Sunday, October 4, 2015
Debu-debu yang Jahat
Pagi tadi lagi sekali kecewa bila tengok pemandangan di luar masih kabur.
Kalau bermain dengan emosi kecewa di awalnya cepat saja bertukar menjadi marah.
Ops. Sabar. Itu semua coba-cobaannn...
Tapi aktiviti hujung minggu kalau tiada riadah menghirup udara segar di luar terasa seperti tikus belanda yang berlari-larian mengayuh roda yang tak membawa ke mana-mana.
Masih berdoa supaya semua yang tersayang kekal sihat dan fit walau bernafas dalam hembusan jentaka dari seberang.
Psstt. Kalau ada episod kakashi buka topeng jerebu jangan lupa kabor ke aku deh.
Monday, September 21, 2015
Kami Anak Malaysia
![]() |
| Bangsa Malaysia berumur 5 tahun. |
![]() |
| Bangsa Malaysia berumur 4 tahun. |
Maaf, kami tidak mampu membenci sesama kami bangsa Malaysia.
To all the racist and haters, tak malu kat kami ke?
Wednesday, September 16, 2015
Selamat Hari Malaysia
![]() |
| Hari ni jerebu kurang nampaknya. |
![]() |
| Tapi bila pandang bawah jerebu lain pulak merimaskan pandangan. Aihh... |
Setelah 52 tahun penubuhan Malaysia kita masih bergelut dengan virus perkauman dan barah korupsi.
Hari ni aku kerja. Semoga menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Bukan sekadar menempik dan berteriak.
Bukan juga duduk goyang kaki tunggu derma datang berkepuk-kepuk.
Selamat Hari Malaysia untuk semua warganegara.
Tuesday, September 15, 2015
Lemas
![]() |
| Suasana KL pukul 6.15 petang semalam. BTS lenyap ditelan jerebu. |
Dan si leng chai itu kembali kepada aktiviti biasa - pandang aje lah pool tu dari tingkap. Sian...
Thursday, September 10, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)








