Friday, January 29, 2016

Spekulasi


Oktober 2015 ada laporan penemuan bangkai pesawat dengan rangka-rangka manusia dan bendera Malaysia dalam pesawat di Pulau Sugbay wilayah Tawi-Tawi di Filipina.

Sumber rasmi bagaimanapun menafikan penemuan itu dan saksi lenyap hilang.

Sugbay Island di wilayah Tawi-Tawi

Baru-baru ni serpihan dipercayai serpihan pesawat dijumpai di pantai Nakhon Si Thammarat, Thailand.

Pihak berkuasa menafikan serpihan milik pesawat MH370.

Thailand

Petang semalam serpihan yang dipercayai sebagai serpihan pesawat ditemui di pantai Beting Lintang, Terengganu.

Aku agak akan keluar laporan akhbar mengatakan siasatan menunjukkan serpihan itu pasti benar bukan MH370.

Besut, Terengganu

Aku tak berani kata spekulasi itu betul atau laporan rasmi itu salah. Aku bukan pakar.

Yang ingin aku tegaskan ialah kemungkinan itu wujud dan pelik bila kemungkinan itu dinafikan.

Penemuan serpihan di kawasan sekitar Laut China Selatan nampaknya memihak kepada pendapat bahawa pesawat itu berakhir di Laut China Selatan.

klik link bawah sini dan fikir-fikirkanlah

mh370 grand finale

Thursday, January 28, 2016

Kau Hitam

Tahun lepas, satu hari si leng lui itu balik sekolah bercerita tentang kawan baru.

Katanya kawan baru itu hitam semua.

Sebelum dia menilai lebih jauh dan menghukum cepat-cepat mamanya respon.

Kalau hitam semua tu cantik.

Yang tak cantik tu kalau hitam sekerat putih sekerat.

Oooooo... katanya.

Dia sendiri pun selalu perasan lawa walaupun dia taklah seputih mana.

Tapi kan hitam itu kan menawan.

Percaturan

Bidak-bidak, kuda, biskop, kastil, semua sudah disusun.

Ada bidak yang sudah dikorbankan.

Tak apa, demi survival raja.

Permaisuri?

Jangan pandang rendah padanya.

Jangan jadi naif.

Diam-diam kuasanya mengatasi raja.

Kita tunggu

dan

mari lihat siapa yang kena.

Wednesday, January 27, 2016

Cerita VIP dan ...

Anak: Bapak, kenapa kita berhenti? Kan ke lampu hijau tu?

Bapak: Ada VIP nak lalu.

***
Selang beberapa minit.

VIP: Driver, kenapa kita berhenti?

Driver: Ada lembu nak lalu.

Thursday, January 21, 2016

Si Leng Chai dan Buku

Budak yang kat sudut tu kalau buat kerja jangan dikacau. Hangin dia nanti.

Hai.

Sorilah cerita budak ni lagi.

Ada karangan (baca: entri) baru tengah draf tapi disebabkan isunya macam agak berat (lah sangat) masih perlu diteliti. Aih..

Berbalik kepada gambar. Ehsan dari cikgu si leng chai itu.

Budak ni tahun lepas anti buku. Kalau ada homework memang dia buat dekk aje.

Sampailah kena leter dek kak longnya baru dia buat secara paksa rela.

Tahun ni naik heran pulak mama dia tengok balik rumah keluarkan buku pastu mintak mama yang tengah sibuk potong bawang ajar camana nak buat.

Mungkin sebab dah naik kelas dia rasa macam dah besar jadi kena rajin buka buku.

Tapi bila siap homework dia cepat-cepat tutup sambil pesan suruh mama yang kemaskan masuk dalam beg dia. Huh. Tapi nasib baik dia cakap tengkiu.

Belum sempat mama cakap ok welkam dia dah terjun kerusi dan fire macam otromen tapi bunyi macam raksasa dan nyanyi lagu Jepun yang kalau orang Jepun dengar pun boleh nangis sebab tak faham.