Thursday, October 29, 2015

Saat yang Indah

Mana-mana rumah yang ada budak kategori toddler, skala untuk piawaian bersih dan kemas harus diturunkan.

Paling penting lantai masih mampu berfungsi sebagai laluan untuk berjalan dengan selesa tanpa risiko kemalangan seperti kereta dipijak gergasi atau raksasa terjerit sakit terpijak adik-beradik ultra yang bergelimpangan di atas lantai.

Lagi, laci dan kabinet seharusnya dikunci atau diikat untuk mengelakkan diselongkar tanpa waran oleh pegawai-pegawai penyiasat kenit.

Lantai melekit.

Sofa ada kesan coklat.

Dalam almari pakaian ada senduk dan penutup periuk.

Buka kabinet dapur terjumpa mainan dan objek yang tidak dikenali.

Dinding-dinding dihiasi hasil seni agung yang tidak mampu ditafsir pencinta seni.

Mainan bersepah. Kalaupun tersimpan dalam kotak pasti tidak mengikut kategori.

Bagi perfectionist ini adalah waktu yang sangat sukar.

Jangan risau, tempoh ini akan berlalu dengan sangat cepat.

Jadi nikmatilah saat ini sebab nanti ini akan jadi antara saat yang dirindui.





Tebrau

Mula-mula sila rujuk entri semalam - lirik lagu Joget Senyum Memikat nyanyian Dato Siti.

Rupa-rupanya tebrau yang dibanding-bandingkan dengan tebu adalah sejenis pokok.

Mat saleh kata terengganu cherry.

Orang Terengganu kata pokok johor.

Orang Johor kata pokok tebrau.

Orang Kelantan kata pokok perupok.

Untuk keterangan lanjut boleh ke sini
http://kebunbahagiabersama.blogspot.my/2014/06/perupok-lepisanthes-alata.html?m=1

Atau ke sini
http://www.frim.gov.my/the-luscious-terengganu-cherry/


Wednesday, October 28, 2015

Joget Senyum Memikat 

Siti Nurhaliza (S Atan / Nurul Asyiqin)



Kalau menjerat burung kedidi
Janganlah senja baru ke taman
Kalau memikat idaman hati
Janganlah rupa jadi taruhan
Janganlah jangan rupa taruhan

Kalau ke laut susur gelombang
Jangan kemudi patah daunnya
Kalau bertahun kasih dan sayang
Jangan diuji dalamnya cinta
Janganlah jangan diuji cinta

Kita berbudi orang merasa dik
Biar sedikit dibawa mati
Kalau rupa taruhan jiwa dik
Pudar sedikit berpaling hati

Kalau ingin berkasih
Harus bijak memilih
Tebu Tebrau tidaklah sama

Kalau jujur bercinta
Bijak pilih permata
Hidup bahagia sepanjang masa

Jangan renung apa dikata
Renung niat setulus jiwa
Ini pesan sesama kita
Dalam joget budi dan rupa

Tuesday, October 27, 2015

Menuai Hasil Ibu Mertua

Tiap kali balik rumah mak mertua mesti ada bawa balik hasil-hasil tanaman.

Bertuah anak menghantu. Menuai yo kojo eh. Eheh.


Terung ni tanam dalam pasu tepi rumah.

Hasil tuaian. Tapi bawang putih dan terung ungu itu hasil tuaian di pasaraya.

Alhamdulillah. Dapatlah memeriahkan sikit lauk kami rakyat marhaen. Dapatlah hidup selesa sampai hujung bulan.

Saturday, October 24, 2015

Pizza Mini-on Action

Bulan lepas punya cerita. Bulan ini baru cerita.

Suka topeng budak yang duduk tepi tingkap tu.

Dalam bas sarapan roti dan vitagen

Dah sampai kira dulu cukup ke tak ahli rombongan.

Taklimat oleh abang pizza.

Siapa suka makan pizza?
Saya saya saya!

Gear up.

Ready!

Yeah!

Leng lui nampak nenas.
What?!

Pizza, roti, dan keju adalah makanan ruji si leng chai.
Dia memang tak reti makan nasi.

Abang pizza tolong.
Psst taruk keju lebih.

Jom gi bakar pizza. Hngh hngh..

Si leng lui masih dalam dilema sebab pizza tu ada nenas.

Selesai aktiviti main tepung ada aktiviti makan-makan.

Si leng chai yang memang tekak mat saleh tolong kawan-kawan habiskan garlic bread.

Semua bawak balik pizza yang dibuat sendiri sorang satu.

Leng lui bawak balik suruh mama dan papa makan.

Tau dah. Dia tekak Melayu. Pulak tu pizza tu ada nenas. Bagi dia itu topping yang tak masuk akal.

Leng chai balik rumah dia habiskan sebiji pizza. Tak boleh kongsi.

Selesai trip nombor dua untuk tahun ini.