kanak seluruh dunia.

Frozen, Elsa, Spiderman, Hulk, Ultraman, Gummy bear - just to name a few.

Walaupun kau dah setting retricted mode, location Malaysia, kartun-kartun bodoh ini tetap muncul mengejek di skrin smartphone atau tablet.

Dari tema keganasan, seks, dan banyak lagi perkara tak senonoh dan sangat tidak sesuai ditonton kanak-kanak. Jadi kalau anak kau tiba-tiba pandai buat perkara yang pelik-pelik yang kau tak ajar sila benarkan diri kau untuk rasa risau dan cepat bertindak.

Aku bagi contoh paling mudah - frozen. Perkataan dengan 6 huruf yang paling ramai kanak-kanak pandai eja. Kau cuba tengok hasil yang aku screenshot.





Scary kan? Jadi kau rasa sebagai ibu bapa apa yang patut kau buat?

Thursday, June 8, 2017

Luka Lama Belum Sembuh Sudah Ada Luka Baru

Pak-pak arab bergaduh lagi. Di saat Israel meraikan ulangtahun ke 50 pencerobohan bumi Palestin. Macam ada sesuatu. Terasa seperti ada bidak-bidak catur sedang disusun. Entahlah.

Wednesday, June 7, 2017

You Tube


Baru tadi aku uninstall applikasi you tube. Sebab budak hero yg no. 3 itu belum reti pilih video klip yang bermakna. Suka sangat tap kat kartun parodi.

Aku bab parodi kartun ni memang meluat. Aku rasa meracun budak-budak. Aku dah set restricted mode pun ada je yang bocor.

Tapi tiba-tiba rasa bersalah pulak. Sebab dak leng lui dan leng chai itu setakat ni mematuhi syarat dan peraturan menonton you tube.

Yang dua orang tu kalau nak mesti minta izin, elak tap video yang disyaki tak sesuai, kalau diragui tanya mama dulu. Lepas tu kalau tersalah tap perodi ada je yang cepat bagi laporan.

Teringat pulak yang malam tadi.

Malam tadi dak leng chai itu minta tolong aku eja solar system. Lepas tu dia taip di ruang search kat you tube.

Lepas tu dia bersandar sambil layan beberapa klip. Aku tengah layan adik dia yang mengantuk. Dak leng lui dah tidur. Penat puasa agaknya. Si hero ikut papanya ke klinik.

Tiba-tiba dia datang tunjuk satu video klip. Dia replay suruh aku terangkan. Aku tengok. Rupanya pasal global warming.

Jadinya malam tadi aku buat kelas pengajaran global warming. Penyebab global warming, ozon, pencemaran, apa nak buat etc.

Pagi ni tengah sahur (pukul 6.30 pagi. Hehe), dia cerita pasal global warming kat adik dia yang buat muka 'ada aku kesah'.

Sekarang aku nak kena buat pertimbangan sewajar-wajarnya nak reinstall ke tak.

Monday, June 5, 2017

Berita Pagi Ini

Pagi ni dapat emel.

***

Assalamualaikum semua.

Dukacita dimaklumkan bahawa khidmat penghantaran makanan mulai hari ini DIHENTIKAN kerana pihak urusan telah mendapat kontrak penyediaan kuih sebanyak 1600 biji setiap hari sehingga penghujung Ramadhan.

Sekian, terima kasih.

***

Mula-mula memang rasa dukacita. Sebab selalu tu kalau aku order lauk atau kuih dapatlah mengurangkan kekalutan aku di rumah bila balik kerja (Balik kerja simpan hasil tenusu dalam peti ais sambil keluarkan ayam ikan beku nak rendam. Sambil rendam ayam ikan sambil basuh botol-botol susu. Sambil basuh botol sambil masak air. Sambil masak air sambil kutip baju kotor. Sambil kutip baju kotor sambil layan kanak-kanak bergaduh. Sambil jadi orang tengah sambil rendam kain baju. Sambil rendam kain sambil  basuh pinggan mangkuk. Sambil basuh pinggan sambil masak nasi. Sambil tunggu nasi masak sambil susukan budak no.4.) Ah cukup, banyak pulak kerja sambilan yang tak menjana pendapatan. Kah.

Tapi kemudian rasa sukacita pula. Maknanya rezeki si pembuat kuih itu melimpah dan konsisten hingga ke hujung Ramadhan.

Semoga perniagaannya terus maju. Semoga kuih-muih dan lauk-pauknya kekal sedap dan berkualiti. Semoga pengusaha itu sentiasa sihat dan bersemangat.

Jubah Budak Lelaki Berkualiti Dengan Harga yang Kacak

Satu malam dak leng chai itu nak ikut papanya tarawih.

Nak pakai jubah katanya. Jubah yang mama beli atas permintaan dan spesifikasi tuan punya badan.

Sebelum puasa itu hari ushar jubah di mall. Harga semua main ratus-ratus. Ah, beli online lagi murah. Lalu mama shopping sambil mulut mengunyah nasi dan telinga dengar radio.

Sambil bersantai, shopping kat sini - aurabusana. Dapatlah jubah yang sama kualiti dengan yang kat mall yang ratusan ringgit itu tapi yang ini cuma RM49 termasuk cas penghantaran.

Dah beli terjumpa pulak yang lagi murah dengan potongan 50% sebab kategori factory reject tapi masih cantik dan sesuai dipakai cuma ada sedikit defect. Kalau nak tengok silalah jenguk ke sini - Tudung Si Comel.

(Sekian iklan free)

Setelah briefing (baca:warning) lebih kurang - pergi solat, jangan main-main, jangan buat bising, jangan merayau luar surau.

Kebetulan malam itu lah papanya jadi bilal tarawih. Agak-agak kalau takleh nak bawak bolehlah dak leng chai ini yang back-up. Hee..